Akad Nikah Di Masjid

By Kujie, 17/12/2009 3:58 pm
Pagi tadi saya email Ustaz Sani Ahmad atau lebih dikenali dengan Ustaz Santai.  Saya minta dia menulis tentang akad nikah di masjid .  Sekarang cuti sekolah, musim orang berkompang musim makan nasi kawah. Sebenarnya ada beberapa perkara yang saya tidak berapa gemar menghadiri majlis akad nikah di masjid.  Walaupun niat adalah untuk mendapat ‘keberkatan’ tetapi beberasa unsur² negatif yang timbul, yang tidak dapat  dikawal mencacatkan majlis tersebut.

akad nikah di masjid

kredit photo : takumieiji84.fotopages.com

Majlis akad nikah di masjid sememangnya baik kerana ia dapat melestarikan fungsi sebenar masjid sebagai pusat Ummah yang mana tidak hanya sekadar berkisar pada ibadah khusus sahaja.  Tetapi  menjaga adap² dan kesucian Rumah Allah swt perlulah dipatuhi.   Ini kerana seringkali didalam majlis akad nikah kita dapati banyak perkara² yang tidak wajar di lakukan di dalam masjid.

Biasa untuk majlis kegembiraan itu, kita gagal mengawal emosi yang memuncak apa lagi kerana disitulah bertemunya kaum keluarga kawan taulan  berkenal kenalan dan tentunya berbagai cerita² riuh rendah terjadi.  Kata ustazah saya, kita tidak  boleh bercakap hal dunia di dalam masjid.   Majlis yang meriah dengan senda gurau tepuk tampar juga tidak menjaga tertib berpakaian sebagai seorang Islam.  Belum lagi bab mengata mengumpat kain baju pengantin warna tak sedondon, pengantin lelaki tak lawa, kasut tak berkilat, muka tak berseri, andam tak cantik..huwaaa……. berkat hilang ke mana !

Pernah terjadi di dalam satu majlis akad nikah anak jiran tetangga saya , rombongan pihak lelaki yang datang penuh 5-6 kereta.  Kebanyakkan kawan² sekerja kedua² belah pihak.  Biasalah si bujang dan dara bertemu, bergurau bersembang tanpa ada sempadan.  Yang lebih mendukacitakan, ada yang merokok di dalam surau.  Tentu sekali perkara² ini menyentuh hati, menguris perasaan tuan rumah – terutamanya golongan berusia.  Biasanya majlis nikah kahwin di hadiri oleh orang² atau saudara mara yang lebih dihormati , yang lebih tua .

Macam mana nak buat, mana mungkin kita dapat mengawal para hadirin yang hadir?.

- Minta tolong tuan Imam / Tuan Khadi ingatkan mereka yang hadir pada majlis tersebut tentang adad² yang perlu dijaga ketika di dalam Rumah Allah.

- Mengadakan satu risalah ringkas mengenai adab² ketika berada di dalam masjid dan diedarkan kepada mereka yang hadir pada majlis akad nikah tersebut.

Kalau tak mampu untuk laksanakan, adalah dinasihatkan jalankan saja majlis akad nikah tersebut di rumah .

Boleh ke akad kat rumah?
Jangan risau akad nikah sekalipun atas pokok masih sah!

wahhh………rock betul jawapan ustad ye!:lol:

Baca juga entri Ustad Santai ini mengenai adab² di dalam masjid di Zuhud ke Robinhood dan Jodoh

©Kujie –  entri berjadual yang dikitar semula bersesuaian dengan keadaan semasa.

Post Lain Yang Berkaitan

54 Responses to “Akad Nikah Di Masjid”

  1. ebor says:

    Ramainya orang sekarang tak de ilmu tentang islam. Maklumlah islam keturunan. Marilah kita sama-sama mencari ilmu agar bila membuat sesuatu berdasarkan ilmu dan kena caranya.
    ebor´s last blog ..TENTATIF PROGRAM My ComLuv Profile

  2. huhu

    doakan saya dapat jodoh cepat

    huhu
    Zil-el-Saif @ The Encik Saif´s last blog ..IBRAHzine v018 – Senyuman Dari Hati My ComLuv Profile

  3. Fatin Pauzi says:

    Saya pun perhatikan macam tu. Buat akad nikah dah elok tapi nampak yang datang bercakap hal keduniaan. Mungkin tok kadi pesan dulu sebelum majlis bermula, baru cara terbaik. Bagi risalah, orang tak baca sangat.
    Fatin Pauzi´s last blog ..Cara Terbaik Mengecilkan Liang Pori Pada Wajah My ComLuv Profile

  4. zool says:

    Betul tu kak jie.. Bahaya gak buat majlis akad nikah kat masjid atau surau.. ada tu ehem2 pun selamba masuk surau
    zool´s last blog ..Kuda kemalangan dengan kereta My ComLuv Profile

  5. zella says:

    rs2 nyer nk nikah kat umah je la heheheh

    maza Reply:

    @zella,

    jangan lupa, jemput kami sama yea!

    hehehhhee

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  6. hehe, kat masjid rumah aku.. waktu cuti jerr mesti ade rr orang buat akad nikah.. kekadang aku lak yang sangkut, tengok diorang akad.. hehe, bestnyerr nikah!!
    samanosuke_04´s last blog ..Locked and Loaded My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @samanosuke_04, yang datang berombonga 20 orang, yang solat kat masjid berapa kerat je…

  7. sekarang ni semua nak akad kat masjid terutama masjid yg cantik, sebab nak gambar cantik..he..he *me dulu akad kat rumah ajer*
    Little Mama™´s last blog ..QUIZ: Salam Maal Hijrah 1431 My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @Little Mama™, skrg ni ramai buat majlis utk mengabadikan saat2 indah…hehehe..esok lusa tak fikir lagi
    yang dipentingkan yang dirancang yang diurus hanya majlis untuk hari tersebut – tak rancang pun untuk masa2 akan datang

  8. maza says:

    … Kebetulan hari ini di masjid tempat tinggal maza ada majlis akad nikah!

    ada seorang pakcik yg sering menjadi jamaah kami berkata.. ‘harap2 masjid ini tidak seperti gereja.. hanya hari Ahad dan kenduri kahwin sahaja yg berpenghuni!”

    aderk.. sinis sungguh bahasa pakcik itu kanz.. “Jgn jadikan masjid seperti gereja.. huhuu”

    Kujie Reply:

    @maza, itulah maza, ada yang bercakap berdegar2…. itu ini semua dia pandai

    tapi kalau nak betulkan jemaah, kena betulkan diri sendiri dulu kan..

    pakcik tu pun dah nampak budaya kita sekarang… hanya luaran, tiada roh

    Alhadi Reply:

    @maza, bila dah ada start kata kat pengantin lelaki, “And now u may kiss the bride…” dah mirip mirip la kot….

  9. CypherHackz says:

    Yang tu ok lagi. Ni ada yang siap pakai baju nampak sana-sini masuk dalam masjid. Nak pulak siap tertonggeng2 sebab nak amik gambar punya pasal. Perempuan tu. Bukannya lelaki.

    Kujie Reply:

    @CypherHackz, ramai yg dtg untuk bergambar … bawa masuk segala macam hantaran letak kat dewan solat

  10. ~mrs azmi~ says:

    kami dulu lebih senang memilih akad nikah dirumah sebab tak payahla nak susah payah 3 – 4 kali rombongan tu nak bergerak. lagipun satu kampung boleh datang skali klu dorang nak :lol:
    ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @~mrs azmi~, kak jie pun kat rumah
    sebenarnya bukan salah pun kalau buat kat masjid
    tetapi nak buat sesuatu tu biarlah berilmu

  11. mohdisa says:

    perasan juga masalah ni, org sekarang mcm nak memeriahkan majlis sahaja tanpa menghiraukan adab2 ketika di rumah Allah. rasanya elok sebelum mula majlis akad nikah ni diingatkan kepada semua hadirin tentang adab ketika di masjid.
    mohdisa´s last blog ..Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @mohdisa, kalau dah sampai masjid, tentulah rugi kalau tak solat sunat tahiyatul masjid ..niat nak ‘bina masjid’ tapi masjid yang sebenar2 ada telah dibina tu tak pula dimanafaat sebaiknya

    mohdisa Reply:

    @Kujie, btl tu kak. sy sering amalkan solat sunat tu. semoga orang2 yg dtg ke masjid tu mengerti yg mereka sedang berada di masjid dan memahami adap di masjid. amin
    mohdisa´s last blog ..Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal My ComLuv Profile

  12. suara says:

    Kak jie…
    Salam maal hijrah. Semoga Allah merahmati sisa-sisa masa kita yang masih ada… bila mentari bersilih tenggelam dan timbul, itu sebenarnya peringatan bahawa hari-hari kita di dunia ni semakin singkat, kan?

    Bila sebut ttg majlis akad nikah dan kenduri perkahwinan sekarang, banyak benar yg nak disebut, tapi kalau komen panjang sangat, nanti mengalahkan entry tuan rumah lak. Kan maza kan… kan.. kan? Ahaks… :D

    Su faham, Maza melepaskan perasaan frust dan geram dgn corak peragai org sekarang. Sebahagian yg Su tertera di hati su dah tergambar dlm tulisan kak jie dan komen maza.

    Cuma nak tambah sikit je lagi.

    Banyak pembaziran boleh mengurangkan keberkatan. Banyak kepura-puraan yang boleh menjauhkan jalan kebahagiaan. Lalu kenapa memilih yang tak perlu dan harus dijauhi dalam permulaan kehidupan berpasangan?
    suara´s last blog ..Doa Hati – Kisah 2 My ComLuv Profile

    maza Reply:

    @suara,

    bab kes fakta tambahan itu, maza amatttt berkenan sekali.. heheheh

    psst: maza terlupa daratalah… sbb terkhayal dlm dunia fantasi sendirik.. wakakakka

  13. maza says:

    namun ada juga yg bernikah di masjid disebabkan rumah mereka kecil.. tak mampu menampung jumlah tetamu dan kaum kerabat yg hendak meraikan majlis tersebut…

    tempat yg ideal ialah di masjid atau surau2…

    hal ini banyak berlaku di Kuala lumpur.. disebbakan ramai org2 melayu tinggal di pangsapuri, atau rumah flat.. termasuklah setinggan..

    yg tinggal di banglo pula.. tu pun mahu gunakan masjid.. alhamdulillah.. tapi harap2 lepas ni betul2 nak mengimarahkan masjid.. dan turut serta berjamaah di masjid.. bukan jadikan masjid sebagai batu loncatan…..utk glamour, meriah atau lain daripada ibadah hingga membawa mudarat dan maksiat di sana

    Kak Long Reply:

    @maza,
    Amboi Maza,
    sampai konpius kak long mana satu tuan rumahnya.
    Mentang2 tuan rumah tengah cuti…maza pulak ambil alih ya? :mrgreen:
    Kak Long´s last blog ..Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri My ComLuv Profile

    maza Reply:

    @Kak Long,

    uiks! mau kejar list teman terhangat gitew.

    kot2 boleh menang lagi.. heheheh

  14. maza says:

    tu belum lagi masuk kes.. elok sahaja akad nikah selesai, azan pun berkumandang….

    si pengantin dgn senyum simpul sudah berjaya akad nikah.. terus mengangkat punggung bersama2 teman2 yg lain….

    ingatkan mengambil wuduk.. rupanya menghilangkan diri utk bersiap pulak majlis bersanding.. aduhaiiii

    yg pengantin perempuan tak usah cerita lah…. kalau haid tentu tak boleh masuk masjid.. ini tentu tak haid (niat yg baik)..

    oleh kerana nak glamour dan cantik. dan konon2 perlu bermake-up sakan bagi mengelakkan tomahan, fitnah dan tuduhan yg dianya hodoh… utk menanggalkan make-up yg tertepek-tepek itu pula memakan masa berjam2.. sudah tentulah takkan solat di masjid itu..

    sementelah lagi lagi sejam mahu bersanding….

    jadinya, tinggallah imam dan dua tiga kerat orang tua atau jemaah tulen di masjid.. yg riuh rendah sakan..pengimarah masjid.. pengiring2 pengantin.. semuanya lesap! baik yg muda, pakcik, makcik.. semua lagu tu….

    sedih betul! kekonon nak berkat .. tapi bawa banyak lagi maksiat! aduhaiiii

  15. maza says:

    tu belum lagi berkata ttg ada wujud unsur2 kotor ketika majlis tersebut..

    pernah berlaku kononnya demi melihatkan sedara mereka menikah dan meramaikan, wanita pengiring tersebut sudah lah mendedahkan aurat di dlm masjid.. malahkan haid ketika itu.. mereka datang dan mengadap juga si pengatin yg duduk bersila di tengah2 masjid.., aduhaiiii

  16. maza says:

    betul tu….

    kalau rasa tidak mampu mengawal hadirin, elok sekali buat di rumah sahaja.. lagi baik dan afdal rasanya…

    bahkan adakalanya kita juga tidak dapat mengawal perilaku penganti itu sendiri… ada ke patut hari pertama nak bergelar isteri atau suami di dlm surau lagi.. memakai pakaian yg mendedahkan aurat.. bahkan menampakkan lurah dendam…

    alahkah ruginya suami tersebut.. belum sempat lagi menjamah sudah terbarai di depan mata org ramai…

    Kujie Reply:

    @maza, hahaha………..maza oiiiii

    jamah dah terbarai tu mcm ganas je…. rakus :lol: :lol:

    maza Reply:

    @Kujie, perbandingan hiperbola jer.. heheheh

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  17. samdaddycool says:

    Semoga mendapat keberkatan bernikah di masjid, bukannya dilaknat sebab sesuka hati membuat onar…
    samdaddycool´s last blog ..Iklan Jawatan Kosong di Pontian My ComLuv Profile

  18. ariff says:

    hhahaha. atas pokok. melampau tu.
    ariff´s last blog ..Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia My ComLuv Profile

    maza Reply:

    @ariff,

    uikkk! darurat beb.. banjir lagi.. atau tak tahan dahh weiiii… hehhee

    ariff Reply:

    @maza, kesian tok kadi tua2 tu kena panjat pokok sekali. jangan dahan patah sebab ramai ramai atas tu sudah. haha
    ariff´s last blog ..Persatuan Penggemar Karipap Nasional My ComLuv Profile

  19. paeh says:

    sesungguhnya tiada dalam syarat sah nikah itu perlu buat kat masjid. kat mana2 boleh nikah. tempat itu bukan syarat sah atau wajib
    paeh´s last blog ..Kod Etika Blogger My ComLuv Profile

    maza Reply:

    @paeh,

    yea betul … aku sokong 100%…

    kalau gi buat kat masjid pun, kalau mendatangkan mudharat yg teruk..lagi elok nikah kat bawah jambatan.. kanzzz.. huhuhu

    paeh Reply:

    @maza, idak le smpi bwh jmbtn. teruk beno rupenye pulak.. hahaha
    paeh´s last blog ..habis sudah My ComLuv Profile

    maza Reply:

    @paeh,

    psst: kan org sekarang sukakan kelainan.. ada tu bersanding dlm air, bersanding naik motor besar.. naik keta lembu..

    kot2 mana tau nak cari kelainan.. hehehe nikah kat bawah jambatan.. boleh ambil iktibar..jambatan simbol ikatan ukhwah dan tali silaturahim..wakakakka

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    paeh Reply:

    @maza, hahaha. xleh bla statement…. hohoho

  20. naz says:

    HAHA. tu betul betul jawapan ustaz eh.mmg selamba!
    naz´s last blog ..Nur Kasih awesomeness My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @naz, kadang2 kita fikir ygn rumit, sedangkan jawapan dah ada kalau kita faham rukun dan syarat sah

  21. Mak Su says:

    akad nikah kat serambi, di rumah, di kampungku di NS… seronot, para kunjungan pun gumbira
    Mak Su´s last blog ..Tadi aku makan dengan seorang orang lelaki My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @Mak Su, zaman2 kita mak su..mmg nikah kat rumah

    tapi tren masa kini , mencari keberkatan katanya

  22. mario says:

    Org zaman sekarang dah nikah dulu sendiri2 dlm bilik.
    tu sebab tak heran sgt adab dlm masjid :evil:
    mario´s last blog ..Oprah Fire Kate Hudson My ComLuv Profile

    Dr House Reply:

    @mario, Kawen dulu. Nikah kemudian.
    Dr House´s last blog ..3 sebab lelaki tak kahwin My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @mario, kena juga tau bezakan masjid dan surau

    bagaimana nak solat sunat tahiyatul masjid dengan make up bertempek2, baju sendat berkilau2…

  23. kruel74 says:

    Selamat Maal Hijrah a.k.a. awal Muharram
    kruel74´s last blog ..My old notebook since 2003 My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @kruel74, Selamat menyambut Ma’al Hijrah dgn azam baru meningkatkan ilmu dan amal

  24. ejam says:

    nasib baik saya nikah di rumah mertua coz tak nak benda2 mcm nie terjadi…
    ejam´s last blog ..Kuasa Iklan. My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @ejam, buat sesuatu biarlah berilmu…ada baik/buruknya sesuatu tetapi jangan pandang mudah…

    kita berniat nk dapatkan keberkatan/pahala tetapi akhir cerita – lain jadinya

  25. jangankan kata adab di surau atau masjid,di internet ni suka hati kutuk ulama’ pun dah berleluasa…

    Dunia,dunia…
    muhammad fakhruddin´s last blog ..Pantun Maal Hijrah 1431H My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @muhammad fakhruddin, kalau nak cakap – mmg berjela-jelalah senarainya

    kalau setiap orang menjada diri sendiri – tanggungjawap pada diri sendiri – lama2 berkembanglah menjadi semua orang yang beradap ;-)

  26. x-po says:

    tak sabar nak kahwin gak la kalau cmni..hehe
    x-po´s last blog ..BAGAIMANA KALAU DAPAT TAHU MANDUL BILA DAH KAHWIN? My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @x-po, cukup syarat- dah boleh tu… :lol:

Panorama Theme by Themocracy

Submit your linkClose