Kenapa Dia Curang?
Rumahtangga

Kenapa Dia Curang?

Assalammualaikum kak jie..

Saya selalu baca penulisan kak jie dalam blog. Walaupun saya belum berkahwin tapi memang seronok bila baca tentang isu-isu perkahwinan. Tapi takut jugak bila ada kes-kes yang masalah rumah tangga yang melanda masa kini. Suami curang la, isteri curang la.. kadang-kadang terfikir, macam mana aku nanti bila dah kawin kan.. (sape la jodoh aku ek) tu kata2 dalam hati saya je..(^_^)

Tapi kan kak ji, Sebenarnya saya nak cerita sesuatu ni. Saya musykil sangat….musykil sebab kenapa ada suami yang curang saat si isteri sedang mengandung.

Kak jie, sekarang ni saya ada berkawan dengan sorang lelaki ni. Mula-mula kawan dia cakap dia ni bujang lagi. saya punya lah percaya bulat-bulat yang dia ni single. Tapi baru-baru ni saya dapat tahu yang dia dah berkahwin, dah ada anak pulak tu. Isteri dia baru je melahirkan anak bulan januari hari tu. Maklumat ni saya dapat dari adik dia sendiri.

Saya masa tu takleh nak bayangkan macam mana. Macam orang gila pun ye, tak sangka selama ni berkasih dengan suami orang. .. sape tak sedih kan kena tipu. Pastu saya tanya dia sendiri. betul ke dah kawin tapi dia tak mau ngaku. Dia cakap mana dapat maklumat tak berasas tu? Dan dia tetap cakap dia belum kawin. Adoiii, pelik btul la saya dengan dia tu? Kenapa ye kak jie? Saya betul2 tak paham kenapa ada orang yang macam tu.

Daripada maklumat yang saya dapat juga, dia ni baru je berkahwin tak sampai dua tahun dan baru dapat anak sorang. Kenapa nak curang dengan isteri? Bukan ke masa mula-mula kawin perasaan cinta tu masih hangat? Lain la kalau dah berkahwin 5 atau 10 tahun. Dan masa tu mungkin la si isteri dah tak cantik lagi macam dulu.

Boleh tak kak jie bagi pendapat sikit tentang masalah saya ni??? Harap kak jie membantu sangat-sangat… sekian, terima kasih.

– Na-gg

Saya dah email Cik Na-gg dan dia benarkan email ini dipaparkan di blog saya supaya ada pengunjung yang dapat memberikan nasihat juga pendapat mengenai persoalan beliau.

Kenapa ada suami yang curang saat si isteri sedang mengandung?

Segala pandangan dan pendapat atau kisah untuk berkongsi pengalaman saya mewakili Cik Na-gg mengucapkan terimakasih. Semoga dijadikan sempadan dan peringatan sesama kiga.

©Kujie – psst..! psst…! Abang…entri ni tak dak maksud tersurat tersirat aihhh…ceQ tak cuit sapa2 pun..ceQ phecaya kat Abg tau…lagi pun orang Algeria tak tau masak pedaih pedaih..depa tak dak cabai melaka

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

75 thoughts on “Kenapa Dia Curang?

  1. saya taklah alami peristiwa di atas..tapi asenya saya cukup kenal insan bernama lelaki ni….lelaki hnya inginkan prhatian dari perempuan..walau dia jahat mcamna sekalipun tapi kalau ada seorang prempuan yang memberi sepernuh perhatian kepada dia…dia akan ingt permpuan tu….mgkin bila pregnant..perngai prmpuan sedkit brubah dan lelaki kenalah faham…..

  2. kepada pempuan2 single di luar sana.. kalau blh elakkan la diri dari JATUH CINTA dgn suami org… ye la.. korang2 pn, kalau dah kawin suke ke kalau suami2 korang buat macam tu kt korang kan… even dh sayang mcm mane pn… cube sedaya upaya utk hindar la… bertepuk sebelah tgn xakan berbunyi dik….n xmustahil perkara yang sama akan berlaku kt korang gak…

    pada suami2 di luar sana.. hargai lah isteri masing2…kenapa dlu sblm kawin janji segala bagai… mcm mmg xada pmpn lain yg wujud kt muka bumi Allah ni… tp bile dh start kawin jek n especially bile isteri2 korang dh berubah dr segi fizikal, kenapa perlu nk berubah hati? tu menampakkan diri tu xikhlas… ye la.. kawin bkn utk sehari 2 jek kan… ingat la.. isteri tu kan amanah utk para suami… jgn pulak bile dh kantoi, pandai nk cover line…ckp nk kawin lg n nk ikut sunah Nabi.. mmg xsalah.. cume, kalau ikutkan, sbnrnye kawin 1 pn sunah Nabi jugak.. sbb Nabi kawin lebih dari 1 slps saidatina Khadijah meninggal dunia… kt situ kite nmpk sbnrnye Nabi kita sememangnya seorg yg setia… jd, jgn mudah nk beri alasan…

  3. kes kite lbh krg sama cik na-gg..saya pn tertipu dengan status lelaki 2..yg siannya isterinya tgh sarat mengandung anak yang ke empat..byk cara sy wt untuk tinggalkan dy tp dy ttp cuba dekati sy sehinggakn dy da pernah bw sy berjumpa mak dan ayh dy..sy pn xtau nk wt pe g.makin sy cuba menjauh makin dy mendekati sy..sy byk berhutang budi ngn dy ..sy merantau dan sdg mencari pekerjaan..dy byk tlg sy mghadapi ari2 sy..cuma sy xsanggup nk menanggung rasa bersalah dan berdosa terhadap anak dan isteri dy..kdg sy menangis sendiri xmampu nk berkongsi masalah dengan sesiapa kerana saya tidak pernah bercerita mengenai dy.. sy jd buntu..huhu..mcmne cr untuk sy pergi jauh2 dr hdp dy tnp rs bslh ngn dy

  4. bila curang mcm2 kes yg timbul…perempuan lain yg bujang jan sesekali rosakkan rumahtga,.. 😉 ,hati2memilih pasangan..kebahagian terletak d tangan kita sendri..menyesal kemudian xda guna…pilihlah pasangan yg….1)agama..2)Harta..3)keturunan baik2..4)rupa..terpulang lah pada individu…berani buat berani tanggung…kalau boleh yg single…

Comments are closed.