Orang biasa punya impian luar biasa

By Kujie, 10/11/2009 9:21 pm
AWAS : Entri ini boleh menyebabkan keyboard anda banjir dengan air liur!

Esok kelas Angah ada jamuan perpisahan akhir tahun.  Kebetulan ahad lepas ( 08/11/2009 ) adalah hari ulangtahun kelahiran dia yang ke-15, saya buatkan dia kek kukus cokelat. Sebenarnya kami dah sambut pun ulangtahun dia, masa mak buat kenduri kat kampung hujung minggu baru ni.

kek kukus cokelat

Kek ini belum dimake up lagi ni. Kejap lagi siram dengan cokelat cair, tabur² cokelat rice, siaplah.

Kemudian sementara tunggu kek kukus masak, saya buat trifle peach. Jom kita masuk kelas sains rumahtangga.

trifle peach

Potong swiss roll, susun dalam bekas . Potong buah peach tabur atas swiss roll .

siram agar-agar

Masak agar², siram atas swiss roll tu…Biar beku

masak tepung kastard

Masak dengan api perlahan tepung kastard dengan susu cair sampai berkilat.

trifle peach yang siap

Siram atas swiss roll yang dah beku. Pling! ………. siaplah  Trifle Peach.

Resepi Trifle Peach


1 swiss roll ( potong nipis lebih kurang 1/2 inci ) susun dalam bekas ( bulat, empat segi, enam segi pun boleh )

1 tin buah peach – potong kiub tabur atas swiss roll yang telah disusun.

1 paket agar2 ( clear colour ) masak + gula, siram atas swiss roll, ketepikan. BEKUKAN sekejap supaya tidak bercampur dengan kastard yang akan dituang nanti tetapi jangan TERLALU LAMA, nanti dia terpisah² pula

Tip : kalau terlalu keras – cucuk agar2 tersebut dengan sudu, garfu atau pisau supaya ada ruang untuk kastard bercantum bersama².

1 tin susu cair + i tin air + 1 cawan tepung kastard + 1/2 cawan gula di masak…kacau dengan api perlahan sehingga berkilat.

Siram ke atas swiss roll yang ada buah atasnya dan agar-agar.

Sejukkan dalam peti sejuk.

Mesti kawan-kawan Angah seronok, kan esok.  Bukan susah nak bahagiakan orang-orang tersayang, tak perlu pun buat 3 wishlist yang gempaq tahap gaban… hehehe

p/s – semua ni gambar lama, tak kuasa aihh nak snap² kat dapur
p/s – sepatutnya saya publish entri lain yang lebih hangat dan hangus tetapi selepas 10 kali fikir, lebih baik saya delete.

Post Lain Yang Berkaitan

31 Responses to “Orang biasa punya impian luar biasa”

  1. Kak Long says:

    Aduss…tadi kat sekolah banjir sebab hujan, g kat blog Kujie, banjir air liur.
    Nak sikit….!!!
    Kak Long´s last blog ..Dlm hujan lebat : hilangkan bosan My ComLuv Profile

  2. maza says:

    aduhaii…

    kalaulah dr. pakar maza terpandang maza tgh suapkan kek lazat itu ke mulut, mau dia renung maza dgn pandangan MAUT!

    huhuhhu

    aduhaiii..kanzzzz..heheheh
    maza´s last blog ..Aku Bukannya Bapa Kau, Nab! My ComLuv Profile

  3. dilot says:

    wawawa…boleh amik recipe kak jie ni..tp kene letak kredit tak dekat trifle peach kak jie nnt ..hehe…

    kene rajinkan diri mcm kak jie…hopefully…
    dilot´s last blog ..wanita dan period, lelaki jadi tension My ComLuv Profile

  4. Luqman says:

    Fuhh, sy tgk gambaq pun dh terliur kak jie. ;-)

  5. wanmus says:

    perghh..tak kira, kak jie kena hantar jugak kat sini..huhu…
    wanmus´s last blog ..Server Malaysia JOMHosting.NET Kembali My ComLuv Profile

  6. Mak Su says:

    wow! sedapnyer!!!! nyam nyam
    Mak Su´s last blog ..Tutorial: Saya dah update blog saya My ComLuv Profile

  7. jun says:

    jie…happy belated besday to angah…pastu, makanan tu sume nampak sedap..ntah bila nak g umah jie ni..lagi satu, nak order periuk kukus tu..cunlah!
    jun´s last blog ..Filet ikan kurau goreng sos My ComLuv Profile

  8. nana says:

    mama….adeii..terasa2 lagi triffle mama tu masa rumah terbuka teratak..sampai sekarang ngidam neh…errr…mama…hehe..nakkkk.. :grin:

  9. yonna says:

    mama.jaga2.nak terjah rumah mama nnt :p :mrgreen:
    masak nasik tomato nnt eh hahaha
    yonna´s last blog ..Y568 : Kelas Twitter My ComLuv Profile

  10. cheryna says:

    sha ingat kak jie nak letak end result sekali! mesti best nieh…dah banjir daaahhhhh….
    cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: go with the santan flow 2 My ComLuv Profile

  11. mrs azmi says:

    patutla cam senyap sunyi jek semalam! jadi chef hebat rupenye! :cool:

    psst.. ade lebih dak kak jie?? :mrgreen:

    kak jie menggugat diet saya taw!! :cry:
    mrs azmi´s last blog ..usaha sedaya upaya!! My ComLuv Profile

  12. sedapnya..
    hihi…

    macam nak makan kek sekarang jugak..

    klik prudential juga..hihi…
    msanissyahirah´s last blog ..Berperasaan Gundah Gulana.. Owh, tolong pergi jauh2!.. My ComLuv Profile

  13. SHIMI says:

    Salam. Rindu dengan semua itu disini.
    SHIMI´s last blog ..Tangga-tangga menuju ke syurga My ComLuv Profile

  14. Roslan Nazri says:

    kak jie jangan la masak makanan camni tjuk kat org duk hostel dan kelaparan..hahaha
    Roslan Nazri´s last blog ..Final Exam Week, Wish Me Luck My ComLuv Profile

  15. x-po says:

    adeh, dh la tgh lapa ni..huhu tgk pic mknn tu plak, lg la lapa :cry:
    x-po´s last blog ..DALAM DILEMA, APA NAK BUAT NI? My ComLuv Profile

  16. zool says:

    Ini kalau saya try ntahapa jadi ntah..
    zool´s last blog ..Antara Mak dan Pasangan My ComLuv Profile

  17. izzah says:

    boleh bukak kedai kek la kak jie..
    ‘kujie’s recipe’
    mesti secret recipe pun kalah..
    hehehe..
    nampak yummy.. :mrgreen:
    izzah´s last blog ..Kenapa Perlunya Neraka? My ComLuv Profile

  18. denaihati says:

    teringat dulu bila wife minta belikan oven, dia kata senang nak buat kek. tapi tulah nampaknya bila birthday masih beli kat kedai lagi. nak tanya takut pulak dia …..
    denaihati´s last blog ..Sanggupkah ANDA berKORBAN? My ComLuv Profile

  19. tekkaus says:

    Macam sedap aje! :D Arrgghhh….sekarang ni saya apa-apa pun tak boleh baham… :(
    tekkaus´s last blog ..45 Hours Without Food! My ComLuv Profile

  20. Dr House says:

    Sedapnye kek dengan trifle tu. Tentu sedap makan time hujan-hujan ni.
    Dr House´s last blog ..Sambungan 3G modem Huawei dengan Ubuntu 9.10 My ComLuv Profile

  21. nuaeman says:

    sedap ke ni kak jie? sedap ke? sedap ke? :)
    nuaeman´s last blog ..Jana Wang melalui Wang Pos: Halal atau Haram? My ComLuv Profile

  22. Naaaakkkkkk kek cekelat tuuuu :shock: :oops:

  23. yati says:

    tima kasih utk resepi Trifle tu.. macam tau2 jer mood yati tgh giler memasak sekarang nih.. :D
    yati´s last blog ..* Nak PeGI Jalan-jalan * My ComLuv Profile

  24. kruel74 says:

    Nyums…. :mrgreen:
    kruel74´s last blog ..True Wealth Open Day My ComLuv Profile

  25. Lan Bingka says:

    hmm…nampak sedap
    Lan Bingka´s last blog ..Walimatul Urus Pertama My ComLuv Profile

  26. Tie says:

    Sat……

    Nak gi ambik buku resepi !!

    Ooo……. tak de lebih ke….
    Tie´s last blog ..Channel Ceria My ComLuv Profile

  27. arin says:

    nampak sedap dan manis trifle tuh..
    arin´s last blog ..Blog dan Kesesuaian My ComLuv Profile

  28. megat says:

    pergh menyelerakan! boleh emailkan kat saya kak? (he3)

    2 hari lepas orang rumah buatkan saya kuih lapis. sedap. bertambah sedap apabila ia dikukus dengan periuk hadiah dari kakak.

    terima kasih kak ;)

    • Kujie says:

      @megat, sejak ada periuk kukus baru ni, mmg keraplah masak. :lol:

      tak payah hantar kat email, tatap je malam ni buat mimpi malam nanti

Panorama Theme by Themocracy