Pertama Kali Buat Roti Perancis

cara membuat roti

BAHAN A
90 gm tepung gandum
360 gm tepung roti
1½ camca teh garam
1 camca teh gula caster
3 sudu besar yis kering ( saya guna jenama layang-layang )

Campur semua bahan A, jangan biarkan yis terkena garam secara langsung.

BAHAN B – 250-260ml air

BAHAN C – 10gm  shortening

CARA- CARANYA MEMASAK ROTI

  1. Campurkan air sedikit demi sedikit ke dalam BAHAN A, uli hingga lembut.
  2. Campurkan shortening dan diuli hingga sebati . Tanda² adunan sebati adalah adunan tidak melekat di tangan. Biasanya proses mengguli mengambil masa kira² 15 minit.
  3. Tutup doh dengan tuala lembab dan rehatkan kira² 30 minit sehingga doh naik dua kali ganda.
  4. Kemudian tumbuk² doh untuk keluarkan angin, di uli ringan² dan dibahagi aduan kepada 3-4 bahagian.
  5. Canai setiap satu bahagian dan gulung dua penjuru bertentangan sehingga bertemu di bahagian tengah, terbalikkan. Jadilan bentuk roti yang lonjong.
  6. Rehatkan kira² 30 minit sehingga doh naik dua kali ganda .
  7. Panaskan ketuhar dengan suhu 200°C
  8. Sebelum dimasukkan adunan ke dalam ketukar, kelar/ guris bahagiaan tengah tengah doh dan direnjis-renjis dengan air. Tujuannya supaya bahagian luar roti lebih rangup.
  9. Bakar kira-kira 25 minit dalam suhu 200°C dengan api sederhana.

roti perancis

Roti Perancis sesuai dimakan dengan sup cendawan atau dicicah sambal bilis mengikut selera masing².

Ketukar saya saiz kecik, jadi  Roti Perancis saya tidaklah panjang seperti yang biasa dilihat dikedai kek.

p/s – tak teringat nak ambil gambar waktu proses membuat roti, jurukamera ada kelas tambahan…hik hik hik

P/S – ini kali pertama buat, belum elok sempurna – Don’t give up , practice makes perfect kata orang…

Selamat mencuba puan².

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. syamSol says:

    sy pun nak kongsi resepi roti perancis
    resepi ni yg sy guna kat tempat sy kerja

    Bahan2
    1.5 kg gandum high protein(kat kedai bahan2 kek ada)
    15 g garam
    15 g bread improver
    20 g yis(kami guna mauripan)
    800 ml air

    1 campur semua bahan dan uli sampai lebut dan x melekat
    2 potong doh tersebut jadi kecil(kami potong setiap 1 seberat 350g)
    3 lepas potong bentukkan doh yg dipotong jadi bentuk sfera
    4 tutup doh yg berbentuk sfera tu dengan plastik
    5 bila dah naik 2 kali ganda, canai dan gulung doh tu supaya jadi panjang
    6 tunggu doh tu naik 2kali ganda
    6 bakar selama 10 minit dengan suhu 210 c atas dan 200 c bawah kemudian tambah masa membakar selama 18 minit dengan suhu 190 c atas bawah
    7 bila dah cukup masa keluarkan dengan segera semburkan sedikit air pada roti yg baru masak tersebut

  2. ciksembang says:

    thanks dgn resipi ni. mmg minat dgn roti perancis sedap bila bakar dgn garlic spread .. rasa mcm garlic bread kat pizza hut
    Jom terjah post menarik dari ciksembang ..Peringatan mesra, bayarlah zakat sebelum 31 DisemberMy Profile

  3. suka dengan baguette ni :mrgreen:
    tapi mungkin lagi sedap kalau hasil air tangan sendiri. hehe

  4. ada malvare , google dah keluarkan malvare detected
    dah clearkan semua script, dah hantar requests untuk review tetapi biasanya ambil masa… tu yg deactivekan kejap

  5. satu lagi, bila tgk roti, mmg teringat habis kat satu cerita korea ni..love, bread and dreams…mmg teruja habis :mrgreen:

    p/s-mamat dlm drama ni siap letak satu cawan air masa bakar roti, katanya supaya roti lebih lembut (itu dlm drama, belum try lagi..hehe)

  6. 1. macam2 tau2 jer…mmg tgh giler buat roti kat rumah ngn wife..hehe..
    2. alang2 kak jie dah tunjuk roti perancis, boleh masuk senarai menunggu roti ni… 😀
    3. off topic, kak jie dah tak pasang comment luv :roll:

  7. bab bace buku resepi tu mmg betul tu kak jie, dah try 2 kali buat ala2 roti…still tak berapa nampak rupa roti..huhu

  8. Salam… kak kujie, best nya dah pandai buat roti perancis..

    kita bab2 kek, kuih, biskut memang tak masuk dek ajor.. huhuhu… tapi teringin la nak pandai…

    nak keep ahhh dia nye cara… thanks kak kujie.. selamat berpuasa aa.. tinggal lagi bape hari je ni puasa… 🙂
    Jom terjah post menarik dari ikoko ..Slurp untuk Ikan Patin Masak TempoyakMy Profile

  9. Teringat pulak makan roti keras cicah kari kambing di Saudi
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Blogger Trafik HunterMy Profile

  10. Boleh cuba try test ni.
    Jom terjah post menarik dari Teratakerapung ..Al – Fatihah untuk TUKYA (Azizi Hj Abdullah) – BelangsukawaMy Profile

  11. wah,,kenyang nih. huhu saya tak reti buat roti. bahan a dan b lepas semuanya,,tersekat kat bahan C, tak tau shortening tuh apa dan macam mana. dah google baru tau, lemak sayuran. hehe
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Pertandingan Earncent Review 2011My Profile

  12. Hmm…wah rasa nak berbuka posa pula.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Wow #DiGiJomBerry is so generous and offering you to stay connected online on the go for just RM 25/month!My Profile

  13. bulan pose ni tak larat mkan roti…tak sempat
    Jom terjah post menarik dari ann ..ZalabiaMy Profile

  14. pandai kak jie buat..cantik roti tu.. 😀
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Betul Ke Boleh Buat Duit Dengan Blog?My Profile

  15. Kalau kak kujie,ada masa lagi,ambik bawak putih 2 ulas,ambik planta/marjerin.gaulkan.Then sapu atas roti yang telah dipotong.Then bakar hingga kekuningan,Kalau nak nampak mewah,letaklah keju semasa bakar tu.

    Then baru cicah dengan sup cendawan.Perghhh,terangkat!
    Jom terjah post menarik dari haiqal ..Minuman Pelik?My Profile

  16. Kampung traveler says:

    French bread is my favorite. Kalau toast pulak sama mozzarella…
    Jom terjah post menarik dari Kampung traveler ..Senarai laluan maut / jalan berisiko tinggi di MalaysiaMy Profile

  17. mukadimah terus je resepi. huhu..
    meroti pulak. pasni tepek le lagi eh resepi2 lain, ngeh3
    Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Ini kisah nak rayaMy Profile

  18. DIY, dapat koleksi resepi baru dari sini. nampak menarik, nak cuba buat juga la.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Tentang HatiMy Profile

  19. last year, macam2 roti sy buat. tahun ni ntah knp…
    Jom terjah post menarik dari Effa ..Cik Bulan Yang Ku nanti, menjadikan aku sengal.My Profile

  20. Pacifista - X says:

    terer kak jie buat roti perancis ni.ni belajar kat perancis jugak ke?hehe… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Bonus PacifistaMy Profile

  21. tampak sgt menyelerakan. skg xleh nk try sbb bulan puasa. klu bley mkn pg2 lps raya nnt, bley la try buat
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Armani Hotel Dubai Di Burj Khalifa: RM7,200 Untuk Pengalaman Satu MalamMy Profile

  22. Sedappnye roti tu..hehehe..GK beli kt kedai je
    Jom terjah post menarik dari Geng Kedai ..ViolenceXx VioHunaZoneMy Profile

  23. Doh yang sudah diulit perlu dimasukkan didalam bekas sebelum dibakar?

    p/s: blog kak Jie ada error minta save frame.php
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Misi makan ais krimMy Profile

  24. wahh, rajinnya buat roti perancis nih.. :mrgreen:

  25. boleh tahan ni , nanti try buat lah pula ..gebu elok je tu .. 😛
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Terkini Lirik Lagu Raya Nubhan Aidilfitri Limpah Kurniaan IlahiMy Profile

  26. saya ni memang tak reti masak roti, kek dan yang sewaktu dengannya.. kena berguru face to face rasanya .
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..kau tak datang, lemah jiwaku…My Profile

  27. rajin tak rajin je masalah nk buat makhluk ni..baru2 ni bru dpt resipi roti john..pun malas jgk nk buat.. 😀
    Jom terjah post menarik dari adele ..Resipi dan Cara-Cara Membuat Blueberry CheesetartMy Profile

  28. roti perancis ni mungkin sedap dimakan dengan rojak buah ahaha!
    Jom terjah post menarik dari ROJAK ..What You Need to Know about JohorMy Profile

  29. aimannajmy says:

    gulp terus kecur air liur tengok ada sambal.. perghh lmbt lagi ni nk berbuka
    Jom terjah post menarik dari aimannajmy ..Berbuka Puasa di Restoren BawalMy Profile

  30. Siap tuk dimakan!!!!
    Jom terjah post menarik dari chekguBH ..Tasik Shah Alam Cruise…. 🙂My Profile

  31. seronok membuat resepi barat seperti roti, pasta….

    kalau saya semua buat cita rasa sendiri…. yang penting rasa ada….hehehehe walaupun tak ikut resipi tapi sedap…heheheh lepas puasa nak buat spageti dan pizza ni….huhuhuh
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Nuzul QuranMy Profile

  32. Kak Jie jarang nak post bab masak… kesian nak tunjuk kat cik abang yang jauh kat Algeria tu, kang dia teringin

    tapi kalau bab roti……..kat sana bersepah2…murah pula tu, dah makan ruji org sana makan roti 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bulan Si Kaloi Yang MontelMy Profile

  33. superb la kak jie, ni buat meleleh air liur time pose2 ni..hehe

  34. kena buat, baru kita tau sukatan tepat, cara mengguli mcm mana….kalau baca kt buku resepi je…..tak jadi 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Warna Baju Raya Yang Popular Tahun 2011My Profile

  35. betul betul betul…wahhh…masing2 menambah perisa ni
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Warna Baju Raya Yang Popular Tahun 2011My Profile

  36. yerp..itu yang best..hehe
    Jom terjah post menarik dari afendi ..Engineering meet a danceMy Profile

  37. kalau bab masak2 ni mmg lah..di atas kertas mmg cantik je tapi bila kita buat ada tips dan petua yang hanya boleh dikenalpasti bila beberapa kali mencuba…

    server migrate :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Persoalan Solat Witir Dan Kenapa Imam Memalingkan MukaMy Profile

  38. lidah tetap lidah melayu..nk wat mcm mana 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ko da feymes bole lah cakap…My Profile

  39. roti internasional..tapi sambal ikan bilis..
    tu terbaik..ikan bilis feveretku..hehe 😀
    Jom terjah post menarik dari afendi ..Fendidahada.com kepada Afendi.myMy Profile

  40. nampak sedap. betul2, practice make perfect.

    smlm cuba masuk blog kak jie xdapat. server down kot
    Jom terjah post menarik dari myilham ..Nikah Kerana Dia atau Kerana AgamaMy Profile

  41. Sapu dengan garlic dan butter lepas tu bakar sikit…sedap tu 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..24 tol beri diskaun sempena raya 2011My Profile

  42. wah.. sedapnya kak jie… sy nak cuba la minggu ni..
    Jom terjah post menarik dari Effa ..“Saya bukan muda lagi…”My Profile

Trackbacks

  1. […] Bila dah siap, hidang bersama coselow dan roti perancis.  Resepi untuk buat roti perancis di sini >  Resepi Roti Perancis […]