Resepi Udang Goreng Mentega

Semalam saya masak Udang Goreng Mentega atau Udang Goreng Butter. Pilihan cik Intan . Resepi udang Goreng Mentega ini saya ambil dari blog Kak InaKl.

Mudah saja nak buat.  Kebetulan bahan yang diperlukan memang dah ada. Jom kita ke dapur…

udang goreng butter

Bahan-bahan

  • 300gm udang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih-dicincang halus
  • 3 Cili api di hiris serong
  • 2 biji telur
  • Tepung jagung
  • 250gm mentega
  • Minyak masak
  • Daun kari ( jika suka )

Keunikan Biskut Raya
Cara memasak Udang Goreng Mentega

  • Bersihkan udang dan toskan. Celupkan udang seekor demi seekor ke dalam tepung jagung dan goreng dalam minyak yang panas. Toskan.
  • Dalam kuali yang lain, panaskan mentega dan kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan telur yang telah dikacau terlebih dahulu ke dalam mentega yang telah dipanaskan, kacau dan putar sehingga campuran tadi bertukar warna dan menjadi buih yang banyak.
  • Masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari ( jika suka ) ke dalam campuran telur dan mentega .
  • Kacau sehingga naik bau dan pekat sehingga adunan mentega tadi tersalut pada udang.
  • Angkat dan toskan .

 

udang goreng mentega

Bolehlah di hidangkan dan lebih sedap di makan panas-panas.

Terus terang, ini adalah kali pertama saya buat udang goreng butter…. macam tak berpuashati sikit.  Bukan salah resepi tetapi belum mencapai kemahiran yang diperlukan.  Kata orang practice makes perfect , jadi kena buat dua tiga kali lagi lah lepas ni… :)

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Polisi: Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan oleh para pembaca. Setiap komen pembaca adalah tanggungjawab mereka. Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. rania sahuri says:

    sedap nampaknya udang goreng mentega ni.balik rumah nanti nak cuba buatlah.mesti cik abang makin sayang.

  2. kak jie,resipi ciptaan sendiri ke ni??menariknya..hehe

  3. sedapnya,, tak pernah buat lg. goreng biasa je pernah buat
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Dokumentari 3D Pembentukan BabyMy Profile

  4. Tentu rasanya agak berlemak sedikit.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – # Bukan Silap MataMy Profile

  5. Not bad for a first try, one of my feveret also,
    tapi skarang lebih suka udang/sotong goreng telur masin :)
    Jom terjah post menarik dari MyJourneyMyPhoto ..My Journey : Terengganu, MalaysiaMy Profile

  6. wah berst tu udang mentega…my fevret kalau gi makan seafood…nanti leh try wat kat umah pula
    Jom terjah post menarik dari daddydee ..Wordless Wednesday : Kemalangan LamborginiMy Profile

  7. Lagi sedap kalau jemput kawan2 dtg makan sama ;)
    Jom terjah post menarik dari Azwan Muhamad ..Minuman berpotensi menyebabkan serangan jantungMy Profile

  8. Qema Amaya says:

    makanan feveret my fiancee .. kena try nie. tq 4 da recipe kak jie ;)
    Jom terjah post menarik dari Qema Amaya ..Free Baskin Robbin is on! 08 Aug 2012My Profile

  9. superb..memang kalau masakan ni kena banyak kali mencuba dan mengkreatifkan usaha..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Gadis untuk dijualMy Profile

  10. fuhh..udang kalau cicah ambal belacan..memang sedapp..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen pertama dari PeperiksaanAkauntan.comMy Profile

  11. Assalamualaikum. Boleh cuba ni. Nampak cam sedap je. Saya ingatkan nak buat masakan ni susah. Hihihi. Terima kasih Kak Jie sudi kongsi resipi. ;)
    Jom terjah post menarik dari NailahAzman ..Entri Pakej 4 Dalam 1My Profile

  12. dari tadi saya baca dekat twitter tajuk post ni mee udang -.- dah masuk baru perasan udang goreng.. nak kena pi cari mee udang gamaknya ni haha
    Jom terjah post menarik dari topo ..Sebab Kenapa Squash Tiada dalam Sukan OlimpikMy Profile

  13. oh inilah dia udang mentega hari tu yg di waksup2 .. heee
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Pemenang Contest Detik Bersama SunlightMy Profile

  14. dapnyer

  15. Waaah!! Rupanya memerlukan kemahiran yg tinggi jugak resepi ni. Ingatkan mudah je. Saya tahu makan je… Hehe!!
    Jom terjah post menarik dari Abe Mirul ..Pinkmarbless – Vlogger Cute & ComelMy Profile

  16. sarang telur kalau mau halus tuang sikit2 tapi jgn berhenti.
    kacau tanpa henti guna garpu. Baru jadi panjang2..
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Berbuka puasa dengan DIGI – NuffnangMy Profile

  17. nyam2…bila nak jemput ke rumah ni kak jie…? ok2..raya nanti saya terjah…hik3….
    p.s : maaf sekali lagi kak jie pasal insiden facebook weekend lepas…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Duit Raya dari NuffnangMy Profile

  18. Betul tu Kak Jie kena cuba berkali2..apa yg saya tgk…serdak butter telur tak halus sgt,tapi kira boleh lah bagi beginer.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Lelaki Jangan Susahkan Isteri Bila TerkantoiMy Profile

  19. Assalam, nak bookmark nie… kalau ada masa aku nak try pula resepi nie… macam sedap saja aku tengok…
    Jom terjah post menarik dari Noorikmal ..Permohonan Biasiswa JPA Program Diploma dan Ijazah Dalam Negara Sesi 2012/2013 Dibuka 6 Ogos 2012My Profile

  20. uii..balik ni harus cuba.. kalau makan di restoran cina muslim bahan telur + menteganya yang melekat kt udang tu bertali-tali kan..
    Jom terjah post menarik dari Laily ..Aktiviti Hari MingguMy Profile

Titipkan Sebaris Kata, Bukti Kehadiranmu:

CommentLuv badge