Resepi Dan Cara Memasak Pavlova

Sebenarnya dah  lama perasan Pavlova ini agak ‘in‘ sekarang. Sama naik kepopularitinya selepas macaron. Apalagi bila Makcik Yan tu selalu saja up entri mengenai pavlova. Nampak sedap berjejer-jejer air liur bila nengoknya.

Pertama kali saya merasa kesedapan pavlova waktu lunch di #msmw 2011 di PWTC tempoh hari.

Awal minggu ini saya dapat panggilan dari Kolej Komuniti mengenai kelas masakan yang akan diadakan sepanjang bulan Mac. Salah satu menu pada minggu ini adalah Kek Pavlova iaitu sejenis kek meringue yang diperbuat daripada putih telur dan gula halus. Tekstur pavlova ringan dan rangup dibahagian luar.

pavlova dari putih telur Pavlova menggunakan bahan utama putih telur dan gula halus yang dipukul .  Mula² pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’.

pavlova putih telur maringue

Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi,, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar adunan.

Terus putar sehingga adunan menjadi putih berkilat.  Antara tanda adunan telah menjadi marigue ialah apabila diangkat, terdapat hujung yang bertanduk tajam.

Masukkan esen vanila dan di pukul sampai sebati.  Untuk membuktikan adunan betul² menjadi marigue, telangkupkan bekas yang mengandungi adunan di atas kepala.  Kalau tak jatuh, itu tandanya adunna betul² telah menjadi marigue.

Masukkan tepung jagung dan cuka, gaul dengan spatula.  Jangan diketuk-ketuk adunan tersebut.  Biarkan dia naik secara semulajadi.

adunan pavlova marigue Lukis satu bulatan di atas kertas minyak ( parchment paper ) dengan menggunakan tin kek bersaiz 7 inci.  Tuang adunan di atasnya, bentukkan bulat mengikut garisan yang dilukis sebagai panduan.  Pastikan bahagian tepi adunan lebih tinggi dari bahagian tengah.

cara membakar pavlovaMasukkan dalam ketuhar  yang telah dipanaskan dengan suhu 150°C .  Bakar sejam ( 60 minit ) dengan api atas dan bawah.

Tips

  • Jangan ada walau sedikit pun kuning telur
  • Jangan ada walau setitis pun air dalam adunan.
  • Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air

cara buat topping pavlova

Sementara menunggu , kita buat bahagian topping pavlova.  Putar 240ml atau 1 cawan whipping cream bersama esen vanilla sehingga kembang dan berkilat.  Kami gunakan non diary tanpa gula.  Boleh masukkan gula jika mahu tetapi untuk kesihatan , kurangkan gula.

Topping ini boleh disimpan di dalam bahagian beku , keluarkan apabila mahu menggunakannya.

pavlova strawberry

Bila kek pavlova dah masak,  buka pintu ketukar dan biarkan kek sejuk di dalam ketuhar.

Keluarkan  untuk disapu topping dan hias mengikut citarasa.  Cuba buat carian google untuk mendapatkan idea  menghias.

Bahan untuk resepi Pavlova

  • 4 biji putih telur
  • ½ cawan pula kastor
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • ½ sudu besar tepung jagung

Topping / hiasan

  • 1 cawan ( 240 ml ) whipping cream
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1½ sudu besar gula halus ( pilihan )

Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel
Senang aje kan resepi ini.  Cuma perlu mencari buah² segar untuk hiasan .  Boleh gunakan strawberry atau segala jenis berry, kivi atau pun buah peach.  Pastikan buah yang telah dicuci ini dikeringkan sebelum menghias atau hias bila nak makan.

Hari ini kami belajar kek cokelat blueberry dan kek pavlova.  Kosnya hanya RM 20 termasuk kek yang dibahagian dengan ahli kumpulan ( 4 orang ) dan dibawa balik.  Sangat-sangat berbaloi.  Terimakasih Cikgu Syerie!

Semak jadual kursus pendek yang dijalankan di Kolej Komuniti di sini – Pembelajaran Sepanjang Hayat atau hubungi kolej komuniti terdekat untuk mendapatkan program yang ditawarkan.

Kolej Komuniti terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek.

Esok dan lusa saya ada kelas pembuatan cokelat.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Kak Jie plis reply

  2. Kenapa kek pavlova menjadi nipis???
    Kenapa
    tk boleh guna ‘mixer’ semasa masukkan
    tepung jagung, esen vanila, dan cuka

  3. aniqesabah says:

    Terbaikk…..

  4. nak try la bt..
    nmpk cam sedap…
    Jom terjah post menarik dari du ..Learn These Menopause Symptoms And What You Can Do To Relieve ThemMy Profile

  5. beshnye…nk try la!!

  6. beshnye…nak try la..
    pndainya akak masak…:-)
    Jom terjah post menarik dari rzillah ari ..OREO CHEESE CAKE dessert maniacMy Profile

  7. saya dah try… ternyata.. amat sedap…. tq kerana berkongsi resepi

    • seronok baca komen org kata buat menjadi… thx kak kongsi teknik….. lama dah x buka kelas buat kek.. rindunya..

  8. mudah sekali caranya
    terima kasih atas resep ini
    Jom terjah post menarik dari Rina ..List of Best Free Email Service ProvidersMy Profile

  9. Ni buat secara gotong royong ke ni kak jie?hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Pendapatan Ke 12 Dari JobdirumahMy Profile

  10. “Untuk membuktikan adunan betul² menjadi marigue, telangkupkan bekas yang mengandungi adunan di atas kepala. Kalau tak jatuh, itu tandanya adunan betul² telah menjadi marigue.”.. Eerrrkkk..betul ke kena telangkup atas kepala utk tujuan pengesahan?
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Roti Jenama Gardenia Tiada Di Sabah Dan SarawakMy Profile

    • kalau yakin dah menjadi..tak perlu tapi masa jelas memasak hari tu kami semua buat…nak membuktukan apa yg cikgu cakap tu betul

  11. dah tweet dah dah share resepi pavlova ni. ada kawan nak buat belum jadi2. hehe
    Jom terjah post menarik dari izwanyusof ..Rekabentuk Mekanikal Projek Tahun AkhirMy Profile

  12. ini rupanya pavlova… yg favorite penjaga gol no-1 malaysia…
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi ..Revolusi IRAQMy Profile

  13. Pernah buat sekali, dan takkan jemu untuk buat lagi dan lagi :D
    Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Pencapaian terbaik sepanjang 2012My Profile

  14. dah terliur tengok resepi ni…kena cuba lah..tapi banyak pantang larang nak buat yer..hihihi…confirm pavlova cikgu jadi pamolive.. :D
    Jom terjah post menarik dari dzuandiey ..Best Tak Dapat CPUV Nuffnang?My Profile

  15. salam kak.
    1st time tahu kek ni masa tengok citer Master Chef malaysia. nampak macam kuih gula hangus je
    Jom terjah post menarik dari Ziela KC ..Viscose Cotton Warna Putih Polkadot (A081201)My Profile

  16. mm sdapnye..ok t nk wat..
    Jom terjah post menarik dari primabawal ..Asal Usul Nama Tudung BawalMy Profile

  17. banyak karnival jual benda alah ni.
    cam mahal je,tak beli.
    takpe,saya RT je. kot akan datang leh buat. oh,orang rumah buatkan ke nanti.
    hahahaha
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..Mudahnya Menjemput Rezeki Allah, Kita Perlu Usaha!My Profile

  18. seng nyer resepi..buat lg berbaloi dr beli.hehehehe

  19. hidayah says:

    kak jie..!
    tak sabar dayah nak cuba..hehe..

  20. Gee Harun says:

    minta reply nanti ya. tkasih

  21. sedapnya…. resepi pavlova nie kena tunjuk kat kawan nie.. kawan 2 reti masak :)
    Jom terjah post menarik dari TopiJerami90 ..Irma Hasmie Bertunang 27 Mac 2012My Profile

  22. Terima kasih akak.. .. pada yang lain2 tu.. jom lah visit page kursus pendek kolej komuniti hulu selangor… Masih ada pelbagai kursus yang ditawarkan dengan yuran serendah RM 20 sahaja. Rebutlah peluang ini….

  23. memang sedapppp
    Jom terjah post menarik dari aleen ..Pak Long Din: Kelebihan Ber"Zikir"…My Profile

  24. Huh.nampak dah sedap.x makan lagik tuh.hehe
    Jom terjah post menarik dari budakserius ..Bra Paling Mahal Di DuniaMy Profile

  25. Ringkasnye. Ingat ada tepung penaik segala bagai.

    Bolehlah dicuba ngn isteri nanti… =)

    p.s-tp tak nak letak bekas adunan marigue atas kepala…naya jer nanti…hehehhe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Tetamu Maya Terbaik FebruariMy Profile

  26. Hmm.. sedapnya sampai kemari
    Boleh di coba nie resep pavlova-nya…
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mengatasi Duplicate Meta Description, Short Description dan Long DescriptionMy Profile

  27. Ummi Hanie says:

    sng aje resepinye ye kak jie, tp kena teknik yg betul2 …

    kak jie, gundah gulana sikit ni…nk tanye soklan pasal adsense kat akk..buleh?
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Wordless Wednesday #29: Saya dan the LoraxMy Profile

  28. sedap nih, tapi saya belum rajin lagi nak buat pavlova. cara mcm lbh kurang pembuatan macaron je, kena lukis bulat2.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Doorgift Perkahwinan Yang BerbaloiMy Profile

  29. kak…ringkas jak plak dia punya resepi ni…

    • memang ringkas pun, tak de tepung gandum ke, tepung naik sendiri

      asasnya putih telur dan gula , rasa dia mcm marshmallow
      yang membezakan bahan yg kita guna, kualiti bahan tersebut dan cara hiasan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kursus Asas Pembuatan CokelatMy Profile

  30. Tak pernah tahu pun namanya Pavlova ni kira ilmu baru selalunya makan je.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Pengsan Terkulai Tidak BermayaMy Profile

  31. Ketika menetap di Sg. Besar, ibu saya aktif mengikuti aktivit memasak yang di anjurkan oleh Kemas. Ada sahaja hasil masakan yang dibawa balik setiap kali lepas menghadiri kelas masakan.

    Sedap makan Pavlova ini ketika menonton drama Korea. :-)

  32. Pejuang Kesenian Extreme says:

    Saya segan nak cakap..Sebenarnya kak jie saya tak tau pavlova tu apa..hehe
    Selepas baca entri ni baru saya tau..dan yang pasti,memang nampak sedap.. =)
    Jom terjah post menarik dari Pejuang Kesenian Extreme ..Surat Tun Dr Mahathir Kepada PM IsraelMy Profile

  33. nakkkkk..tak sangka simple je bahan2 pavlova…
    Jom terjah post menarik dari wanG ..JACQUARD 3 LAPIS PELANGI CRISTAL-DTLCJ350My Profile

  34. Kek Pavlova ni sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap sangat… tambah pulak skill memasak mama.. terbaek.. tapi Intan dah ngap sebahagian besar kek tu… dapat makan sepotong kecik je…

  35. selama ni ingatkan nak buat pavlova guna bahan pelik-pelik..yela buat kek kan banyak pantang larangnya dan kena selalu buat baru jadi..kalau tanya org asyik la suruh guna produk yg mahal & import je..rupanya bahan simple dan senang je nak dapat..thanks kak jie siap bagi tips lagi =)

    ada sapa-sapa nak present oven kat i…bday i just around the corner..JUNE =P

  36. maselino.com says:

    hmm, yummy. Cocok buat kudapan sambil blogging. sedapnya….ide bisakeluar lebih banyak lagi
    Jom terjah post menarik dari maselino.com ..False Perceptions About Video On Retail BusinessMy Profile

  37. sedapnya!nk try buat tapi xberani..takut xjadi sape nk makan??hehehe!
    Jom terjah post menarik dari yun ..Nuby Silicone Squeeze FeederMy Profile

  38. ya ampunnnn terliur kak jie…

    berbaloi2 belajar ni sebab nak beli macam mahal sangat…..
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Ada orang nak beli pil cuci rahim..My Profile

  39. memang terbaiklah, saya dah makin faham apa itu kek pavlova, hehe
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Cara Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi Untuk Pilihan Raya UmumMy Profile

  40. Assalam…
    Sedapnya tengok…
    buat masa ni, oven masih sakit…
    lama sangat tak guna, dia buat hal..
    Jom terjah post menarik dari iza ..Karamel Sagu.My Profile

  41. boleh gak belajar dan buat lepas ni bila ada masa lapang.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Cara mudah untuk lepas InnityMy Profile

  42. maza jadi tukang rasa merangkap makan volleh>

    hehehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Jaki Jipang menunggang Yamaha RX-SMy Profile

  43. Fuh sedaaaaappppnya.
    Jom terjah post menarik dari BudakSerius ..Top 10 Blogger Famous Di AsiaMy Profile

  44. memang senang sangat kan buat pavlova ni kak..saya dah buat dua kali..hubby suka mkn ni..kejap je dah habis..
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Penulis Jemputan KhasMy Profile

  45. petang petang ni baca , terus lapar..
    nak try buat la nanti..
    tapi kat rumah tak de oven.
    baru terbakar..
    Jom terjah post menarik dari Tyka ..Dulu Best, Sekarang Tak BestMy Profile

Trackbacks

  1. Resepi Dan Cara Memasak Pavlova | Hidup Biar Sedap. says:

    [...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Resepi Dan Cara Memasak Pavlova | Hidup Biar Sedap. [...]

  2. [...] semalam saya ikuti kelas membuat Pavlova ( klik link untuk mendapatkan resepi – Resepi Pavlova Dan Cara Membuatnya ) di Kolej Komuniti Hulu Selangor, hari ini kelas kami belajar pembuatan [...]