Salam, Hari ini nak cerita kisah semalam, kisah yang hangit macam biskut semperit.

Entah angin ribut malam tadi, streamyx tiada sambungan. Lepas buat sambungan semula dan setting bagai-bagai tu, dah ok tapi server pula langsung tak dapat. Sebenarnya ini adalah pertama kali terjadi so mengelabah juga .

Mula-mula saya pergi Start > Run > taip CMD > ok
Keluar box hitam tu, taip ipconfig > Enter
Pergi pada Control panel > Network & Internet Connections > Internet Connections > Righ klik Local Area Connection > ( shortcut right klik kat kiri bawah destop tu )
Properties > highligh Internet Protocol ( TCP/IP) klik Properties > tick Use the following IP adress. Ip address dan Subnet Mask tu isikan dari Ip yang kita dapat dari box hitam masa kita ipcongfig tadi.
Kemudian OK. Restart komputer.
( Peringatan Khas : Tutorial ini untuk amatur macam saya saja)

Kemudian, posmen datang…terimakasih Lestat, kad yang besar dan cantik telah diterima. Simpan alamat elok-elok, senang nak kirim kad jemputan kahwin nanti!
Bersama kad tersebut terselitlah juga bil telefon & multimedia terbaru. Surat inilah yang buat saya hangin satu badan semalam sehingga terpaksa mencemar duli menjejak kaki ke TM Point. Mulai sekarang, semua bil akan dicamtumkan sekali ( bil internet dan telefon dalam satu bil ) Yang ini saya tiada masalah, tapi masalahnya …

Tetiba selepas setahun TM mengecaj perkhdmatan internet untuk akaun TMnet 1515 (Dail up). Terus terang saya cakap , selepas saya menukar dial up kepada streamyx, belum pernah sekali pun saya mendapat bil dan saya membuat bayaran mengenai perkhidmatan ini, kenapa tetiba ada? Dan yang lebih pelik….sejak setahun ini tiada pula caj tertunggak? Kalaulah saya mendapat bil tersebut sejak dulu lagi, tentu saya akan cepat-cepat membatalkan perkhidmatan tersebut kerana saya telah melanggan perkhidmatan streamyx! Saya belum gila untuk melanggan 2 perkhidmatan sedangkan saya boleh menggunakan wireless router.

Perkara ke2 yang saya tak puashati adalah mengenai Pakej Lets Talk 68. Selepas saya menggunakan pakej tersebut selama 3 bulan, saya menyedari bahawa saya telah membayar tanpa menggunakan perkhidmatan tersebut kerana pakej tersebut hanya apabila kita membuat panggilan nasional sahaja. Setiap panggilan yang dibuat kepada telefon mudah alih tetap dikenakan caj!
Lagi satu, tiba-tiba ada caj bulanan RM 1. Sewaktu pegawai perkhidmatan menelefon saya mencadangkan pakej tersebut, berpuluh kali saya tanya, adalah saya perlu membayar caj lain seperti sewa ke apa-apa…jawapannya tidak! Hanya perlu bayar RM 68 itu saja!!

Tiba-tiba ada pula caj bulanan seringgit! uikkk………. nak duit raya cara mudah ! Sepatutnya pelanggan diberikan rebet hari raya, tetapi tm pula yang kumpul duit raya dari pelanggan. Zaman sekarang, berapa keratlah yang masih menggunakan talian tetap? Mak ayah saya yang di ceruk ulu Baling pun pergi menoreh getah bawa telefon bimbit tau. Talian tetap sentiasa ada gangguan ( curi kabel) Mak ayah saya tetap dikenakan sewa bulanan walaupun dalam sebulan hanya sehari mendapat perkhidmatan. Dah penat nak buat aduan.

Saya telah menukar kembali talian tetap saya kepada yang asal….puas hati!

Sebol said ” Kak Jie, hari ni anak kak jie tak de nak tanya soalan apa2 ke ? seronok lak jawap soalan budak “
( soalan budak upsr, suke la ko ye….)

Jawapan Kak Jie ” Dia tanya, bila nak bank-inkan duit raya dia, masukkan dalam akaun mama ye?