Trauma Kena Ragut

Masih lagi kisah semalam.   Saya keluar awal pagi untuk ke hospital. Dalam perjalanan bercadang singgah di ATM untuk keluarkan duit. Dalam purse ada rm 10 saja.

7.20 pagi – keadaan persekitaran yang masih samar-samar dan sunyi. Saya terus park depan bank. Berhenti saja dalam petak parking, dari silau lampu kereta saya lihat seorang lelaki berbangsa X  ( tak boleh sebut, nanti cakap racist pula )  sedang bercangkung di tepi  pintu bilik kaca ATM.   Tangan yang menggeletar dan sisa muntah di depannya cukup untuk membuatkan saya merasa curiga.

Ini sah orang mabuk. Dia pandang saya – saya padang dia. Cepat-cepat saya alihkan pandangan, takut dengan sorot matanya yang merah.

Serba salah – nak keluar dari kereta atau tidak? Kiri kanan sepi tiada kelibat orang lain. Kalaunya saya masuk dalam bilik kaca ATM tu , dia masuk juga, tutup pintu dan.. samun, ragut, rompak… pisau, cekik, bunuh….

Segala perkara ngeri saya bayangkan. Dia lelaki  dan saya perempuan. Sekali jentik saja sah-sah saya tumbang. Hampir 2-3 minit saya berdiam diri di dalam kereta. Saja capai handphone belek sana belek sini.

Kemudian datang seorang lelaki bermotosikal memasuki bilik kaca ATM. Cepat-cepat saya keluar dari kereta  dan ikut masuk ke dalam bilik kaca ATM . Saya pesan dengan brother tersebut supaya jangan terus balik, tunggu saya sebab saya takut lelaki yang di luar tadi.

Selesai urusan di mesin ATM, saya keluar dan lihat brother tersebut berdiri tercegat di sisi motosikalnya menunggu saya keluar dari bilik kaca ATM. Bila saya selamat masuk ke dalam kereta baru brother tersebut berlalu. Terimakasih berkali-kali saya ucapkan kerana memahami.

Saya pernah diragut tahun lepas  jadi trauma peristiwa tersebut masih muncul tiap kali saya terserempak lelaki yang mencurigai.

menangis bukan sebab luka...tapi sedih tengok Shrek yang tergolek

menangis bukan sebab luka...tapi sedih tengok Shrek yang tergolek

Hujung minggu kalau pergi pekan Rawang senario biasa yang akan kita nampak adalah berkelompok warga asing berkerumun di mesin ATM sehingga menimbulkan rasa tidak selamat untuk berurusan di dalam bilik kaca mesin ATM.

Korang ada tak pengalaman yang lebih ngeri………… ?

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Autocard Privilege says:

    Salam sejahtera,

    Isu ragut ini makin meningkat dan majoriti mangsa ragut adalah wanita.
    Jom terjah post menarik dari Autocard Privilege ..FAEDAH UNTUK ANDAMy Profile

  2. Kak Jie, kereta saye pernah kene pecah masuk 2 kali, 1 kali sempat saye tgk..kesannye buat saye dan isteri rase trauma bila ade bunyi2 pelik lebih2 lagi kalau tgh waktu tido malam..

  3. emm.bgs tindkn k.jie srh org tman.tp prlu ht2 jg,mb org yg kita nk mnta tlg tu sm je nk niat xbaik.sy pon risau akak sy.sb prmpuan la slu jd mgsa.sbg adik llki,sy ada ajr akak sy mcmn cr hadapi bla situasi mcm tu.korng pon prlu gtau cr2 nya pd adik,kakak,mak k.

  4. Trauma memang ambil masa yang lama untuk hilang. Mencegah lebih baik daripada mengubat. Baik hindari perkara-perkara yang berisiko.. Agak-agak ada muka penyangak, lebih baik elak.
    .-= samdaddycool´s last blog ..#@%*&!* …. ptuiii… Kurang ajar!!! =-.

  5. mr.eims @ perfume says:

    member universiti aku yang kene ragut tu, yang tangannya terkulai sebab kena tetak dengan parang.. apela..nak ragut pun jangan la kejam sangat. eh.. jangan ragut langsung takleyh ka.. 😡

    hurm..nway.. skarang sume kene berhati2 dalam semua hal. bukan pompuan jer..laki pun banyak yang kene samun, rompak, tipu etc.
    .-= mr.eims @ perfume´s last blog ..Glow by Jennifer Lopez – Lovely, Clean, Luxurious =-.

  6. Saya paling benci peragut. Kalau boleh….hukum potong tangan je kak! 🙁
    .-= tekkaus´s last blog ..I Do Cherish You, My One & Only Wife (Our 4th Anniversary) =-.

  7. oh..begitu ke..simpat suri dibuatnya..
    sabrlah..semoga si penjahat tu akan dibalas hendaknya nnati dengan hukuman yang setimpal..

  8. Kejadian ragut memang mengerikan. Minta dijauhkan daripada kejadian ini

  9. nasib baik akak buat decision yg betul.. haishhh.. kalau takde abang motor tu.. mmg sah2 org mabuk akan kacau

  10. saya tak pernah kena ragut.. tapi tengok kes orang pecah kereta pernah.. kerja jahat diorang memang sangat pantas dan mengejut… terkejut punya pasal nak jerit Hoi! kuat-kuat pun tak sempat
    .-= zuls´s last blog ..Email Spam Memang Kelakar =-.

  11. denaihati says:

    Kak jie bagi idea untuk saya kongsikan kisah saya diragut pada entri yg akan datang. Ringkasnya sebaik sahaja keluar daripada bank. Parang diacukan di kiri dan kanan perut saya. Lepas puluhan ribu hilang sekelip mata dibawa 4 orang dengan kereta camry.
    .-= denaihati´s last blog ..Hadiah untuk HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

  12. kak jie sangat bertuah sebab ada orang yang masih sanggup tolong 🙂
    btw , gambar tuu sangat mengerikan T__T
    .-= farah´s last blog ..ALLAH tengah sayang dekat saya =-.

  13. uihhh mengerikan tengok gambar tu. huhu
    .-= cik epal´s last blog ..NUFFNANG blackberry contest. Ini bukan dapat duit nuffnang. Tapi kes dapat blackberry nuffnang. weehuuu~ =-.

  14. mrs sufian says:

    pengalaman kena ragut x de tp rumah masuk org ada… tengah tido tdengar bunyi mencurigakan, bukak mata je nmpak tangan terjulur dari tingkap naco! bila dah dengar jeritan cepat2 org tu lari… tp trauma tu smpai skang takut tido kat tingkap.
    satu lagi pengalaman dasat sikit.. pencuri dah masuk rumah sedar2 kena tutup mulut dan hidung… mujur tenaga muda masa tu tengah kuat. habis pencuri tu kena cakar dan penendang. Alhamdullilah pas tu pencuri tu lari… bertahun2 fobia takut duduk rumah malam2 x berteman.. 😥
    pencuri ne bukan kira sapa janji dapat apa yang dia nak.. skang ne klu nak kuar duit guna atm kat tmpat keje jek rasa slamat dan terjamin.

  15. tahap kes ragut di Malaysia dah di tahap membimbangkan..sampai ada yang menyebabkan kematian 😈

    bilalah agaknya orang yang meragut nie nak insaf kans ❓ ..iklan di TV pasal jenayah ragut pun dah banyak kali ulang tayang..
    .-= Nadri´s last blog ..Fuhh! Lega Rasanya =-.

  16. eii.. takutnye.. wpun tak penah de pengalaman, tapi dari bacaan2.. takut kalau diingatkan.. org sekarang nih mmg desperate sungguh.. minta Allah jauhkan kita dari semua nih…
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Jodoh Saya Orang …. =-.

  17. saya nak kata trauma tak jugak,
    sebab saya x pernah kena benda2 mcm ni..
    tp saya memang selalu pikir negatif..
    so sentiasa berwaspada terhadap semua benda.
    kalau saya dalam keadaan k.jie, saya cancel terus amek duit tu.
    terus balik.
    hoho…

  18. dulu..penah sekali. dia nak rampas beg tangan kawan pempuan aku tuh..sekali sangkut kat tangan budak pempuan tu..apa lagi, terajang aje la mamat tu. sekali kene kat muka. terus dia blah..

    hasilnya..aku dapat makan piza hari itu. Hehe.. :mrgreen:
    .-= titan´s last blog ..Budaya membaca dikalangan Blogger =-.

    • @titan, mesti kawan perempuan tu bangga dgn keberanian bro..tahniah 😳
      .-= Nadri´s last blog ..Fuhh! Lega Rasanya =-.

  19. kes ragut kt sini kurang..namun langkah berhati2 harus diambil..
    nangis tak berkesudahan oo kalau time amik gaji tiba2 kena ragut… 🙁
    nak2 lg, itu je la duit belanja utk sebulan…hadooiii tak dapat dibayangkan

    : : HP nokia E71 yg tercicir ari tu pun cukup utk tpinky serik… 🙁
    .-= tpinky´s last blog ..Lebih Baik Tiada Daripada Ada……………………… =-.

  20. Kalau sorang-sorang memang tak berani ke mesin ATM tu.
    Memang patut beringat-ingat sebab sekarang ni bukan setakat rampas wang, tapi nyawapun macam tak berharga.
    .-= Kak Long Mawar Merah´s last blog ..Yee Sang =-.

  21. Pengalaman ngeri! hmm.. rasanya ada…

    iaitu masa kucing maza beranak empat ekor di depan biji mata.. kira maza tukang tengok ajelah sambil kekonon nak jadi bidan terjun…

    mujur juga si ibu kucing itu tak mencakar lengan maza… ataupun mungkin sudah tak tertahan sakit nak beranak lalu tak pedulikan manusia lagi.. mahupun rasa malu… heheeh

    gulp! errr ada kaitan ke dgn soalan kujie di atas itu ek?
    :roll: :roll: :roll:
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    .-= maza´s last blog ..Potong Jambul Amalan Bidaah =-.

    • @maza, lain yg disoal, lain pulaks yang dijawab daaa!!! 😈
      .-= Nadri´s last blog ..Fuhh! Lega Rasanya =-.

  22. mmg tak berani nak kuar duit klu tempat tu sunyi sngat.. huuhu
    klu penuh warga asing lagila!!!
    sounds prejudice kan??

    pengalaman paling mengerikan.. time belaja pegi trip, penyamun lalu kat celah2 kami lepas menyamun sebuah kedai.. kami semua tergamam cume tegak cam tiang letrik!
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..kena lagi! =-.

  23. Dulu pernah orang cuba ragut, dia naik motor, Iza pun naik motor. Dia mai dari belakang dan cuba ambil beg Iza yg ada dalam raga. Tapi sempat Iza pegang beg tu. Sebab dia sorang tergagau-gagau sampai dia tertarik tudung Iza. Padahal Iza pakai jaket tuh. Tudung tercabut, helmet jatuh. Beg tu dia tak dapat. Lepas tu jalan membukit, dia terpaksa lepaskan Iza sebab nak kontrol clutch, dia naik r x z. Kalau dia ber2… Ya Allah, tak boleh bayang nasib Iza 🙁 Walaupun selamat waktu tu, masih terasa trauma. Terbayang tangan yang hulur kat Iza tu 👿

    Kat tmpt Iza ni, kalau time gaji, mmg ngeri nak pi atm…penuh ngan gerombolan depa, besepah-sepah lantai dgn kertas 😡
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Tamban Tergeliat… =-.

  24. takut juga bila berdepan mcm tu….pengalaman saya, kat atm bsn. saya ajak si kakngah temankan saya. ada sorang di situ, mati2 dia tak nak bergerak dari tepi atm. kat belakang saya ada 2 orang. saya terpksa beranikan diri ambik gaks duit, duit merah2 jer, sbb ujung bulan. anak saya kata, ‘orang tu stare jer kat mak’.
    .-= Mak Su´s last blog ..Cerita Kosong: Knock three times =-.

    • @Mak Su, sepatutnya setiap kali kalau nak keluarkan duit dkt ATM mmg bagus kalau berteman..lagi2 kalau tempat tu senyap sunyi.. 😀 mencegah kan lbh baguzz..
      .-= Nadri´s last blog ..Fuhh! Lega Rasanya =-.

  25. salam kak jie.

    kakchik takde pengalaman menakutkan macam tu tapi melihat gambar kak jie tu dan membaca pengalaman kak jie, sudah cukup membuatkan kakchik akan terus berhati-hati.

    bagus tindakan kak jie tu sebab zaman skrg ni, sangat-sangat tidak selamat tak kira di mana saja kalau kita berseorangan tapi kehidupan kadang2 memerlukan kita keluar seorang diri.

  26. Kak an pernah kena “copet”. Masa tu kak an baru melangkah naik satu mata tangga bas mini. Bila perasan pencopet selok purse dari hand beg kak an, apa lagi, kak an cubit kuat2 tangan dia. Tak tau orangnye yg mana satu dibelakang kak an. Maklumlah ramai. Terus dia blah…. dapat juga lepas geram.
    .-= kak an´s last blog ..CARIBBEAN BEACH PARTY =-.

  27. peragut patut di beri hukuman yang lebih teruk…bukan penjara je…

  28. Biar lambat asal selamat. Orang bawah pengaruh alkohol tidak waras…tengok luka kak jie tu..aduhaii….pedihnya….
    .-= epel´s last blog ..Awak OKUkah? =-.

    • @epel, kdg2 orang yg tak minum alkohol pn bertindak diluar akal yang waras.. ❓
      .-= Nadri´s last blog ..Fuhh! Lega Rasanya =-.

  29. dulu mak saya pernah kene ragut gak.
    masa dulu tak macam sekarang. lembut je ambilnya :mrgreen:

    dan dia ragut beg botol susu 😆

    beg botol susu pun dio sosah~
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Catatan Bebas: Kenabian Nabi Muhammad =-.

  30. Sir Marcello says:

    kenapa foreigner lepak kat situ? ada sumting yg menarik ka?
    .-= Sir Marcello´s last blog ..Dua Kisah Berbeza… =-.

    • @Sir Marcello, biasanya warga asing keluar hujung minggu..masa inilah dia org nak keluarkan duit, cek gaji, atau buat hantaran ke kampung halaman….

      kawasan industri selalu nampak – satu mesin ATM berkerumum 5-6 orang…nak guna mesin di sebelah pun rasa seriau 😐

      • Sir Marcello says:

        @Kujie, tue lah..bukang kita nie bersifat racist…tp bila kita dikelilingi mereka..memang rasa kurang selesa..kalo sorang dua (dan kita ramai) mereka pula rasa macam tue…

        biasalah perasaan manusia~
        .-= Sir Marcello´s last blog ..Dua Kisah Berbeza… =-.

  31. takutnye kak jie… Memang tak berani nak g cucuk wet dalam keadaan mcam tu..
    .-= aini´s last blog ..Asam Jawa Kepala Biawak Sumpah Aku Geli =-.

  32. huhu nsb baik laki tu org baik..kalau org tu pun sme je dgn org bangsa X tu, naya…

    • @x-po, dia pun nak pergi keje tu…. macam lelaki biasa2 yg kita nampak naik motor bersusah payah nak pergi kerja 😉

      kena guna deria ke-6 ni…baca minda 😆

  33. kakjie kena bawak cortar letak dlm beg tgn.. senang nk pertahankn diri.. huhu

    sikap berhati2 mcm kajie tu selalu saya pesan kat org umah.. walaupun belum pernah kena. kadang2 kita lalai sesaat je dh jadi perkara buruk.. 🙁
    .-= zaryl´s last blog ..Sikap Yang Patut Dicontohi Pemimpin Negara =-.

    • @zaryl, sebab dah bertentang mata dgn dia……….. cara dia pandang pun rasa ngeri.

      jadi lelaki semua – lindungilah kaum wanita 😆
      kami insan yang lemahhhhhhhh….
      hanya mampu berserahhhh…

      ( nyanyi gaya Rohana Jalili ) 😆

  34. masih ada manusia yang sanggup tolong.. thumbs up! 🙂
    .-= Ramdzi´s last blog ..Perjalanan Terakhir =-.

    • @Ramdzi, yelah…. semua org pun rasanya patut perihatin macam brother tersebut kerana buat baik balasan baik bkn semestinya dtg dari org yg kita tolong…….mgkn adik beradik….anak2 kita pula yg akan di tolong orang

      jadi masyarakat yang baik tau… 😆

      • @Kujie, kalau de ramai orang cam brother tu, selamat le dunia ni.. hehe.. tapi kebykan skrg ni ramai orang baik ada makna.. haha.. 😆
        .-= Ramdzi´s last blog ..Perjalanan Terakhir =-.

  35. semalam mak atie kene ragut. dalam kawasan umah sendiri. gmemang x berperi kemanusiaan…

    • @atie, lagi ngeri……….. dalam rumah sendiri….mana lagi tempat yg kita rasa selamat selain dari rumah sendiri….kalau dlm rumah sendiri pun boleh diceroboh…mesti berdebar2 je selalukan..

      • @Kujie, yup.. tu la. mlm tadi x leh tido. risau kan mak. esok atie kene g tanjung malim until isnin. sepatut pegi arini tp atie postpone. hope pas nie mak xde pape n mintak Allah lindung mak. peragut tuh sungguh berani sbb wat siang2 keje nie masuk dlm kwnsan umah lak tu

  36. teringat kes kakak kne ragut dpn umah 4 thn lepas.
    gune kete lak tu
    mase tu kakak ngandung 3 bulan.
    naseb baek die n kandungan selamat
    mase tu takot gilee. gigil2!
    .-= eryfarieha´s last blog ..Shawls Clearance ! (sticky mode) =-.

    • @eryfarieha, sape yang pernah kena saja akan berdebar2 bila berselisih dgn orang yg agak pelik dan curiga…sampai skrg…bila jalan sorang2..masih nak toleh tgok sana tgok sini..rasa semua org asing nak dielakkan… 😐

Trackbacks

  1. […] – tak pakai gelang lepas kes kena ragut dulu tu Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang […]