Bagaimana memikat suami

Macam mana nak pikat hati suami? Kalau nak tau mesti lah Encik Suami yang menaip entri macam ni kan? Kali ni memang Encik Suami yang nak berkata-kata dalam blog Kak Jie ni. Tapi bukan Encik Suami Kak Jie ye.. jangan salah paham. Ejaan nama samaran je yang hampir sama. Rasanya anda tak perasan kot? Cuba tengok semula sapa yang taip entri ni… hehe… (memang anda tengok balik kan???)


Sebelum kita nak suruh orang paham dengan diri kita, terlebih dulu kita kena masuk ke dalam dunia dia. Cakap macam orang pandai je kan? Pasang surut ombak siapa yang tahu. Lupakan sekejap pasal pasang surut ombak tu. Kita sekarang ni nak berbincang macam mana nak paham karekter orang yang “macam saya”. Walaupun mungkin tak sama, kalau dapat hampir-hampir tu, harap dapat membantu la ye. Saya seorang yang panas baran, banyak songeh, suka demand dan suka membebel. Beruntung betul dapat macam saya ni. Sungguh Complete SET!!!

Sila beriku ruang dan masa

Ini memang dah sifat orang panas baran. Kita dah tau dia ni panas baran, cuba la cari ruang sesuai dulu sebelum nak buat berbincang. “Saya dah cuba cari masa sesuai… tapi memanjang suami moody”. Mustahil manusia ni sentiasa dalam keadaan marah, moody atau asyik terbakar je. Saya tak percaya. Mana saya tau? Saya kan panas baran. Nak bercakap dengan suami atau pasangan macam ni anda kena gembirakan dia dulu. Bila hati dah gembira, baru la mula intro sikit-sikit.. Jangan la terus lambak dengan semua informasi yang boleh membakar.

“Bara api walau dituang dengan pertol sekalipun secara perlahan-lahan… nescaya bara itu akan terpadam dengan sendirinya”

Maksudnya: Suami bersifat panas baran ni, kena ade skill kalau nak cerita masalah berlaku. Terutama masalah anak-anak kat rumah. Jangan la suami balik, terus pulak cerita masalah berbagai-bagai… sampai dia nak ambik nafas pon tak sempat. Cuba bodek buat air dulu.. hidangkan kuih, ambikkan tuala, lap peluh dia… dapat tips bukan?

Rahsiaku jangan suka dicungkil

Sebenarnya bukan lah menjadi rahsia sangat pon. Cuma ego je lebih. Kalau nak korek rahsia tu, cuba lah bawak bertenang. Jangan la terburu-buru. Makin terburu anda mengorek rahsia orang yang macam ni, dia akan cepat jadi muak dan fedap. Jangankan nak menjawap pertanyaan… silap-silap langsung tak nak balik rumah dah. Kan haru.

Hitam kataku, maka hitamlah ia

Ini satu lagi kriteria yang anda perlu faham dengan orang yang “macam saya”. Ego dia amat terlebih dalam rumahtangga. Lebih-lebih lagi dia adalah seorang suami. Ketua keluarga lah katakan. Saya tau Puan Isteri ni banyak idea bernas untuk membantu keluarga dan sebagainya. Dalam memberi atau mencadangkan sesuatu, kurangkan membantah idea Encik Suami. Kebiasaannya anda memang kene mengalah terlebih dulu. Nak buat macam mana… dia suami. Suami jenis ni, dia sangat pantang kalau orang lawan cakap dia. Turut kan lah dulu… bak kata Kak Jie, “bukan dapat piala pusingan pon kalau berbalah”

Jadi, bila pulak masa yang “Hitam kataku tapi kalau kamu kata putih pon ok jugak!” ??? Nak tau masa sesuai?? Erm… Lelaki garang ibarat singa. Tapi, ada masa dia akan jadi kucing. Paham kan? Masa ni masa sesuai la nak bincang.

Rumusannya?

Banyak pulak membebel.. lagi banyak la demand. Secara amnya dari bebelan kat atas saya rumuskan apa yang suami yang “macam saya” nakkan dari isterinya.

  1. Keperluan “asasi” utama rumahtangga.
  2. Hormati ibu dan ayahnya.
  3. Anak-anak.
  4. Makan & Kebersihan
  5. Ruang masa dan riadah peribadi (HOBI suami)
  6. Perhatian lebih tetapi bukan mengongkong.
  7. Sentiasa menyokong usaha suami.
  8. Jangan perkecilkan suami lebih lagi depan kawan-kawan dia.
  9. Jangan melawan kalau suami membebel atau marah.
  10. Cium tangan suami walaupon busuk bau rokok. (hehehe.. sabor je la)

Nota: Sebenarnya pokok pangkal adalah perbincangan dan tolak ansur. Suami jenis baran ni memang kalah dengan isteri yang lembut dan sentiasa bertenang. Kelembutan anda anda adalah kunci kekalahan panas baran. Insyaallah~

Nota2: Tips yang panjang lebar. Tips untuk mengeratkan kasih sayang, selepas solat jemaah bersama, jangan lupa salam dan peluk suami. Sebelum melangkah keluar rumah, peluk dan cium suami. Alhamdulillah walau laut bergelora macam manapun, sekejap lagi baik lah tu.

Penafian: Semua imej di ambil daripada hasil carian Google. :mrgreen:

Nota: Baca petua memikat suami dari pandangan seorang isteri pula di sini Petua Memikat Suami

39 Replies to “Bagaimana memikat suami”

  1. 😐 dlu sy sorg yg pyabar n mghormati suami…tp 👿 bla tgn dia pnah hnggap kt pipi n kaki dia pnah snggah kt bdn sy,sy x leh bsbr n trus jd brani n mlawan pa yg btol.. 😛

  2. tq 4 info.. kekadang pening gak dengan encik suami…kena ingat la statement akak tue..’kala menang pun bukan dapat piala pusingan pu’…

  3. bagus tips dari encik abang ni.. leh la dijadikan panduan oleh isteri2 sekalian..
    .-= Post terbaru fiezaradzi ..10 Perkara Memulakan Alam Pekerjaan =-.

  4. walaupun belum berkahwin, tapi soffya suka baca ni.
    yelah,.,.masa bercinta dulu pun (bertunang) dpt lelaki panas baran gila..mula2 bleh fhm, selalu je kita mngelaah.tp lama2..tk bleh..

    keluarga tk bg sebab kesian tgk kita…asyik menangis je kan sebab dia..asyik kena je..

    sebab tu tk kekal…dan skrg, alhmdulillah..dpt yg biasa2 je…semua segi, biasa…lagi elok..

    tp kalau dpt yg pns brn lagi, isyaAllah..akn ajdikan ini sbg pnduan…:)
    .-= soffya cik bulan´s last blog ..SMK HIllcrest | jamuan kelas 1 Amal… selamat meninggal cikgu! 😛 =-.

  5. hem best…..sesapa yang bakal bergelar bini saya sila baca entri kak jie ok… 🙂

    cara lelaki nak pikat hati wanita ada tak kak jie..? heheh
    .-= ishak´s last blog ..Jadi blogger itu macam artis ? aku bangkang ! =-.

  6. good entri kat jie.
    kena belajar la tip ni cepat2
    sebelum si suami anda tambah kouta.
    lelaki mana cukup satu.
    ke kak jie 🙂
    .-= sinagarimba´s last blog ..Juara Bola Sepak Piala Dunia Sudah Dijangka! =-.

  7. boleh tak buat entry nak memikat isteri pulak? 😆 😆 😆
    .-= amnikhassim´s last blog ..Syarikat Maknawiyah =-.

  8. wooo…sempoi betul penerangan di atas, jadi buat isteri2 di luar sana tolonglah faham si suami anda ok
    .-= mijie´s last blog ..Update versi tension dengan broadband =-.

  9. kujie

    template baru ya?
    tentang pesanan mr krueger ini, memang banyak betulnya…
    makin tua kita dalam usia rumah tangga, makin banyak yang kita dapat praktikkan, sebab masa tu, isteri pun dah terlebih paham perangai suami

    jadi buat yang baru kawin, banyak2 bersabar
    .-= klcitizen´s last blog ..kilauan mempesona =-.

  10. selalunya majoriti isteri yang akan baca dan cari petua rumahtangga.

    tak ramai suami yang rajin mencari tips2 untuk mengambiil hati isteri.

    :mrgreen:
    .-= Mommy Lyna´s last blog ..Hari Guru 2010 =-.

  11. Perkahwinan itu penyatuan dua jiwa, dua orang berbeza. Jadi perbezaan itu yang sering dijadikan masalah, tapi sebenarnya kesungguhan dan komitmen akan membuang perbezaan itu…

  12. kalau kerja isteri hanya memikat suami je, takde masalah. tapi kalau isteri pun kerja luar rumah cari duit utk keluarga, balik rumah persis bibik le pulak membasuh, memasak, mengemas, melayan anak2 dan macam2 lagi, en suami pulak minta dilayan mcm big boss. itu namanya en suami menganiaya pn isteri.
    .-= rumah kuning´s last blog ..Noor…Happy Birthday =-.

  13. suami curang diluar, isteri masih boleh sabar.
    suami balik rumah, isteri nak layan macam biasa, tapi suami pula buat tak layan, macam mana? suami duduk dalam bilik kunci pintu bertelefon dengan perempuan lain. isteri ajak makan dia tak layan. isteri buatkan air, dari panas sampai sejuk bersemut dia tak mimun. bila dah abes bertelefon, baru buka pintu bilik, tapi dia tidor, cakap pada isteri jangan ganggu sebab dia letih.
    isteri nak basuhkan baju, suami kata tak payah, basuh tak bersih.
    tapi suami canang kat orang lain, isteri tak nak uruskan rumahtangga.
    bila isteri tu mintak cerai, suami kata, “boleh, tapi semua hutang-piutang awak settlekanlah. tak payah mintak saya bantu lagi!”
    macammana nak buat kalau suami macam tu, wahai encik suami?

  14. Cium tangan suami walaupon busuk bau rokok. (hehehe.. sabor je la)

    —> boleh bajet pendapat yang mengatakan,”saya suruh suami berenti isap rokok kak!”

    hahaa…ciumlah banyak2. insyaAllah boleh detect kalau dia menipu anda jugak:P
    .-= cheryna´s last blog ..sha: the price of nasi campur? =-.

  15. ini bukan bahan bacaan orang dewasa ker?
    hahaha..
    betul gak tu..
    tips2 yg biasa didengar..
    ayat ni paling suka di dengar;

    Cium tangan suami walaupon busuk bau rokok. (hehehe.. sabor je la)

    hahaha..
    .-= Jaws´s last blog ..Kenapa Aku Benci ZonBebas.com?! =-.

  16. Azman memang mantaplah perkongsian ni bila dapat diamalkan insyallah berjayalah kita hidup berkeluarga. Kena usaha bukan biarkan takdir menentukan.

  17. Memang betul tu

    sometimes kita perlukan ruang untuk diri sendiri tapi tak boleh nak ambil selalu sebab isteri pun perlukan ruang tersebut juga 🙂
    .-= hydir@blogsaya´s last blog ..Piala FA: Chelsea muncul juara 2010 =-.

Comments are closed.