Ujian Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja

sepohon kayu

Sempadan Kelantan & Terengganu

Selepas 2 minggu, akhirnya seorang kakitangan Maybank telefon memaklumkan hasil penyiasatan mereka tidak berlaku sebarang ketidak ‘betulan’ kepada  Automatic Teller Machine (ATM).  Secara ringkasnya beliau menyatakan kesilapan sewaktu pengeluaran wang Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja tidak berlaku.

Dua minggu lepas, saya menggeluarkan wang Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja ( RM 500 ) melalui salah satu mesin ATM Maybank tetapi wang yang saya terima cuma berjumlah Ringgit Malaysia Empat Ratus Lima Puluh Sahaja ( RM 450 ).

Saya jarang sekali membilang wang yang keluar dari mesin kerana faktor keselamatan.  Kalau boleh, wang tersebut  terus keluar dan masuk ke dalam kocek seluar tanpa dilihat orang lain.  Maklumlah saya ini makcik separuh usia emas, sekali jentik saja boleh melanyang.  Saya ada pengalaman kena ragut, jadi setiap detik hati berdegup kencang bila mata bertentang  mata dengan seseorang dalam keadaan begitu.  Saya akan mengelak untuk berada lama di dalam kawasan ‘berduit’

Tetapi pada pagi  12 November 2012 , wang yang keluar dari mesin berkeadaan pelik.  Biasanya wang yang keluar tersusun kemas dan senang dicapai.  Pengeluaran saya awal pagi tersebut agak ganjil kerana wang yang keluar ada yang terlipat dan tidak tersusun.

Kerana ganjil dan luar biasanya keadaan tersebut, saya membuat keputusan untuk membilang jumlahnya.  Dua tiga empat kali saya ulang .  Keputusan tetap sama – sembilan ( 9 ) keping wang Lima Puluh Ringgit ( RM 50 ) yang berjumpa RM 450 bukan RM 500 .  Kurang sekeping.

Waktu urusan bank belum dibuka, saya terpaksa menunggu.  Saya perlukan wang segera.  Nak gunayang keluar dari mesin tadi, saya takut.  Saya fikir, ini adalah bukti jika diperlukan sewaktu membuat laporan nanti.  Rasa rasa perlu jujur dan bertanggungjawap dalam keadaan begitu.

Akhirnya saya keluarkan lagi wang di mesin bank yang berlainan untuk kegunaan segera tersebut.

Selesai membuat laporan , saya menunggu.

sekadar lakonan

sekadar lakonan …. @ Kuala Kubu Bharu

Sesekali buat juga semakan online melihat kalau-kalau ada deposit RM 50 .

Hari berganti hari, saya lupa……….. lupa peristiwa tersebut, lupa untuk follow up kes tersebut.

Sehinggalah semalam bila menerima panggilan dari Maybank.

Laporan dari center , memaklumkan mesin tersebut tidak berlaku ‘kesilapan’ audit.   Menurut beliau, kemungkinan saya tidak mengambil wang yang keluar secukupnya dan ada seseorang yang lain yang telah mengambilnya.  Mungkin juga begitulah jalan ceritanya.   Saya tidak ada bukti untuk mengiakan atau menidakkan hasil post mortem yang dibuat.

Kalau jawapannya mungkin, saya juga ada beberapa kemungkinan.  Tetapi kejujuran bukan ada nilainya jika bersangkut dengan wang.

Apa lagi saya perlu cakap, terima saja sebagai satu kifarah atas dosa lampau.  Ujian Allah untuk tahap kesabaran.   Saya bukan maksum , yang tidak pernah melakukan salah dan silap.  Lainlah dengan segelintir umat yang akan mengeluarkan kata ” padam muka…. tu lah balasan Tuhan” seolah-olah mereka sendiri tidak pernah melakukan dosa dan tidak pernah ditimpa musibah dan ujian.

Pernah nampak orang memadamkan muka seseorang yang melakukan kesilapan dengan gembira riang rianya?  Tengoklah di dinding Facebook atau susur masa Twitter.

 

 

  1. pernah berlaku pada saya. tekan untuk keluar duit tp duit tidak keluar. check baki sudah kurang.
    buat aduan segera, bank ambil masa 2 minggu juga. itupun wife saya yg bising2 kat pegawai tu. nak harap saya..saya cakap, takpelah bukan rezeki.

    masa yg berlainan..masuk duit kat cash deposit. duit ditelan, tapi tiada resit dan urusan dibatalkan.
    segera buat aduan. pada masa tu saya tiada akaun bank di bank berkaitan. jadi duit tersebut terpaksa di transfer ke akaun wife saya. skrg dah ada akaun bank.dah ok.transfer secara online je
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Semalu – Jamal Abdillah feat Allahyarham SamadMy Profile

  2. saya penah terkena..tp d mesin cash deposit, masukkan duit lepas tu mesin sangkut , keluar resit error jee..masa tu pukul 11.30 mlm, esoknya cuti hari pekerja…punye gelabah tuhn je thuuu..jumlah kat dalam tu tak pasti berapa sebab main masuk jee … bila report 2 mngu bru dpt blk..tu pn xdpt pnuh sbb xpasti jumlh..huhu mngkn kena kifarah jg sbb bhnti kje ntis 24jm terus kluarkn gji msukkn dlm bank lain…kikiki p/s kira dlu duit sblm buat cash deposit..
    Jom terjah post menarik dari chekmud ..Gotong royong Bubur Assyura Masjid Saidina Abu Bakar As SidiqMy Profile

    • kak jie keluarkan duit awal pagi, jam 8 lebih
      tak pergi mana², tunggu bank buka terus buat aduan pd hari yang sama, bank yg sama

      • kes ni terjadi kat saya juga semalam. saya keluarkan rm1000 tapi bila balik rumah kira ada rm950 je…pelik…sebelum ni xpernah pn jd mcm ni…tapi betul mcm kak cakap, duit yg keluar tu berlipat & ada yg ada soletape..

  3. Assalamualaikum,
    Pengalaman saya di Penang masa outstation hari minggu: kad ditelan, duit tak keluar…baki dlm akaun kurang ratus2. Bila buat aduan setelah balik KL hari Isninya…hingga setengah tahun baru depa bagi jawapan. Dan jawapannya adalah: mesin ATM x rosak, duit tu mmg saya keluarkan…, malah saya disalahkan kerana hari isnin baru buat aduan. itupun di KL, bukan di Penang. Mereka jangka saya akan batal penerbangan semata2 kerana itu dan melopong tunggu di kaki lima hingga mereka buka bank pada hari Isnin? so, soal kita terima atau tidak, bukan tanggungjawab mereka utk ambil tahu.

    Makanya, terpaksalah tawaduk pada hati memujuk diri sendiri bahawa itu caranya sesetengah khilaf kita dilangsaikan.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Takdir Diubah Dengan Doa – Ustaz Azhar IdrusMy Profile

  4. dari apa yang saya faham, kaedah dia audit adalah untuk tengok berapa keping yang dah keluar dari ATM dan berapa banyak yang tinggal. sepatutnya rm0. tapi kalau ada rm50 so masih ada sekeping yang belum keluar walaupun sepatutnya dah.

    tapi dalam kes kak jie mungkin tak de. so dia kata la tak de.

    tapi kalau duit terlipat…. saya rasa masa dia counting masuk ke peti besi pun dah salah. teori je la 😀
    Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..Gaharu – OudMy Profile

  5. kujei..masaalah yang sama..acik keluarkan rm 100 je..yang keluar memang satu je rm50.oo..rasa tak yakin dah dengan mesin2 ni tapi nak buat camanakan

  6. Kalau nak diikutkan, rasanya staf bank tu memang takde alasan yang boleh digunapakai lagi dah utk menyelamatkan dorg sendiri. Mereka tak ada option selain meletakkan ‘blame’ kpd kita semula. Simple, dorg tahu mmg kita takde bukti.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Waktu untuk naikkan prestasi kerjaMy Profile

  7. Memang susah nak buktikan kalau bank dah kata macam tu….tak dapat nak buktikan dengan kejujuran 🙂 .Halalkan, insyallah Allah akan tambah kut lain pulak.

  8. mama dia xboleh cek melalui cctv ke tunjuk bukti pd kita..
    (Menurut beliau, kemungkinan saya tidak mengambil wang yang keluar secukupnya dan ada seseorang yang lain yang telah mengambilnya.)

  9. Dulu saya lain pula. Masa tu memang perlu duit tapi tiada ATM public bank yang terdekat. Jadi pergi ATM Maybank. Pergi mesin ATM pertama minta RM50 tapi tak keluar, ingatkan masalah ATM sebab orang depan pun ada masalah juga nampaknya. Pergi ATM sebelah pula, minta lagi RM50 tapi tak keluar juga. Pelik juga masa tu tapi cuba lagi di sebelahnya mesin ATM ketiga, RM50. Tak keluar juga.

    Mula-mula ingatkan tiada apa-apa tapi bila pergi bank lain, tengok-tengok RM150 dah kurang. Menyesal juga masa tu tak ambil resit. Bila pergi public bank kata saya ambil duit di bandar 20 minit dari tempat asal saya keluarkan duit. Follow2, akhirnya terpaksa mengalah. Apa boleh buat.
    Jom terjah post menarik dari Naziman ..Gadget iPhone 5 ada tugasan baru yaMy Profile

  10. ada kawan pernah terkena macam ni, buat report kat bank mmg diorg akan kata audit betul, tapi ni sebenarnya keje org yg masukkan duit dlm atm tu kak, diorg akan lipat duit tu pada satu belah, jadi mesin akan baca ada 2 keping, bayangkan kalau org tu buat utk setiap 20 keping….fuhhh… rasanya dulu ada kes yg kantoi buat keje ni…

    sebab tu duit yg kita dapat kat atm tu mcm alignment lari sket, sebab tebal dia senget akibat duit berlipat tu…
    Jom terjah post menarik dari Rizal ..Tips Hartanah – Teknik Beli Rumah Tanpa ModalMy Profile

  11. Assalamualaikum,
    niza keluarkan duit di mesin atm bank Islam dgn kad rhb. kad keluar balik, resit pengeluaran pun keluar. yg tak keluar…duit!!! masa tu urgent sbb nak bayar duit ambulance. ketika itu bapa dibenarkan pulang dari hospital, kononnya bapa dah sangat sihat. tapi bapa kata badan dia amat lemah tak mampu utk bergerak dari katil pun. jadi kami guna perkhidmatan private ambulance. dgn duit tak keluar, bapa kesakitan, mak pula high fever di rumah ketika itu. telefon rhb, mereka kata 2-3 mggu baru dapat. tak ke menyusahkan. perkara2 ini tak sepatutnya berlaku sbb bukan semua org ada cash yg banyak setiap waktu. dah byk kali sangat dengar perkara seumpama ini.