Resepi Ayam Panggang Cendawan Shitake

ayam panggang cendawan shitake

Menu berbuka puasa hari ini – Ayam Panggang Cendawan Shitake.

Saya bukan jenis merancang untuk masak apa waktu berbuka puasa. Biasanya bila dah ke dapur, buka peti sejuk baru dapat idea nak masak bergantung bahan apa yang ada di dalam peti sejuk.

Semalam saya beli cendawan shitake, tanpa dirancang nak masak apa. Tetiba dapat idea nak masak cendawan shitake dengan ayam, jadilah menu hari ini Ayam Panggang Cendawan Shitake.

Senang saja nak masak, saya bukan jenis suka berkecah kecah di dapur dan luangkan banyak masa semata-mata untuk berbuka puasa. Biasanya memang menu simple dan mudah jadi pilihan.

Ok.. jom kita memasak. Pakai apron dulu…. kalau kita komplain peniaga makanan tak pakai apron, kenapa diri sendiri tak nak komplen , kan? Secara asasnya sama saja situasi – menyediakan makanan.

ayam panggang cendawan shitake

Resepi Ayam Panggang Cendawan Shitake

  • 6 ketul ayam
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam
  • serbuk kunyit
  • 2-3 sudu minyak zaiton
  • 1 batang lobak merah di potong memanjang
  • bunga kubis
  • 1/2 labu bawang besar
  • cendawan shitake ikut suka dan dipotong .

# sayur lain ikut pilihan masing-masing. Saya guna apa yang ada di dalam peti sejuk.

resepi pemanggang ajaib

Cara Memasak Ayam Panggang Cendawan Shitake

    • Perapkan ayam lebih kurang 20 minit dengan serbuk jintan manis, ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit dan garam
    • Panggang dalam pemanggang ajaib dan percikkan minyak zaiton lebih kurang 20 minit.
    • Bila ayam dah masak, keluarkan.

cendawan shitake

  • Masukkan lobak merah, cendawan dan bawang besar  ke dalam pemanggang ajaib.  Tak perlu cuci bekas panggang ayam tadi.
  • Masak 4-5 minit
  • Bila dah masak, campurkan semula bersama ayam panggang.
  • Sedia untuk di makan bersama nasi… ops! tunggu masuk waktu berbuka puasa dulu.

Senang je kan memasak?  Yang payah nak dapatkan idea memasak menu berbuka yang simple.

©kujie – Hujung minggu ni nak pergi  Hulu Terengganu bersama anak-anak ke tengah hutan belantara  berbuka puasa bersama suami.  Dah siapkan list barang nak di bawa kerana di sana bahan dan peralatan memasak memang terhad.

 

28 Replies to “Resepi Ayam Panggang Cendawan Shitake”

Comments are closed.