Belumlah terlambat untuk mengerti

A Letter From Heaven

A Letter From Heaven

Terimakasih kerana hubungi saya. Mungkin apa yang dikehendaki tidak sepenuh dapat melegakan tetapi saya berharap Farah pandanglah semua ini dari sudut yang positif. Andai ada terguris hati , maaf saya pinta.

Jemu, itu tabiat manusia. Manusia akan jemu dengan perkara yang sama. Tiada yang kekal. Cinta yang pernah terasa membara itu pun tidak kekal. Akan ada habisnya. Tiba-tiba perasaan cinta itu semakin menipis.

Apa nak buat?

Jika cinta kita pada seseorang terasa semakin hambar, mohonlah untuk disegarkan, ditumbuhkan kembali. Jika kita mencintai yang terlarang, maka mohonlah pula agar syahwat cinta itu dipadamkan.

gambar perkahwinan melayu

What should i do ?

Jawapan mungkin tidak tepat kerana keboringan itu tidak saya tahu puncanya.  Mesti bersebab, kan?  Jadi biarlah kita bercakap secara umum kerana kes Farah tidak saya ketahui secara mendalam.

Selagi dia seorang suami yang masih menjalankan tanggungjawapnya seperti  masih ingat rumah, masih ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan.

Perkahwinan berusia  5-10 tahun memang waktu yang mencabar.   Ada isteri yang mula membanding kehidupan mereka 5 tahun  dulu sewaktu alam remaja tanpa tanggungjawap.   Sesenang hidup dapat keluar bersuka ria sesama kawan² atau membeli belah apa yang dikehendaki.  Tetapi sesudah anak 2-3 orang, untuk memguruskan diri sendiri juga tidak sempat.

Untuk bahagia dalam perkahwinan, suami isteri perlu ada matlamat yang serupa, tidak boleh layari kapal yang tidak sehaluan.  Bentuk dan sama-sama memahami dan dipersetujui bersama.

Apa matlamat yang baik?  Semestinya yang mengarah kepada kehidupan beragama.

  • Bahagialah mengikut cara kita , jangan sesekali membandingkan dengan kehidupan orang lain kerana kita punya kehidupan yang tersendiri.
  • Terimalah pilihan kita sebagai pasangan yang terbaik.  Tak perlu lagi merasa was-was dan menyangka ada orang lain yang lebih baik darinya.  Selepas diijap kabul, relakan diri untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang menjadi milik kita.  Tak perlu berangan-angan sesuatu yang di luar jangkauan.
  • Cari kelebihan pasangan.  Selagi kita terus menyangka kebahagiaan tidak akan kita kecapi kerana salah membuat pilihan, selama itu kita tidak akan bahagia kerana kita hanya menghitung kekurangannya.

Saya dan suami sendiri adalah dua individu yang sangat berbeza sikap dan pandangan.  Kalau dihitung tak cukup sebelah jari  tetapi saya sentiasa memandang dia sebagai seorang yang hebat.  Suami melayani saya dan anak-anak malah ahli keluarga saya dengan baik.

Selalu pendapat kami tidak sehaluan tetapi saya bukanlah jenis manusia yang sering bertelagah untuk menjadi betul.  Selalunya rasa tidak berpuashati itu hilang dan saya sendiri lupa bahawa saya pernah merasai perasaan membuak².

Allah ciptakan dua benda berbeza, dua sifat berlawanan.   Kita akan hidup dengan berlawanan sikap itu sepanjang hidup, perlukah nak bertegang leher setiap hari sepanjang perkahwinan 30 atau 50 tahun?

Kalau ikut acuan bahagia seperti saya sangatlah simple.  Saya ikut semua kehendak suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.   Berilah apa saja yang dia mahu dan yang boleh saya berikan.

  • Jangan gemar  mengkritik suami kerana ia akan menjadikan seorang lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan diri.  Keadaan ini akan melukakan nilai dirinya, menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa terhadap isteri.

Kebahagiaan cinta hari ini datang daripada apa yang berlaku hari ini dan bukan daripada apa yang berlaku tahun depan.  Kekal semarak cinta bergantung kepada tindak tanduk dan perlakuan kita sama ada kita boleh memelihara cinta tersebut.

Masih berlum terlewat untuk kembali menyemai cinta dan mempertahankan perkahwinan yang telah terbina.  Luangkan masa bersama.    Bermanja-manjalah tetapi jangan sampai mengada-ngada.

Berkomunikasi.  Ini sangat penting.   Saya dan suami boleh berkongsi cerita apa saja.  Bergossip tentang kawan² sekerja atau apa saja yang dia jumpa seharian di luar .   Sepanjang hari dia keluar bekerja, paling kurang sekali mesti berhubung.  Kadang-kadang hanya untuk bergurau 18sx.

” Yang…kat Shah Alam hujanlah…sejuklah….tak sabar nak balik ”

  • Seks penting dalam perkahwinan tetapi bukan semestinya semua perlakuan menjuruskan kepada hubungan intim. Berikan sentuhan-sentuhan ringan yang mungkin selama ini dilupakan, seperti memberi kucupan atau pegangan tangan, memeluk dengan kasih sayang di dapur atau pun sewaktu menonton bersama.

Berikan ciuman sewaktu menghantar suami pergi dan balik dari kerja. Saya lakukan ini sehingga sekarang dan saya juga mendidik anak-anak menyambut ayah mereka pulang dari kerja dengan bersalam , memeluk satu sama lain dan mencium pipi ayah mereka walaupun anak bujang saya telah berusia 17 tahun.

Bila melakukan hal² seperti ini , ia akan membangkitkan rasa betapa seluruh ahli keluarga sangat mencintai dan merasa gembira apabila ketua keluarga selamat pulang ke rumah. Ini juga akan menyebabkan beliau merasa dihargai.

Lelaki juga bertanggungjawap atas semua yang berlaku di dalam pergolakkan rumahtangga. Budaya kita lelaki berkahwin untuk kesenangan diri sendiri. Berapa ramai lelaki yang berkahwin untuk ‘ ada orang masak, ada orang basuh baju, ada orang jaga rumah…ada orang lahirkan zuriat untuk dia…?

Zaman sekarang, tugas isteri bukan sana menjaga rumahtangga, tetapi sudah menjadi tugas automatik untuk sama-sama mencari nafkah dan keperluan keluarga. Menguruskan diri sendiri pun perlukan sokongan dan dampingan orang tersayang apalagi untuk menguruskan anak-anak dan suami , tidak termasuk lagi keluarga ipar duai dan saudara mara.

Suami jangan lepaskan tanggungjawap semata-mata kepada isteri. Wanita berkahwin untuk dilindungi, disayangi dan dimanjai sesuai dengan fitrah kejadiannya. Jangan bebankan isteri dengan semua kerja rumah…berapa ramai lelaki yang memasak? membuang sampah untuk dikutip majlis bandaran? mengutip kain baju masukkan dalam mesin basuh? menyapu atau hanya sekadar menyusun semula akhbar yang telah dibaca?

Anak menangis pun dah rimas.. itu pun hanya dihujung minggu sedangkan isteri sepanjang hari  dalam perkahwinan itu akan berhadapan dengan ragam dan kerenah anak-anak. Bayangkan…! Anak² adalah ANAK² KITA, bukan ANAK² AWAK atau ANAK² AKU!

Kedua belah pihak suami dan isteri akan berkembang cintanya sesuai tempOh perkahwinan mereka seandainya masing² menjalankan peranan mereka dengan sebaiknya. Bahagia akan dicapai seandainya kedua belah pihak berusaha ke arah itu.

Selepas semua telah diusahakan, serahlah pada Allah. Berdoalah semoga mahligai yang dibina ini terhindar dari segala rintangan dan ujian.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. manusia zaman sekarang berkahwin sebab takut org ngate….bukan sebab dah sedia. tb2 bila berkahwin 2-3 tahun terase jemu n teringin nak jd bujang balik..ada tu terjatuh cinte ngan org lain plak, tb2 jer ternampak buruk isteri diaorang….sedarlah sebelum mengikat sumpah dangan seorang wanita yang setia pada seorang yang bakal bergelar suami..jika dalam hati masih ada cinta pada yang lain selain bakal isteri, usahlah merelakan hati untuk dicintai….

  2. Alhamdulillah masih bahagia…akn jaga bia selamanya bahagia…
    TQ, k.kujie… 🙂

    edames last blog post..Play to cheer the day…

  3. As usual, 100% setuju dengan Jie. Opah dan atuk pun pernah melalui saat-saat kehambaran dalam perkahwinan ni. Buhsannnnnnnnnnn daku. Malah, sesekali kebuhsanan tu timbul. Tapi oleh kerana dah lama kahwin, taklah kami cepat melatah. Masa mula-mula dulu, memang bersilat ler jugak. Tapi disebabkan kami menyedari yang kami saling cinta menyintai, jadi kami cari punca kebuhsanan tu. Kami fahami apa yang membuatkan kami bosan and lepas tu… alhamdulillah, bila-bila bosan tu menjenguk, take a break dan have fun together. Selalunya, masa bercinta, kita berusaha buat macam-macam untuk pasangan kita. Tapi entah mengapa, lepas kahwin, rasa tak perlu lagi nak berusaha nak impress pasangan. Tu yang bosan tu. Fikir balik, apa yang spice up your relationship sebelum kahwin dulu dan ulang semula keindahan zaman bercinta. Insya-ALLAH, rasa bosan tu akan hilang sedikit demi sedikit.

    ODs last blog post..Shopping Day… erm…

  4. give and take. Dan trust each other. Mungkin itu membantu.

    Nasihat daripada seorang blogger bujang. haha.. 😈

  5. … Tips serta pesanan K. Jie Insyaallah saya akan amalkan. Berkahwin memang senang. Semudah “AKU terima nikah……bla.. bla.. bla… TUNAI…”
    Tapi memang bukan mudah nak mengisi sesebuah perkahwinan. Alam perkahwinan memang panjang dan mencabar, apatah lagi kewibawaan seorang suami dalam mengemudi sebuah bahtera.

    Yang penting kembali kepada ajaran agama, dan rujuklah kepada orang tua serta bijak pandai [bukan yang suka memandai-mandai, bagi nasihat menjahanamkan… (pengalaman sendiri)]

    samdaddycools last blog post..Masbuk ketika solat Jumaat

  6. opss……lupo lak nak letakkan siggy nie….hehe >>>

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    mazas last blog post..Perjalanan Terhenti Lagi: Sg. Buluh

  7. oleh kerano dah ado banyak pakar bercakap… pulak tu den tak sompek baco..

    den angguk2 dan geleng2 kan kepalo tando den tak der komen……..hehehhee

    psst; bagi chance kat org lain lak menguasai blog ekau nie ha..

    wakakkaka

    mazas last blog post..Perjalanan Terhenti Lagi: Sg. Buluh

  8. betul betul betul..
    even usia perkahwinan kami masih baru…ade juga dugaan mendatang kadang2..tapi alhamdulillah..hubby seorang pengemudi kapal yang sangat baik, banyak bersabar n sgt2 bertolak ansur..alhamdulillah dikurniakan suami seperti dia..Lebih2 lagi sy yang tengah berbadan dua..mcm2 kerenah dia kena layan.. 😀

    Kak jie, dulu2 b4 kawen sy selalu pikir..takutnya nak kawen bila tgk perkahwinan org lain hancur di tengah jalan..

    Tapi bila dah masuk alam perkahwinan..barula perasaan tu ilang dengan sendiri..
    Kini baru saya faham…dalam alam perkahwinan kesabaran,tolak ansur & tanggungjawab adalah perkara paling penting…
    perkara2 remeh dibuang jauh2…if ade pon..fikir2, renung2 dan buang jauh2 if benda tu takde bwah faedah…

    kak jie..thanx for sharing kat sini..banyak manfaat leh dapat.. 😉

    roses last blog post..Tambah Satu Usiaku..

  9. itu semua godaan syaitan…

    Lan Bingkas last blog post..Nak ‘smackdown’

    • @Lan Bingka, syaitan tak senang tgok manusia yang hidup aman damai, rumahtangga yang bahagia..akan ada saja gangguannya…itu janji dia pada Allah…akan berusaha menyesatkan manusia

  10. aduhh,harap2 takde la sampai cerai

    blowies last blog post..1,2,3,4…30? tolong baca dlm PPSMI

    • @blowie, tak de sampai mcm tu….. kita cari jalan penyelesaian…tak semestinya berpisah akan menemukan apa yg kita cari..jgn kejar pelangi

  11. sy belum kahwin so xtau mcm mn rasa boring 2..
    tapi dr pengalamn org yang sy kenal(sudah kahwin) kdng2 perasaan bosan 2 dtg bile suami xjalankan tangungjawap..pentingkn kerja dr anak2 dn isteri..
    mcm mn kalo suami yang xbersyukur dgn ape yang dia ada?
    kasih syg pd anak2 di beza2kan..
    pegangan agama xkuat…

    Callisters last blog post..Why you should play Stock Market Games?

    • @Callister, betul tu…kadang2 ada suami yang pejam mata ttg pengorbanan isteri sedangkan rumahtangga itu untuk mereka berdua..tak boleh sebelah pihak saja yang berusaha bermati2an…

      It takes two to tango … a conflict is not the fault of just one person or the other; they are often both to blame

  12. mmm.. walaupun sy x kahwin lg. tp takut. haha. ish2. mnta2 bini x jd cmni

    ubeys last blog post..Cara2 Menjadi Dewa Dalam Arena Memancing (1)

    • @ubey, aikkk……..jgn kata mcm tu
      ckp je..harap2 saya tak mcm tu…hehehehe

      kita ni manusia, bukan dia, kita sendiri yg ada salah silapnya

      • @Kujie, hihi. sori2. tu ayat yg kuar dr org yg jahil bab rumahtgga ni. 😳

        ubeys last blog post..Cara2 Menjadi Dewa Dalam Arena Memancing (1)

        • @ubey, tak pe..faham…. belajar dr skrg..ntt senang nak jadi pemimpin rumahtangga.

          sbb tu kena rajin2 baca blog makcik2..hehehehe
          ….kutip apa yg perlu
          tapi tapis apa yg terlepas yg tak sesuai dgn keperluan.

          • @Kujie, tenkiu. hehe. harap kak jie halalkan ape2 ilmu yg sy ceduk kt cni

            ubeys last blog post..Cara2 Menjadi Dewa Dalam Arena Memancing (1)

  13. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula…

    Yang ptg terus menuju ke arah matlamat asal walaupun kekadang kita menyinggah dan menyimpang di sepanjang perjalanan….

    • @azlanlin,soal hati…iye…kadang2 mcm tu..kadang nk mcm ni…

      jadi.kembali kepada fitrah.

      jgn terlalu jauh dari persimpangan takut nak u-turn nanti sesat tak jumpa pangkal… :mrgreen:

  14. hmm..baru berumahtangga setahun jagung.. belum cukup ilmu lagi macam kak jie..hehe 🙂
    tapi btul kata kak jie tang ayat ni,
    “Jangan gemar mengkritik suami kerana ia akan menjadikan seorang lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan diri. Keadaan ini akan melukakan nilai dirinya, menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa terhadap isteri”

    samada suami atau isteri,sesuatu kritikan itu perlu juga diluahkan namun pilihlah masa dan cara yang sesuai (dalam nada gurauan/pujukan lebih menyenangkan)..bukan apa,bila kita terluka,layanan kita juga akan jadi hambar..

    sebaik-baiknya,bila emosi tengah ‘panas’ 😡 .. kita diam dan tunggu ia sejuk dahulu kerana kdg2 kita tak sedar apa yang keluar dari mulut kita semasa kita sedang marah adalah sangat menyakitkan. 😳

    nadinezuharras last blog post..:: Seronokkah memancing..?

    • @nadinezuharra, hal² mcm ni susah utk kita nilai semua kes dlm semua keadaan..tiap org berbeza kehendak, impian dan hala tuju.

      kita ambil secara umum saja….

      tgh panas tu mmg kadang2 mengelegak rasanya…tapi bila dah sejuk..ada nikmatnya…itulah rumahtangga.

      thn pertama kahwin mmg dlm krisis saja..masing2 ingin menonjolkan perasan dan maisng2 cuma menguasai pasangan..hehehe.apalagi mcm kak jie yg kenal 6 bulan dah kahwin.

      tapi..itulah pelajaran …dan dr pengamatan dan kematangan dlm rumahtangga kita akan mengelak krisis bukan sepanjang hidup hanya menyelesaikan krisis.

  15. Kalau dah rasa macam tu….cuba ingat balik kenangan masa mula-mula kawin dulu. Lagi satu, jangan fikirkan yang kita dah rasa bosan dah kawin. Kalau selalu fikir, kadang-kadang psikologi banyak main peranan dalam hal ni.

    blinkkys last blog post..How To View Saved Password In Firefox

  16. subhanallah…dah kahwin tapi dah bosan.. ish ish ish.. minta dijauhkan laa…

    Adrys last blog post..Kebakaran di Bandar Tawau

  17. salam kak jie,

    kak jie..kak jie..mana kotak msjbox kak jie?
    sis suka masuk sini
    artikel/tulisan kak jie bagi sis motivasi
    thanks kak jie
    *muuuuaaaahsss*

    SisHoneys last blog post..happy birthday elina!

    • @SisHoney, salam sis

      hehehe..nnt kak jie letak ye
      nnt loading time lama sgt kalau letak..tu yg kak jie tak letak tu

      terimakasih ye…masuklah selalu
      suka tak suka bergantung pada hati sis, kalau hati suka …jadi sukalah
      kalau hati tak suka…mcm mana elok pun kita tak akan suka :mrgreen:

  18. salam kak jie..
    memang perkahwinan adalah alam yang amat mencabar. Saya yang baru berkahwin ni kdg2 goyang juga apatah lagi orang dah berkahwin lama. Sebab setiap alam perkahwinan akan ada dugaannya tidak kira kecil atau besar. Yang penting dalam melayari alam perkahwinan ni nakhodanya perlu bijak dan tangkas yakni dalam membuat keputusan dan menangani sebarang permasalahan.

    kita x boleh bandingkan zaman bercinta dengan zaman dah berkahwin. Zaman bercinta ni semuanya indah xde yang buruk. X mandi pun dikatakan wangi tapi berbeza bila dah berkahwin sebab masa tuh kita akan kenal segala keburukan dan kebaikan pasangan. Jadi jgn lebihkan keburukan pasangan tapi lebihkan kebaikan sebab bila yang negatif mengatasi positif maka akan jadi negatif.

    Contohnya mak dan abah saya yang dah hidup bersama selama 54 tahun tapi alhamdulillah kekal bahagia walaupun kdg2 ada perselisihan faham. Cuma mak x sempat nak merasai ulang tahun ke 55 sebab mak di jemput mengadap ilahi. Rumusan yang dapat di buat di sini ialah sentiasa positif dan sebagai Islam jgn lupa mengadu kepadaNYA sebab hanya DIA yang dapat menyelesaikan segala kerumitan kita.

    pjans last blog post..Aksi Si Kucing

    • @pjan, sebab itu awal2 kak jie dah cakap..kena kedua belah pihak berusaha membina, membaja utk dptkan cinta yang subur…tak mungkin sebelah pihak saja yang mempunyai matlamat spt itu.

      Pahit manis dlm rumahtangga adalah kehidupan..hidup sendiri juga ada pahit manisnya.

  19. Looor dah jadi pakarujuk rumah tangga pulak dia ni… Pakarujuk blog dah jemu ke..?

    belalangdewas last blog post..MISTERI BUDAK HILANG

    • @belalangdewa, kaunter saya multiporpose – where happy women define happiness,play the game of life,and share personal growth stories

  20. At least lebih dari 12 hari… 🙄 tapi make sure it is something worth fighting for

    kruel74s last blog post..In the final analysis, men love being boys

  21. Mohd Hafifi says:

    saya taktau sgt asam garam perkahwinan sbb masih bujang wlupon wktu umo 18 dah ade sijil kwin tp memahami antara satu same lain penting dlm memupuk perhubungan..apa2 hubungan pun..kan kak jie?

    Mohd Hafifis last blog post..Hadiah Untuk Lelaki

    • @Mohd Hafifi, ilmu rumahtangga kena dipelajari skrg..jgn tunggu dah kahwin…sebab lebih elok kalau berkahwin sewaktu kita sudah bersedia untuk mengalas tanggungjawap kerana ramai lelaki yang lupa tanggungjawap mereka….dan lihatlah skrg…. gejala sosial yang bercambah2…

      kalau lelaki seorang suami jalankan tanggungjawap pada isterinya
      kalau lelakiseorang bapa jalankan tanggungjawapnya pada anak²
      kalau lelaki seorang abang jalankan tanggungjawapnya pada adik² dan kakak²
      kalau lelaki seorang bapa saudara jalankan tanggungjawap pada anak² saudaranya
      kalaul lelaki seorang datuk jalankan tanggungjawap pada cucu²nya

  22. thank you kak jie..kadang2 terpalit gak perasaan gini..tapi rasa nye bukan jemu kot cuma penat ..penat ngn hal sekeliling..

    arins last blog post..tengok video le pulak..

    • @arin, itulah….ada ketika kita rasa tidak dihargai…lintaan hati yang jahat! :mrgreen:

      kemudian kena cepat2 sedar diri…hehe

  23. hmm.. jemu… benda yang saye takut jadi pada saya.. sebab sy mmg sangat cepat jemu dengan sesuatu… 😐 moga2 saye takkan rase macam tu dalam marriage saye ni 😎

    mrs azmis last blog post..bile dah terlebih rajin…

    • @mrs azmi, kita akan rasa juga perasaan ini..kita manusia yg tak terlepas dari fikirkan2 hal seperti itu..tetapi cepat2 lah kembali pada realiti….sedar di mata kedudukan dan apa yg kita bina selama ini

  24. Hmm….usia perkahwinan yang muda ni memang amat mencabar. Tie tak boleh nak beri pandangan sebab tak tahu punca ‘boring’nya tu. Harap2 dia dapat jelaskan supaya kita semua boleh membantu.

    Ties last blog post..Suka suka

  25. apabila seorang isteri itu bekerja , makanya cubaan dan dugaan makin bertambah tambah.

    nak pulak ,sekarang ni trend , suami orang sukakan isteri orang ….
    hmmm ….

    semoga kita akan terus bahagia ….

    pBs last blog post..562

    • @pB, sebab itu kedua suami isteri perlu ada matlamat berumahtangga yg sama.. sentiasa perbaharui cinta..jgn tunggu selepas dah tamat tempoh

      aminnn….

  26. setuju dgn apa yang mama kata.. 😉

    minta di jauhkan rasa itu dalam diri bai mahupon suami.

    kalau kita rasa boring, kita sendiri kena choba utk segarkan kembali keadaan.
    kita cuba bertindak jgn hanya menunggu masa utk merubah segalanya.huhu..
    betol ke mama? 🙄

    fiezabaiduris last blog post..Gamelan

    • @fiezabaiduri, sebenarnya apa yg mama cakap bukan cukup…ada byk sebab lagi…ada byk lagi panduan dan cara…pandai²lah bentuk dan bina rumahtangga yg kita kehendaki sebab tiap org berbeza matlamat, kepentingan dan keperluan.