Berdua Lebih Baik

Seperti yang di war-warkan serata alam , suami saya sudah kembali ke Malaysia selepas 2 tahun 6 bulan bekerja di Algeria. Lokasi seterusnya untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pun tak tahu lagi.  Kemungkinan besar , di dalam negara.

Along akan habis belajar akhir tahun ini, jadi suami nak ada di sini untuk membantu dia memulakan kerjaya.  Rasa lega juga sebab bidang pengajian Along sealiran dengan skop pekerjaan suami.  Ilmu dan pengalaman boleh dikongi.

lepak pagi pertama di rumah dia nak baca suratkhabar. Dah lama tak baca suratkhabar sebenar, selalu tengok iklan kat suratkhabar yang tak difahami

Dalam 2 tahun lebih ini tak ada perubahan ketara sangat yang saya nampak pada suami,  cuma lebih kurus dan cerah.  Berlitup 24 jam, apalagi sekarang di Algeria masih musim sejuk dan sesekali bersalji.  Satu lagi perubahan adalah kulit lebih berkedut dan cepat tua.  Cuaca di sana yang terlalu extream sejuk dan terlalu extream panas menyebabkan struktur kulit sekejap kecut sekejap kembang.

Jadi, kita di Malaysia ini, bersyukurlah kerana punya kulit sekata sepanjang tahun. Tak ada masalah kedut dan garis penuaan..

 sejak berkahwin 20 tahun, suami yang kerap potongkan kuku kaki, benda pertama yang dia komplen adalah kuku kaki saya yang tidak menepati piawaian …hihihi…esok pagi² dia dah cari penyepit kuku

Ada orang cakap, kalau pasangan dah berpisah lama agak kekok dan segan² untuk memulakan kembali hubungan.

Saya tak ada masalah tu.. kami berhubung hampir setiap hari melalui video call atau application Tango di handphone  walau pun terpisah lebih 10,900 kilometer.. Bercakap dan mengikuti perkembangan masing² jadi tak ada jarak yang lama.

Bagi saya, kata kunci utama adalah berkomunikasi. Walaupun jauh, kami masih kerap bercakap tentang hal keluara, jiran tetangga, berkongsi gossip dan usik mengusik 18SG or 18SX.

Ada beberapa perkara yang akan berubah bila suami kembali. Saya kembali menjadi orang kedua. Sebelum ini semua keputusan semua urusan saya buat tanpa campurtangan. Sekarang kena letak jawatan..hihihi

Bila kita dah biasa uruskan sendiri, kena ubah kembali sifat kebergantungan tersebut. Walaupun ada perkara yang kita pandai buat sendiri sebelum ini tetapi bila suami dah kembali, cuba² menjadi ‘kurang pandai’ sikit supaya dia tidak rasa diabaikan, rasa tidak diperlukan.

Suami yang rasa diri diperlukan, lebih diharapkan akan menjadi seorang suami yang hebat. Percayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalah!  Ini adalah sudut positif keegoan seorang lelaki.

Ular menyusur akar tidak hilang bisanya…………kan?

Bila suami dah kembali, memasak pun rasa seronok………rasa bersemangat sebab pisau yang tumpul semua dah ditajamkan… antara dua benda yang dia paling suka buat – potong kuku kaki dan asah pisau.

49 Replies to “Berdua Lebih Baik”

  1. Sudut positif keegoan seorang lelaki. Hmmm memang betul tu!
    Ilmu rumah tangga yang dikutip melalu pengalaman.
    Sepandai mana pun seorang isteri menguruskan diri, biarlah ada ruang untuk menerima bantuan suami supaya suami rasa dia diperlukan dan lebih diharapkan kerana keadaan itu menyebabkan dia terasa dirinya lebih dihargai.
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Licence To Grill : Sehangat BaraMy Profile

  2. Alhamdulillah..hidup kembali normal kan rasanya…

    huhu…baru jer lepas hantar hubby ke KLIA…mujur ke Kundasang jer tu pun 3 hari….walhal baru 3 hari lepas dia balik dari sana juga…dah ada 2 program berlainan di tempat yg sama pada jarak waktu yg dekat nak buat macamana….

    betul tu bila huby takde nak memasak pun rasa tak semangat jer…..selalu serah pada anak2 nak makan apa yg diorang suka tapi ayah tak berapa suka….inilah masanya….
    Jom terjah post menarik dari kakza ..Aqeela ….My Profile

  3. sekarang komunikasi dah canggih dan murah..tak mcm dulu..saya dan isteri pun mcm ni jugak..dgn jadual kerja yg hanya ada 2minggu sahaja di KL dan selebihnya merata pelusuk dunia,mmg saya perlukan komunikasi internet dan hphone..tp yg best bila dah tinggal lelama bila balik jumpa isteri seolah olah semuanya masih “baru” dan ‘hangat’ hehe
    Jom terjah post menarik dari Zarul Umbrella ..Hampir Roboh Penangan BeautifulNaraMy Profile

  4. lama nya hidup berjauhan…tapi takpa, sekarang dah bersamma semula…

    saya sokong dengan ayat ni: Suami yang rasa diri diperlukan, lebih diharapkan akan menjadi seorang suami yang hebat. Percayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalah! Ini adalah sudut positif keegoan seorang lelaki.

    dulu masa sebelum kahwin, boleh je buat kerja2 yang kasar…tapi bila dah kahwin, semuanya serah pada suami….untuk bermanja2, bukan untuk menyusahkan dia…
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Senarai Plugins Yang DigunakanMy Profile

  5. Assalamualaikum.

    Senyum baca entri Kak Jie yang ni sebab saya pernah berjauhan dengan suami dari zaman bercinta hinggalah dah kahwin. Bila dapat duduk sebumbung tu, alahaiii … sungguh nikmat rasanya. Hihihi.

    1. sepanjang 20thn berkahwin, mmg suami selalu outstation
      tapi biasanya dlm M’sia. Masa anak2 kecik Kak Jie ikut, sampailah anak² dah sekolah.
      kena fikirkan masa depan anak² pula..dia org kerap sgt bertukar sekolah sampai tak ada kawan karib.

    1. amboi pakcik…………. tak habis2 nak membahan org ye

      update tu mmglah rasa hilang momentum…sesekali update dgn bb tu org tak leh nk komen apa dah
      faham2 le tu………….kemalasan tahap dewa

  6. Bila bersama setelah berjauhan dalam jangka masa lama se isteri rasa lega suami balik boleh lah jadi orang kedua suami yg buat keputusan manakala se suami pulak kan dulu boeh buat sendiri ni abang dah balik kenapa tak boleh buat pulak ….. tapi pasti tak akan berlaku pada Kak jie ..insyalllah.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Nak tengok Gambar Denaihati joomMy Profile

    1. sebelum dia tinggalkan rumah dulu, mmg kak jie yg biasa uruskan hal rumah, bil, workshop
      dia ckp ‘ sebab boleh uruslah, dia berani nak tinggalkan’

      bukan sebab boleh uruskan bila dah di tinggalkan….

      lelaki ni sibuk, nak fikir mcm2 urusan, yg utama kerja
      jadi isteri jgn tambah lagi kerumitan tersebut, saling cuba mengimbangi
      bab imbang tak imbang tu tak sama setiap pasangan…masing2 kehendak yg berbeza2

    1. tak juga…dlm Malaysia pun kadang2 jauh 200-300 kilometer
      skop kerja bukan di opis, selalu kena keluar, jadi kena faham …

  7. hmm.. something that i learnt from this entry is that sepandai mana pon wanita itu bole berdikari, kena ‘rendahkan diri’ pada si suami jugak demi menjaga hati dan ego beliau sebagai ketua keluarga..

    p/s: bole rasa la aura kebahagian tu..
    Jom terjah post menarik dari marvic ..#AJL26 Post PartyMy Profile

    1. orang moden cuba nak menjadi sama taraf… cuba nak jadi pandai
      mengalah sikit utk dpt kelebihan yg banyak, lebih baik.
      utk jangka panjang

  8. wah. boleh nampak keseronokan kak di situ.
    apapun semoga berbahagia selamanya. amin

    ps : patutlah dah tak nampak langsung kat timeline. :p

        1. sebab selalu membahan org le tuuu… bila kena time diri sendiri , awai2 lagi dah menyorok

          hahahaha…..malulah dia org senyum2 ada makna je :p

Comments are closed.