Nasi Kebuli Muzium Warisan Kuala Lipis

Nasi Kebuli Kuala Lipis

Nasi Kebuli ini adalah makanan tradisional Daerah Lipis seperti yang dicatatkan pada Muzium Warisan Kuala Lipis.

Mengikut sejarah, Nasi Kebuli diperkenalkan pada tahun 1944 oleh Hussin dari Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis.

Kewujudan nasi ini bermula apabila Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah ( 1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke pekan Kuala Lipis dan berhenti di Kuala Kerong.  Baginda bertemu dengan Hussin dan menyatakan hasrat ingin memakan nasi berlaukkan ayam kampung.  Hussin memasak nasi tersebut dan menghidangkan kepada sultan.  Berdasarkan peristiwa itulah dinamakan Nasi Kebuli sempena nama Ke Bawah Duli.

Ok… saya memang tak faham dengan catatan dari muzium ini.

Nasi diperkenalkan oleh Hussin tahun 1944, tetapi sultan pula memerintah dari tahun 1914  -1917.  Sultan jumpa Hussin tahun 1944?  Mengikut catatan sejarah kesultanan Pahang, Baginda  mangkat di Kuala Pahang pada malam Selasa 19hb Jun 1917.

Misteri nusantara sungguh….! * bab sejarah kena baca dari tahun sekarang ke belakang tahun kemudian.

Sebelum ini kes nama bidan yang menyambut kelahiran Perdana Menteri – entri di sini  Muzium Warisan Kuala Lipis – Siapa Sebenarnya Bidan Perdana Menteri?

 

Bila bercerita tentang Nasi Kebuli, saya pun teringin nak buat, jom sama-sama kita masak Nasi Kebuli.  Resepi Nasi Kelubi ini saya catit dari muzium tersebut.

Bahan-bahan untuk memasak Nasi Kebuli

  • 1 kilo beras wangi
  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu lada hitam
  • 2 sudu ketumbar
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • minyak untuk menggoreng
  • daun tutur untuk menutup nasi

* Ya Allah…. saya tak kenal daun tutur….boleh sesiapa terangkan macam mana daun tutur?  Ganti dengan daun pisang boleh kot.

 

Cara-cara memasak Nasi Kebuli.

  1. Ayam dibersihkan dan dibuang lemak ( buang lemak ke buang kulit ? )  Gaul bersama garam dan kunyit yang ditumbuk halus dan diperap selama 4 jam
  2. Hiris bawang , halia dan serai nipis-nipis dan direndam sekejap
  3. Basuh lada hitam dan ketumbar, juga direndam sekejap
  4. Rebus ayam bersama bahan-bahan 2 & 3 sehingga empuk.  Angkat dan toskan.
  5. Ayam digoreng sehingga kekuningan.
  6. Basuh beras dan toskan.   Kemudian digoreng beras sehingga retak/patah dan masukkan air rebusan ayam.  Biar mendidih sehingga masak.  Kemudian tutup dengan daun tutur.
  7. Hidangkan bersama ayam.

 

Adoilah……..   Bab resepi ceruk dapur pun saya boleh kait-kaitkan dengan mata pelajaran Sejarah.    Saya pergi ke muzium bukan sekadar ‘window shopping’ – saya  mengambil gambar khazanah warisan dan membaca !

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Jadi ingat pas makan nasi ini sampe habis 2 piring hehe
    Jom terjah post menarik dari Resep Masakan Indonesia ..Resep Tempe Bacem AsliMy Profile

  2. Dwi Varia says:

    Pak Hussin perkenalkan nasi kebuli pada tahun 1944. Dari manafakta ini? Bagaimanapun tidak menjadi persoalan kerana tahun ia diperkenalkan berlaku kemudian daripada kemangkatan Sultan berkenaan. Maka untuk beberapa tahun selepas hidangan disajikan, barulah Pak Hussin komersilkannya atau hebahkan. Maka, tidak jadi persoalan.
    Sebenarnya teks penerangan muzium memang betul. Cuma sesetengah pembaca yang tidak meminati pelajaran sejarah tidak menghayati dengan sepenuh hati. Kemudian salahkan ayat pula. Manusia memang begitu, suka salahkan pihak atau hal lain terlebih dahulu. Selalunya pula enggan mengaku salah. Biasa lah.

    • encik… blog bukan surat khabar atau buku sejarah… pembaca tak akan baca dan ambil pusing tentang artikal seperti di sekolah.

      entri ini ditulis sebaliknya supaya pembaca berfikir, betul ke….ia ke…. dari situ baru menarik minat pembaca untuk lebih mengetahui. Untuk tahu mereka mungkin boleh mencari fakta dari pihak lain atau berazam untuk ke muzium itu sendiri.

      inilah cara menarik minat pembaca untuk ‘mengetahui; Dengan persoalan yang ‘nampak jahat’ itu, ramai pembaca saya menaruh minat untuk mengetahui. Asalnya memandang sepi ‘fakta’ mereka jadi ‘membuka mata’ kerana nampak ‘kesilapan’ tersebut.

      membaca blog bukan seperti membaca buku ( one way communication ) tetapi perbincangan tidak formal tuan blog dan pembacanya… membaca entri santai seperti ini kena baca sekali komen² dari pembacanya..ada perbincangan dan ada perkongsian maklumat.

      teknik ini tidak seperti teknik muzium atau teknik buku sejarah.. ini teknik kejam memaksa pembaca berfikir dan menimbulkan rasa ingin tahu

      rasa ingin tahu itu penting , kemudian barulah mereka akan terus mencari kebenaran dengan membaca

      saya manusia, kita mungkin berbeza – cara dan latar belakang.

      …. Seribu jalan menuju Roma
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tak Perlu Cop Buku MerahMy Profile

  3. makanan kampung saya nih,kuala lipis..heeee…

  4. Nanti indon klaim masakan ni berasal dari negara dorang.

    susahlah,malaysia tak ada budaya..hehehhe
    Jom terjah post menarik dari zack ..NASIB INDUSTRI PERTAHANAN MALAYSIAMy Profile

  5. siti nurhaliza pernah bagi gua makan mase gua otw dari cameron singgah lepeih hari tu hahhahaha
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Ranking Kelantan The Red Warriors Dalam Kedudukan Kelab-Kelab Seluruh Dunia IFFHS 2012My Profile

  6. di negara Oman ada Nasi Kabouli, di Malaysia ada Nasi Kebuli
    Jom terjah post menarik dari Chef HjMisaiKontot ..Livestock baru tiba untuk Aqiqah & Majlis KenduriMy Profile

  7. Sedapnya.. saya jadi pengen buat ni Kak Jie..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Membuat Internal Redirect Pada Halaman BlogspotMy Profile

  8. Banyak rempah2nya… jadi pengen coba

  9. ish x pernah denga lak nama nasik ni

    nasi kebulur je senang

    hahahhahaa
    Jom terjah post menarik dari razfira ..Busuk Hati & Cara MewangikannyaMy Profile

  10. Assalamualaikum,
    Oooooo depa tulis ikut sejarah…kira macam mengundur lagu tu hu huhu

    maksudnya, nasi kebuli dicipta masa almarhum sultan Mahmud jumpa Husin. Hanya tahun 1944 baru diperkenalkan kepada umum, hingga sekarang diteruskan usaha itu oleh Enche kamaluddin

    ….ok tak terjemahan tu? Odoiii la, bila nak habis lawat muzium kalau lagu tu. nak paham satu2 benda tu entah berjam2. Ayat sejarah memang lagu tu kot la la la
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Ratu Tidur?My Profile

  11. pernah dengar nasi nih tapi tak pernah makan. rupanya asal usulnya utk dimakan oleh raja.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Innalilahiwainnalillahirajiun,,Jagalah Ibu Selagi AdaMy Profile

  12. paranormal sungguh, kena panggil uncle seekers ke kuala lipis lps ni. hehe
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..Upside Down: Kipas Berbentuk Helikopter Terbalik Ilham Raffaele IannelloMy Profile

  13. Daun Tutur saya pun tak tahu,nanti balik kg tanya nenek saya,mungkin dia tahu kot.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Masalah Log In WordPress for AndroidMy Profile

  14. Cara penerangannya kot yang buat kita jadi susah nak faham… 🙂
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Bagi Kredit Je, Bukan Duit!!My Profile

  15. Mungkin juga sultan jumpa Hussin sebelum kemangkatan baginda Jun 1917. Masa tu Hussin mungkin berumur belasan tahun. Lepas 27 tahun kemangkatan baginda barulah Hussin terfikir nak mengkomersialkan resipi tu. Mungkin la kot..

    Sejarah berdasarkan andaian..
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..MenularMy Profile

  16. haha….1944 ? tersalah catit ke apa ni ? bahahhahaha
    Jom terjah post menarik dari spudin ..Tazkirah : Bayi Comel Idaman SemuaMy Profile

  17. first time dengar nasi nih..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Download 3GP Gadis bertudungMy Profile

  18. Oh tidak sangka di kongsikan resepinya sekali. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Applikasi Instagram for Chrome untuk peminat tegar kini di ChromeMy Profile

  19. kebuli? nampak macam nasi ayam ja..tu la lain tempat lain makanan dan citarasa dia kan.
    syok nya kalau suka melencong ni

  20. memula baca info dlm gmbar tu dh nampak tahun yg berbeza tu.. kalau sy la, maunya tnya pegawai kt muzium tu…

    nasi kebuli ni mmg pernah dgr tp daun tutur tu daun apa yer.. google pun xde.. yg keluar entry kak jie ni.. 😉

    • Masa kat muzium, tak sempat nak baca beribu ribu fakta yang dipamerkan. Biasanya Kak Jie snap info2 tersebut dan balik view kat komputer…baca satu-satu fakta tersebut.

      Tiba2 ternampak penerangan mengenai nasi kebuli ini yang agak bercelaru sehingga menimbulkan tanda tanya kepada pengunjung.

      Sepatutnya bahasa/ayag yang digunakan adalah penerangan untuk memberi kefahaman kepada pengunjung…tapi kita pula y ang keliru.

      Ayat tu boleh dimulai dgn peristiwa tahun 1917…..baru diterangkan keadaan 1944, ikut tuturan.

      Kalau kak jie sedar awal2 masa kt muzium, bolehlah tanya pada kakitangan di sana….
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Muzium Warisan Kuala Lipis – Siapa Sebenarnya Bidan Perdana Menteri?My Profile

  21. niknormasitah says:

    hihihi…mula2 dengar nama nasi ni kan, saya tanya kawan? ko ni salah sebut ke?
    hahhaa.. rupenyer nama dia memang kebuli.
    Macam kak jie kena buli baca info kat muzium tu tapi still xfaham;p hehe.gurau:)
    Jom terjah post menarik dari niknormasitah ..Snek sihat untuk ibu mengandung!My Profile

  22. bila kak jie dah masak nasi kebuli ni, jemput kami ye

  23. haha.. gelak besar kite baca.. 4 kali baca pun berkerut dahi lagi 🙂

    • jangan pening-pening

      catatan di muzium tu memang sengaja disusun atur supaya kita pening, susah nak faham

Trackbacks

  1. Nasi Kebuli Muzium Warisan Kuala Lipis | Hidup Biar Sedap. says:

    […] fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); NEGARAKU! Tutup Terus ke sumber Negaraku.My Media Social Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; […]