Resepi : Puding Roti

Saya mencari menu mudah untuk kakak ipar . Esok dia nak buat open house. Untung, kan ada adik ipar baik macam gini…huhuhu..:mrgreen:kembang pula puding ni walau tanpa mauripan!

Selepas tweet berkepoh dengan cik kiah cik senah, ramai yang bagi idea untuk buat puding roti. Saya buat 4 loyang. ย 1 loyang guna 1 adunan macam ni :

  • 4 keping roti, disapu mentega dan dicarik-carikkan
  • 450ml susu segar – dipanaskan ( bukan didih )
  • 3 biji telur – dipukul dengan gula hingga kembang
  • 25g gula
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara buat puding roti :

Roti yang dicarik-carik tu letak dalam loyang. Masukkan susu dalam telur yang telah dipukul. Masukkan tepung kastard , kacau sebati dan tuang dalam loyang yang ada roti.

Biarkan 15 minit hingga roti kembang dan bakar – 20 minit.

Mudah, kan!

image dari 9gag.com – tiada kaitan dengan resepi!

Resepi dari myresepi.com. ย Gambar – tak ada. ย Malas nak bergambar malamยฒ buta ni..bayangkan je la sendiri dalam mimpi nanti!:lol:

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Resepi : Puding Roti”

Comments are closed.