I was wrong. I was foolish. I don’t get to play by different rules

My real apology to her will not come in the form of words; it will come from my behavior over time. We have a lot to discuss; however, what we say to each other will remain between the two of us – Tiger Woods

Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah. Rumahtangga merupakan alam baru yang perlu ditempuh tanpa ada tempoh percubaan. Kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung sejauh mana persediaan pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka.

kredit gambar : google image.

Tidak mustahil jika berlalu krisis di dalam sebuah rumahtangga walau bagaimana harmoni kehidupan rumahtangga tersebut. Kejadian krisis dalam rumahtangga boleh memberi kesan yang positif apabila ia dikendalikan atau ia diselesaikan dengan baik kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Isteri adalah berkongsi peranan dalam membantu suami mencapai matlamat rumahtangga yang dibina. Tahniah Elin Nordegren!

I’ve had a lot of time to think about what I’ve done. My failures have made me look at myself in a way I never wanted to before. It’s now up to me to make amends, and that starts by never repeating the mistakes I’ve made. It’s up to me to start living a life of integrity – Tiger Woods

Kata orang, memohon maaf atas sesuatu kesalahan kita adalah satu perbuatan yang paling sukar untuk dilakukan. Membaiki hubungan yang tercalar juga bukan satu perkara yang mudah apalagi untuk mendapatkan kembali kepercayaan dalam hubungan. Setiap perkahwinan harus memberi ketenteraman dan kebahagiaan, cinta dan kasih sayang antara dua pihak. Ketenangan dalam rumahtangga tidak akan wujud tanpa berusaha ke arahnya.

Cabaran dan dugaan dalam rumahtangga boleh datang dari dalam diri kita sendiri atau datang daripada pasangan atau datangnya dari orang ketiga berbentuk bisikan manusia dan bisikan iblis. Sekiranya kapalnya masih boleh belayar, kita perlu bertindak sebelum kapal tenggelam dan anak kapal mati kelemasan .

Teks penuh ucapan maaf dari Tiger Woods – [link]

p/s Tiger Wood pun tahu minta maaf dan baiki kesilapan, ada suami yang bila terkantoi segala kecurangan , terus kaki tangan sepak terajang yang dihadiahkan.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Public apology, kenape? Too much at stake kalau Tiger tak buat public apology. Kalau dia tak main golf lagi dia rugi, golf pun rugi sbb org dah tak nak tengok.
    .-= GreenLava´s last blog ..Polis Dubai keluar video 11 jahanam =-.

  2. Yang penting kemahuan untuk berubah kepada yang lebih baik.
    .-= Kak Long´s last blog ..Dunia batinku membuat aku menangis =-.

  3. Aku Belajar says:

    Untuk seseorang tu meminta maaf secara terbuka lagi2 lepas buat sesuatu yang mengaibkan memerlukan keberanian. Erm…. tp dlm kes ni…. nk kata macam mana ek…. nk puji tak boleh…. nnt seolah membenarkan perbuatan curang tu…. pulak…. πŸ™‚
    .-= Aku Belajar´s last blog ..Perang…. =-.

  4. alahai kak jie, tiger wood pun reti mintak maaf, terbuka lagi hah, kalau sesetengah orang kita, dah lah curang, disumpah sernah lagi isteri tu, mcm2 tak elok keluar masa tu. itu belum lagi kes terbiar terabai tak bagi makan pakai.

    tabik tiger wood dalam hal ni, bertanggungjwab atas apa dia buat.

  5. biasalah manusia tak terlepas dari membuat kesilapan. walaupun sekali kita tersilap, orang akan kenang sampai bila-bila. memohon maaf tu lagi bagus dari tak buat apa-apa kan. at least kita sedar kesalahan yang kita telah buat. so next time, kita tak akan ulang lagi kesilapan yang sama. :mrgreen:
    .-= Amir´s last blog ..Kebanjiran warga asing di Kuala Lumpur: Malaysia Truly Asia =-.

  6. ahmadyusrie says:

    tiger woods tu public figure, banyak hati yg nak kene jaga
    kalo dia tak tampil mohon maaf confirm karier dia akan hancur..peminat pun bengang
    banyak duit sangat pun susah yer…mata mula meliar tengok yg lain..

  7. maafmu diterima~

  8. bagus la dia mintak maaf πŸ™‚
    .-= cik epal´s last blog ..Jangan KLIK. Menyesal nanti kalau buka. =-.

  9. OH golf!

  10. Woods dah tunjukkan perkara-perkara buruk dan woods telah pun tunjukkan nilai-nilai yang patut ada pada seorang manusia.

    Beliau sanggup mengetepikan ego dan mengaku kesalahan. Tak ramai orang berstatus celebriti sanggup berbuat demikian.

  11. Memang apa yang dibuat tu terlampau salah. Tapi manusia tak dapat lari daripada melakukan salah dan silap. Menerima kembali sekiranya Woods benar-benar insaf dan ingin berubah adalah jalan terbaik. Paling penting adalah untuk memastikan si anak tidak hidup pincang kerana ibu bapanya berpisah.
    .-= samdaddycool´s last blog ..#@%*&!* …. ptuiii… Kurang ajar!!! =-.

  12. saya rasa dia da insaf… saya harap sangat wife dia terima dia semula… huhu πŸ™
    .-= zuhaini´s last blog ..Saya nak beli sebuah DSLR tapi… =-.

  13. Hati wanita umpama kertas.. yang bila dah direnyukkan, tak mgkin akan kembali seperti asal.. buat la macam mana pun, tetap kesan renyuk tu takkan hilang..

    : : ada member bgtau.. wanita ni sifatnya mudah memaafkan, tapi sukar nak melupakan kesalahan…Lelaki pula sebaliknya.. errmm betul ka? kalau wanita mgkin juga kot, kalau tak caye, tgk kalau time gadoh2 gitu, mesti hal 10tahun dulu pun boleh kena ungkit lagi huhuhu.. apa2 jer la..
    .-= tpinky´s last blog ..Akhirnya ini pilihan hatiku… =-.

  14. mana laki yang suka nau sepak terajang tuh..memalam, kalau dia nyenyak tido..kasik zassss je potong..hahahahhahahahhaha…
    .-= arin´s last blog ..Trip Advisor’s 2010 Dirtiest Hotels (Asia) : Top 10 =-.

  15. Kalau saya bini tiger wood…..cerai ahe kak! πŸ™ Suami isteri tidak patut mengkhianati semasa sendiri…sekali pun tak boleh!
    .-= tekkaus´s last blog ..Fook-ing Around In Facebook =-.

  16. walaupon perbuatan dia salah, sha kagum dengan dia yang sanggup ketepikan tour semata2 nak perbaiki hubungan dia tuh.

    aisehhhh…lamanya tak dtg sini…
    .-= cheryna´s last blog ..sha: bill and giuliana =-.

  17. yang penting dia mintak maaf dan insaf. tu baru namanya lelaki sayang bini..boleh?
    .-= Kancilbiru´s last blog ..Rasa Macam Nak Gigit.. =-.

  18. samanosuke_04 says:

    wuuu.. tak ske rr post2 kefamilian nie.. membarakan nafsu nak bergelfren.. ish!
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Eurotrip 2.0: Amsterdamned! (part 1) =-.

    • @samanosuke_04, habis tu nak suruh kak jie buat post gedik2….tempek gambar gaya myspace…gambar g makan2. kt Mekdi… tak kena gaya sungguh…sat gi ade org cakap..makcik tak sedar diri… πŸ˜†

      dah lama berstatus DOTA tu..bile lagi? πŸ˜† πŸ˜†

  19. gud tiger wood…seb baik setakat ni sy tak terkantoi apa-apa lagi…weeeee..:-p
    .-= jmr´s last blog ..Otak pikir duit je? =-.

  20. kalau la sy ni bini wood tu, mmg akan maapkan dia tp seyesly xakan kembali smula kat dia..xnk la bekas orang..hukhuk geli2
    .-= x-po´s last blog ..AKU HAPPY, AKU BANGGA, AKU SYUKUR SAMPAI RASA TAK LAPAR-LAPAR =-.

  21. Kekadang bukan mudah untuk meminta maaf sebab ia melibatkan harga diri..
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Asam Pedas Melaka =-.

  22. hehehe~owg akn bt xtau jek sis..
    tp klu xterbongkar..
    msti owg xleh bajet..Tiger Woods dsebalik pendiam dia tuh~
    nie la dia diam2 berisi~hehehe :mrgreen:
    .-= Nabiel´s last blog ..10 CELOTEH TENTANG PERCY JACKSON~ =-.

  23. huhuhu~
    kecurangan dia nie ag dasat sis~
    mmg muke berubah tuh~
    hehehe
    .-= Nabiel´s last blog ..10 CELOTEH TENTANG PERCY JACKSON~ =-.

  24. Hm.. tiger woods ni duit banyak sangat. Kalau dia Islam kan senang. Dah boleh kawin empat dah.
    .-= ariff´s last blog ..Jalan Jalan Beijing (Part 6) =-.

  25. denaihati says:

    Memohon maaf ini nampak mudah je tetapi bukan mudah untuk melaksanakan dan tak mudah juga untuk memaafkan seseorang yang memohon maaf.
    .-= denaihati´s last blog ..KEPUTUSAN Ranking HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    • @denaihati, Memaafkan dan menerima kembali dua perkata berbeza, kan..

      tapi kes Tiger Woods dengan isteri dia ni bukan bab kerukunan rumahtangga semata-matanya…. semua tu bersebab duit tu

      • @Kujie, kalaulah Tigerwood tu miskin siang2 nak kena tendang tunggang langgang kot
        .-= denaihati´s last blog ..KEPUTUSAN Ranking HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.