Resepi Ayam Sedap Tak Tahan

Rasanya semua mak akan masak kalau anak-anak dah minta.

Hari Selasa  kalau ikut rutin,  saya jarang memasak kerana ada pasar malam berdekatan taman perumahan kami.  Tetapi bila Angah dah minta saya masak ayam kegemaran dan disokong oleh Intan dengan aksi air liur meleleh, cair juga hati seorang mak.

Malas-malas pun saya pergi ke pasar malam beli ayam seekor .  Balik dari pasar malam tanpa berlengah-lengah, tarik nafas dan terus bertukang di dapur.

Siaplah satu hidangan masak ayam kegemaran anak-anak.

Angah :  ” Mama, ayam tu boleh tahan berapa lama”

Mama : ” Kalau ayam yang digoreng, boleh tahan lama, 3-4 hari pun boleh tahan

Hari Rabu saya balik dari kelas.

Angah : ” Mama cakap ayam tu boleh tahan 3-4 hari..kenapa Angah tengok ada seketul je…”

Mama : ” ooooo………. mama cakap tahan tak basi , bukan tahan untuk berapa hari nak makan

ha ha h a…………. perkataan tahan digunakan untuk  makna berbeza.

Jadi , hari ini sekali lagi saya masak ayam kegemaran mereka.  Nak tau resepinya?  Saya tak tau nama apa, tetapi menunya ringkas saja.  Jom kita buat sesama…

Sebab nak share resepi, saya pun bagilah resepi ni nama  – Ayam Sedap Tak Tahan

resepi ayam sedap daun karipole

Resepi Ayam Sedap

  • ½ ekor ayam
  • Kunyit
  • Garam
  1. Bersihkan ayam, dipotong kecil. Letak garam dan kunyit. Digoreng. Ketepikan.

Bahan dikisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halis

Bahan tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga.

Bahan lain:

  • 2 sudu cili giling – hari ni tak berapa nak rajin, saya guna chili flakes
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu teh gula
  • 2-3 tangkai daun kari
  • garam secukup rasa
  • kicap – sikit saja sekadar nak warnakan gelap

Cara Memasak

  1. Tumis bahan tumisan. Bila terbit bau, masukkan bahan kisar.
  2. Masukkan cili giling . Bila dah pecah mintak, masukkan gula. ( petua : gula perlu dimasuk sebelum bahan lain , ia akan memberi warna merah yang menarik pada masakan )
  3. Masukkan sos cili, kacau
  4. Masukkan kicap, garam secukup rasa.
  5. Masukkan daun kari dan ayam.
  6. Kacau sebati, tutup supaya aroma bau terperap.

Masakan pekat tak berkuah ini sedap dimakan waktu nasi masih panas… nasi masih lembut, menjilat  ke celah jari.

Resepi mak-mak macam ni tak berapa perlu sangat sukatan.  Sukatan tu sebagai bayangan menunya akan jadi seperti apa.  Tiap mak akan ada ciri-ciri “air tangan” yang berbeza yang mungkin menjadi signature anak-anak.

Keunikan Biskut Raya

Saya berkongsi resepi ini dengan Yanmie, sambil berwhatsapp dia memasak , pun dah siap! Mak-mak zaman sekarang.

  1. Pingback: Nak Pikat Hati Suami? Cuba 5 Teknik Tak Terkalah Ini! - HAFIZMOHD.COM

  2. Pingback: Resepi Bujang Hari Minggu - My Arrazi

  3. As Salam Kak Kujie,

    Hehehe..best la resepi ayam sedap x tahan akak nie,sampai dah famous de amos dah kat Tehran,Iran nie.hehehe…simple,lazat dan memikat…

    Salam perkenalan dari Chek yang jauh di Tehran.
    Jom terjah post menarik dari ctnahda ..Pentingnya berkemahiran…My Profile

    • Waalaikumsalam

      Resepi ini tanpa sukatan tanpa undang2 tertentu, boleh je campak apa yang kita ada di dapur sebab semua bahan tu mudah nak cari.

      Apa yg anak² suka, kita masaklah. Terima kasih kerana dah bawa resepi ni around the world..hehe
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tukar Custom URL Google+My Profile

  4. Pingback: Menu Berbuka Puasa : Puding Roti Karamel | Hidup Biar Sedap

  5. Pingback: Menu Berbuka Puasa : Salad Telur | Hidup Biar Sedap

  6. assalammualaikum Kujie
    kat umah akak pun ayam memang menu yang di masak seminggu 3-4 kali..walaupun masak simple anak mesti suka

  7. aduyai…ni yg seksa bukak blog kak jie malam2 ni, tetiba ada ayam goreng sedap tak menahan pulak…

    dgn rasminya, akan ambe sama2 kerjakan dapur weekend ni dgn resepi kak jie ni..

    pepun, masakan paling best ialah masakan mak dan masakan isteri…tak tertahan…hehee =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Siri 2: 5 Petua Tingkatkan Mood Diri & PasanganMy Profile

  8. Ini namanya resepi campak-campak .. hahaha
    Sesedap mana pon makanan kat kedai tapi kalau dah terliur masakan emak , memang boleh meleleh air liur klau teringat .. nak2 kalau lama emak tak masak masakan kegemaran anak2 🙂
    Jom terjah post menarik dari Zqah ..Dah dapat Kerja Kat Jobdirumah !My Profile

    • betullah tu…sebab tu banyak resepi kak jie jenis campak2 tak tau nak bagi secara tepat sukatannya

      nak dpt kan rasa yg sebenar, kita kena buat berkali² dan tiap org tak sama rasanya… citarasa berbeza.

      kalau ada org nak makan memang seronok nak masak² ni, berbaloi lah berkecah kecah kat dapur tu..kalau kita berpeluh masak, kita je nak makan sorang2…. lupakan aje lah… lama2 akan jadi malas.

    • yup..dia pedas, manis , masin
      tapi kicap tu sikit je..jes tak mau kaler merah sgt

      yg penting tumis kulit kayu manis ….dia keluarkan bau harum,… lepas boh daun kari, tutup biar bau dia terperap dlm masakan

  9. Salam,

    Perghh lama betul aiman dgn ayahnya makan, menghayati kot hehee…macehh kakjie share resepi ni, mmg sedap…1st time masak macam ni, biasa buat ayam msk merah, yang ni lain sikit siap letak kulit kayu manis dgn daun kari…daun kari tu sedap sangat aromanya, sebati dengan rasa. nanti boleh buat lagi.

    heeee mak2 zaman sekarang memang canggih, nak apa2 wasap je..dapur dah macam sebelah menyebelah heheee
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Nasi Hujan PanasMy Profile