Sup tulang

Dalam minggu lepas saya teringin sangat nak makan sup tulang. Inilah perempuan. Banyak sangat cabang nafsunya. Tengok blog orang lain publish sup tulang terus teringin .

Semalam saya beli tulang kat Pasar Batang Kali. Sekilo rm 17.

Sebenarnya masa saya tinggal di Bentong, Pahang ada jiran saya yang berasal dari Muar masak sup tulang yang diletakkan air asam jawa. Sedap. Saya tak ingat resepi sup tulang itu tetapi seingat saya dia rebus tulang dengan bawang besar, halia sehingga isi daging terlerai dari tulang kemudian dimasukkan air asam jawa yang agak banyak sehingga sup menjadi masam.

Sesiapa yang pernah makan atau mempunyai resepi macam tu, boleh tak bagi pada saya.

Hari ini buat sup tulang biasa saja..

Resepi Sup Tulang

* 1/2 kilo tulang lembu
* 1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih (d ketuk)
* 1 btg kayu manis
* 2 biji buah pelaga
* 2 biji bunga lawang
* 3m halia
* 2 batang serai
* 2 sudu besar sos tiram
* 1 biji tomato potong 4
* 2-3 batang daun saderi
* garam secukupnya.

1. Tumiskan bawang putih, bawangg besar, kayu manis, bunga lawang,pelaga, halia dan serai sampai naik bau @ kekuningan.

2. Kemudian masukkan tulang dan tumiskan sekejap sebelum masukkan air.

3. Bila mendidih, masukkan sos tiram.

4. Bila dah lembut daging, masukkan daun saderi, tomata dan garam.

Masa nak makan tu jangan lupa tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Bahan pengoda SAMBAL KICAP

Tumbuk 5 – 10 biji cili padi, 1 ulas bawang putih hingga lumat, masukkan 1 camca besar gula pasir dan tumbuk lagi. Campur 1/4 cawan kicap

Β©Kujie – hujan sepanjang hari..owhhh..sedapnya dengan sup panasΒ²..ahak! ampOnnn…..:mrgreen:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. sup tulang ditemani dengan kerupuk udang dan sambal terasi jadi rasanya pasti bakalan nendang nie…
    trims sudha berbagi resep Kak Jie πŸ™‚
    Jom terjah post menarik dari Rina ..Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPressMy Profile

  2. hari ini mak aku masak sup tulang. Sedap woo! :mrgreen:

    titans last blog post..Komisen ke 6 dari Freebies4Webmasters

  3. Tekak sakit & perit ni. Simptom nak demam. Kalau pekena sup tulang mesti mabeles. Bak mai sikit, Kak Jie… πŸ˜‰

    intans last blog post..Kisah Jumaat Yang Lalu

  4. Ada orang kata kalo banyak makan sup tulang nie.. struktur badan akan menjadi kuat sebab banyak kalsium…(natrium kot?? hehehe)

    cencuruts last blog post..Which Games Console Is Better?

  5. alahai kak jie.. time nih mesti dah abes.. awat tak jempot kitekan dekat.. ahaks!!!~ hrrmmmmm.. teringat kat sup tulang kakak ipar.. time raya tiap tahun mesti ader siap masak kat luar rumah.. sedapnya sampai pagi petang siang malam menghirup sup.. :mrgreen:

    ecahs last blog post..Wedding Azmi..

  6. Lama jugak saya menghairankan, kenapa Sup Tulang, saya suka Sup Isi.

    Suatu hari di khenduri kahwin di Kupang, pakar masak Sup Tulang Umbut Pisang.

    Wow!

    Red Bow Marrow…

    Zubli Zainordins last blog post..Tiada Apa Yang Diharapkan Dari Pemimpin Yang Bakal Bersara Awal

  7. Abang Long says:

    Aduiaii..Kujie..
    Abang Long terliur gak nak makan sup tulang tuh tapi apa leh buat blood pressure kena jaga gak πŸ˜₯

    Abang Longs last blog post..More scam to be aware of

  8. haha..xpe kak jie..
    dia memg xku

  9. pasar rawang & pasar batang kali mana lebih dekat?

    Lan Bingkas last blog post..Markah kamu rendah sedikit

    • @Lan Bingka, kalau dari Serendah..dua2 sama je
      tapi saya suka pergi Batang Kali – banyak pilihan..nak park kereta pun senang..nak merayau2 pun senang.

      Rawang sesak giler! :mrgreen:

  10. Laa…Tie tercari2 mana supnya… tunjuk resepi je..hi hi..

    Pasal bubuh asam jawa tu memang tie pernah dengar, tapi org klate yg buat, tu pun tak semua suka bubuh. Biasa perah limau nipis bila nak makan. Biasa org johor tak bubuh asam jawa tu.. Hairan pulak. Jiran Kujie tu betul ke org Johor?

    Tengok resepi tu ada bubuh serai. Sesuatu yang baru tu. Kalau tak silap singgang tulang ganu ada bubuh serai dan asam gelugur bersama ketumbar yang ditumbuk kasar…he he..lari dari topik laa…. πŸ˜‰

    Ties last blog post..Anak-anak

    • @Tie, kejam sangatlah Tie nk letak gambar …dah lah masa publish tadi kul 12
      time perut berkeroncong.. :mrgreen:
      betul Tie..kawan tu org Tangkak..pernah pergi 2-3 kali dah rumah dia.

      Mmg dia masukkan air asam jawa..bukan sikit tau…rasanya setengah bungkus…sampai rasa mcm..tapi dia rebus tulang tu sampai lerai isi daging dr tulang.

      Sos ayam letak serai pun sedap gak Tie…cuba utk kelainan..
      tak pe..kita ni blog makcik2..sembang2 pasal resepi je
      sharing is caring :mrgreen:

  11. kak Jie, first time neeza dengar sup tulang letak sos tiram.. nak kena try ni.. tapi tulang kat sini tak sedap.. rasa lembu sesangat..

    Neezas last blog post..Macam macam cerita.. layan aje laa.. πŸ™‚

    • @Neeza, lembu sana tak mkn rumput fresh kot..hahaha atau yang diimport..dah berbulan2 beku.

      sedap sgt sup hari ini..along siap jerit2 sedap..sedap..

      tulang fresh ada byk pula isi daging dia… trylah ..sok2 blog it out..kita share :mrgreen:

  12. huhu..xpaham la kak jie..
    kurus kering budak 2?
    sape?

    callisters last blog post..Skeleton in my closet

  13. sedap2.. saya sgt suka mkn sup tulang dgn sambal kicap. syorgaa rasanya kalau dpt tuh. πŸ˜€ πŸ˜€

    tapi kan kak jie… saya smapai la nie kalau nak masak mesti ty mil. camne nak masak. tak penah tulis resepi dlm buku,. ekekeke(senang oo ada buku resepi bergerak.. ekekeke)

    zanas last blog post..Kaki Ku

    • @zana, zana, kak jie pun tak tgok buku resepi pun tapi dah asas kalau sup daging benda2 tu yg kita letak..asas.

      yg serai ke daun limau ke ikut sesedap rasa kitalah…lagi satu kalau kt dapur tu ade kentang, ade lobak merah..campak je…

  14. ujan2 gini..pekene sup tulang ngn nasik panas/ cicah roti..sedappppppppppppppppppppppp nya..terliur saya!

    arins last blog post..Anakkk Ayahhhh

  15. julietchun says:

    Sib baik malam ni pasar malam, buleh la gi cari sup walaupun tak sesedap yg kakjie buat. πŸ˜₯

    julietchuns last blog post..TC-aku datang!

  16. Kujie, selalunya saya masak sup tulang dengan menumis rempah serbuk Adabi…. kuah lebih pekat dan rasanya lebih kaw…. yesssss…. sambal kicap…pergghhhh..

    p/s: my mom suka letakkan beberapa ketul kentang dalam sup tu… πŸ˜€

    Tepak Sirehs last blog post..Enchanting Bali Trip I

    • @Tepak Sireh, itulah macam2 cara
      skrg ni tengah cari yang macam kawan saya dari Muar tu masak
      letak asam jawa.

      letak lobak merah pun sedap juga…selalunya kita boleh campak je apa yg ada… :mrgreen:

      campak daun limau purut pun sedap juga

  17. lunch tadi makan ikan pari bakaQ, tapi ni dah petang…mendung pulak..pekena sup sedap niii πŸ™‚

  18. wuish dah lama x makan sup tulang ni…kalau dapat semangkuk panas2 cicah dgn roti buku pahtu pekene teh tarik segelas…perghh…lapar sey.

    kims last blog post..A nite before Madagascar…

  19. haha..sorry la kak jie sy xda resepi 2..
    masak sup pun belum tau mcm mn lagi.. πŸ™‚
    maybe lepas ni leh belajar.. πŸ’‘

    callisters last blog post..Skeleton in my closet

  20. ujan kat luar… sejuk kat dalam… klu ada sup tulang ni, mesti terangkat… πŸ’‘

    kutaksempurnas last blog post..mimpi ngeri – bukan cerita mimpi

  21. lama gak x masak sup tulang..idea yg bernas neh… πŸ™‚ πŸ™‚

    • @muadzlife, ni pun lepas tgok blog sapa entah
      minggu lepas..dia org publish gambar sup tulang
      hahaha..tu arr dpt idea ni

  22. adeh, feberet saya tu!! tak pepasal kecur lak ni. secara imaginasi bau pun sampai ni huhu.

    apatah lagi pekena dengan sambal kicap air tangan orang umah (ketika ini orang umah berjauhan huhu).

    megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah

  23. huhuhuhu~~ kak jie memang kejam ~!!

    |1f34|-|1r3s last blog post..How to optimize blog loading time part 2

  24. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
    sedapnye makan tgh sejuk2 ni!!
    eieiie mama kejammmmmmmmmmmmmmmmm

  25. hehe… nasib aku baru pas makan..
    tak terliur sangat la.. hehe

  26. Saya call kakjie tadi ada bau sup kat enpon.

    Hasbullah Pits last blog post..MacBook Air Parody, versi Apa pula? Malaysiakini?

  27. aiyaks…kejam benar kalau letak gambar tuh…kalau letak gambar..kena antar skali sup ke rumah saya…baru la adil..hehe

    |1f34|-|1r3s last blog post..Why I just hate kongsiblog.com ?

  28. aduh..dah la tgh lapar ni kak jie…kak jie pegi letak resepi sup tulang la plak…tersiksa zahir dan batin ni….

    |1f34|-|1r3s last blog post..Why I just hate kongsiblog.com ?