Tiket Bas Tasik Kenyir Kuala Lumpur

image

Air surut di Tasik Kenyir. Saya pernah lihat air melimpah sehingga tenggelam perkataan ‘Tasik Kenyir’ di tebing tasik.

Bas yang dinaiki sedang bergerak meninggalkan Pengkalan Gawi,  Tasik Kenyir ke Kuala Lumpur.  Sedih syahdu pula bila berpisah dengan suami di muka pintu bas. .. biasanya saling mengucapkan selamat tinggal di muka pintu rumah.

Lokasi HTP ( Hulu Terengganu Project ) terletak kira-kira 30 KM dari Pengkalan Gawi. Suami balik seorang diri ke tempat kerja dan bas saya bergerak ke arah bertentangan.

Tiket bas dah naik.  Kali terakhir saya naik bas dari Kuala Lumpur -Tasik Kenyir / Tasik Kenyir -Kuala Lumpur harga tiket bas RM 44.40.  Sekarang harga tiket bas laluan yang sama RM 48.90.

Untuk perjalanan solo macam ni masih berbaloi dari memandu sendiri.  Kalau dengan anak2 memang lebih sesuai memandu kereta sendiri.

InsyaAllah. .. saya dijangka tiba di Hentian Putra sebelum jam 5.

Sent From My GT-i9300

11 Replies to “Tiket Bas Tasik Kenyir Kuala Lumpur”

Comments are closed.