Timun Aceh

image

Pokok timun aceh mak yang tumbuh tepi pintu dapur.

image

Buah timun aceh mak yang subur.  Masa ni ada lebih 20 biji dengan pelbagai saiz.

image

Timun aceh yang matang, warna hampir sama dengan tembikai susu.  Bentuknya bujur seperti timun

image

Kulitnya seperti tembikai susu tetapi lebih nipis.  Isi dalam timun aceh. Biji tu boleh semai semula.

image

Biji timun aceh yang boleh disemai…campak je tepi dapur :p

image

Timun aceh ni tak manis, kena potong dan tabur gula. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dimakan. Lebih sedap letakkan santan.

 

Mungkin tempat lain, timun aceh ni ada nama panggil lain, korang panggil apa?

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

67 thoughts on “Timun Aceh”

Comments are closed.