Yang Indah Itu Tetap Hidup Dalam Kenangan

Hulu Terengganu Hydroelectric Project

Alhamdulillah… saya telah selamat kembali selepas perjalanan hujung minggu lebih 900 KM.

Saya anak beranak ke Hulu Terengganu melalui Jabor – Bandar Al-Muktafi Billah Shah – Kuala Berang – Hulu Terengganu Hydroelectric Project dan balik melalui Felda Aring – Gua Musang – Kuala Lipis – Genting Sempah – Batang Kali – Serendah.

Bertolak jam 10.30 malam dan kami tiba di HTP ( Hulu Terengganu Project)  4.30 pagi.  Alhamdulillah… lega sangat.  Saya memandu melalui laluan yang tak ada sebuah kereta pun di awal pagi untuk bertemu suami.

Kuala TerengganuHari pertama, suami bawa kami berbuka puasa di Kuala Terengganu. Perjalanan dari Hulu Terengganu lebih kurang 90KM.

masjid kristal

Hari kedua, kami tak ke mana. Saya memasak dan menjemput beberapa rakan sekerja suami untuk berbuka puasa. Dengan kelengkapan dan keperluan yang terhad, saya masak Nasi Kabsa Kambing dan ayam panggang.

majlis berbuka puasa keluarga

Hari ketiga, selepas bersahur kami pun bersiap untuk kembali ke Serendah.

Hulu Terengganu Hydroelectric Project
Sebelum balik, suami bawa melawat keliling Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu – Empangan Puah ( Puah Dam)

Kat sini, jam 10 pagi pun keadaan masih berkabus dan cuaca sangat sejuk berangin.

hulu terengganu hydroelectric projectSiap nanti, tempat kami berdiri ini akan dilimpahi air.

empangan hidroelektrik hulu terengganu

pembinaan empangan hidroelektrik hulu terengganuIni adalah kunci air untuk empangan. Saya ada gambar sepanjang progres pembinaan di lokasi ini dalam tempuh setahun. Tiap kali datang akan melihat perubahan yang berlaku sepanjang proses pembinaan.

Hulu Terengganu Hydroelectric Project

Jam 8.15 pagi, kami bergerak keluar dari Projek Empangan Hidroelektri Hulu Terengganu ( HTP).  Bye…. bye ….  selalu suami yang tinggalkan kami setiap kali dia nak balik HTP, kali ini kami yang tinggalkan dia seorang di HTP.  Beza rasa meninggalkan dan ditinggalkan.

Tasik KenyirPerjalanan pagi yang berkabus dan pemandangan sebahagian Tasik Kenyir.  Kalau lalu laluan ini, mata kena awas memerhati pokok sepanjang laluan.  Kami jumpa sekumpulan 6 ekor burung enggang.

santuari gajah sungai ketiarLebih kurang 16 KM dari tapak projek hidroelektri kami singgah di Santuari Gajah Sungai Ketiar. Waktu lawatan selepas jam 2.30 petang setiap hari.

Kami melihat gajah dan pelatih gajah sedang mengadakan sesi latihan.  Ada 5 ekor gajah dewasa dan 2 ekor anak gajah.

gajah liar malaysiaBukan waktu lawatan, kami tak masuk – jadi cuma berdiri memerhati dari jauh walaupun rasanya tiada tegahan kalau kita masuk.  Hormati peraturan orang.

Sewaktu ingin bergerak meninggalkan santuari, pelatih gajah menunggang gajah keluar dari kawasan santuari.  Kami ambil peluang untuk bergambar dan memegang gajah peliharaan yang diberi nama Tenang.

gajah malaysia

gua musang
Jam 10.30 pagi , tiba di Gua Musang. Kenderaan masih belum banyak..mungkin ramai yang belum bertolak balik ke Kuala Lumpur. Perjalanan lancar dan selamat sampai ke rumah jam 2.30 petang.

Perjalanan jauh untuk bersama keluarga sangat bererti.  Syukur kerana kami masih berpeluang untuk berkumpul walaupun tidak seperti keluarga lain.

Nota : sepanjang perjalanan beberapa kali radio mendendangkan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang oleh Tegar. Tengah top ke lagu ni sekarang?

46 Replies to “Yang Indah Itu Tetap Hidup Dalam Kenangan”

  1. Menarik jugak kisah perjalanan akak ni. Saya pun tak lama lagi nak gerak balik dari Kangar ke Kemaman, Terengganu. Teringin lalu jalan gua musang ke hulu terengganu tu. Tapi saya banyak dgr cerita mengatakan jalan di Felda Aring teruk. Betul ke kak? Boleh kongsi dengan saya tentang keadaan jalan die Felda Aring tu? Saya cuba search dalam internet, cuma yang jumpa pengalaman pengguna2 dari tahun 2010,2011. Yang terbaru tak ada pulak.

    1. Jalan dekat Felda Aring tu memang teruk sikit, macam Rally Dakar… tak sampai 10 kilometer. Laluan lain semua ok tak ada masalah.
      Selepas masuk sempadan Hulu Terengganu, lalu tepi Tasik Kenyir tu dah pasang menara komunikasi, tak lama lagi dah ada talian telefon.
      Rasanya ini pilihan laluan yang sesuai, kereta tak banyak dan lebih dekat

    1. bilik tempat tinggal suami – projek hidroelektrik hulu terengganu
      bilik disediakan – katil lengkap dengan perabut asas meja makan 4 kerusi, meja sisi, almari pakaian, periuk nasi elektrik, pemanas air minum dan sinki dapur.
      bilik mandi di dalam bilik dengan pemanas air mandi.
      tv termasuk siaran asas astro.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beras Basmathi Jasmine Sesuai Untuk Masak Nasi ArabMy Profile

  2. beza rasa *meninggalkan dan ditinggalkan..

    dayah tertanya tanya.. sebagai isteri.. kan kak.. perasaan mana yang lebih berat..
    kita ucap selamat jalan kat suami atau masa ucap selamat tinggal ?
    hurrrmmm..
    Jom terjah post menarik dari dayah ..Resepi rahsia semperit nestumMy Profile

  3. Lagu tegar memang top skrg ni kak jie.. maklum la, penyanyi jalanan paling sedap sore, jadi artis..

    rajinya kak ji jalan jauh..

  4. Wah hebat kak jie boleh masuk kat tapak projek. Saya orang teganu sendiri tak pernah menjejakkan kaki. Lagu tegar tu semakin popular bersama dengan lagu yang lirik berbunyi putih-putih melati. Lagu indon memang sedap didengar,,,nyaman.hehehe
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Ais Krim Goreng Buatan SendiriMy Profile

Comments are closed.