Mengenal Dan Menghalusi

a’kum kak jie. seronoknyer baca yang k.jie dah 18 tahun berkahwin. bagaimana nak kekalkan kebahagian tu yek? susah kan k.jie.

saya baru 5 tahun berkahwin dan ada 2 orang anak. suami saya dah 1 tahun ne gemar sms @ tipon kawan perempuan (yg mgkin dulu GF) saya x cemburu tapi kalau dah sms 18sx camne tu k.jie saya nak buat? perempuan tu ibu kepada 3 orang anak. sama baby sitter dengan anak2 saya. bagaimana saya nak handle cam tarik rambut dalam tepung… kalau k.jie ada pandangan,silalah nasihatkan saya. saya amat mengharapkan pertolongan dan pandangan.

– ain

suami ada perempuan lain

Email ni saya dapat seminggu sudah tapi perlukan persetujuan pemilik untuk dipublish . Saya edit tulisan shor-form supaya jelas dan senang dibaca.

Tempoh perhubungan bukanlah satu-satunya sebab sebuah perhubungan itu berada dalam keadaan yang selesa. Banyak faktor yang mempengaruhi seperti latar belakang suami isteri dan hala tuju sebuah perkahwinan tersebut.

Cinta yang berpanjangan ditentukan oleh keperibadian positif kedua belah pihak seperti kemesraan, keghairahan hidup, kejujuran, kepintaran menyesuaikan diri dalam keadaan dan keyakinan diri dan kreativiti kita menyusun kehidupan.

Mustahil rumahtangga sentiasa tenang tanpa gelora, macam hidup tanpa perasaan . Plastik sungguh!

Saya menerima komen  menyampah kerana sering  membaca kisah suami isteri  saya di blog ini, macam standard fairy tale ending phrase, and they lived happily ever after….” . Macam dalam dunia ini, dia jeeeeeee yang bahagia. Macam menunjuk-nunjuk.

Kenapa saya tidak pernah menulis hal2 yang masam, duka, sakit dan pedih?  Mustahil saya tak pernah alami , kan?

Kerana saya suka membaca kembali post-post lama diblog ini. Saya tak suka bila membaca kembali dan mengimbau perasaan yang tak best tersebut. Perasaan itu biarlah berlalu tanpa dicatit kerana kadang² amarah atau keluh kesah itu hanyalah sementara.  Saya tak ingin mengingatinya. Macam mimpi yang kita lupa apabila terjaga .

Tetapi kenangan suami isteri walaupun hanya gurau secebis yang ‘entah apa-apa’ akan tetap punya nilai nostalgia bagi saya. Saya selalu baca kembali post lama dan tersenyum sendiri. Itu adalah terapi  indah untuk minda saya. Ada orang bila dalam keadaan marah, kecewa atau pun duka nestapa , idea mencurah-curah untuk diluahkan sedangkan saya sebaliknya.

Lagi pun,  alhamdullah sehingga kini, saya tiada kisah berat atau masalah rumit bersama. Saya orang yang simple dan hidup dengan sederhana tanpa banyak permintaan. Syukur apa yang saya ada dan tiada impian yang lunak-lunak dan angan-angan yang tinggi.

Mukadimah punyalah berjela.  OK kita balik pada persoalan email yang saya terima dari  Ain.

Kebelakangan ini masalah suami menjalin hubungan cinta dengan wanita lain tapi pada masa sama masih sayangkan isteri seolah-olah menjadi fenomena biasa dan kerap terjadi.  Apa sebab musababnya, sukar untuk diberi satu jawapan objektif.

Ada suami hanya menjalin hubungan itu sekadar suka-suka dan ada juga yang serius hingga mahu berkahwin lagi. Biasanya hubungan luar suami dengan perempuan lain akan membawa kepada masalah yang lebih besar dan saling berkait. Kisah keruntuhan rumahtangga dan masalah sosial remaja banyak berpunca dari hilangnya keharmonian rumahtangga.

Rasanya suami  Ain hanya sekadar suka-suka kerana wanita tersebut masih isteri orang.  Terasa ingin muda dan bermain sms seperti dulu. Masih belum terlewat untuk kembali merebut apa yang dimiliki.

Hubungan ini tidak akan berlaku sehala. Ada positif adalah negatifnya. Kita tak boleh lagi menglabelkan satu-satu gender sebagai punca kerana sekarang, perempuan pun makin berani untuk berskandal.

Ain, masing-masing masih muda dan berkerjaya. Mungkin perlu difikirkan semula keutamaan dan keperluan dalam hidup. Luangkan masa untuk kembali menjalin cinta. Masih boleh dipujuk dan dibaiki tetapi gunalah cara lembut. Jangan memberontak dan berkasar sehingga yang dekat makin menjauh.

Senang bercakap tetapi orang yang menanggung tentu berganda-ganda beban yang dirasa.  :lol:

Hal-hal bersangkut dengan hati perlulah berhati-hati untuk ditangani.  Apabila hati dilukai dan kepercayaan dikhianati, sukar untuk kita melupakan begitu saja apa yang berlaku. Memaafkan dan menerima semula adalah dua perkara yang berbeza.

Bagaimanapun, dalam masa sama perlu juga difahami dan disedari ada ketikanya perasaan kita bukan segala-galanya.

Apa yang perlu  Ain buat?

1 – Berterus terang dengan suami dan selesaikan masalah bersama. Fokus pada masalah tersebut dan jangan mengkritik kerana ini akan menjadikan dia seorang defensif. Api jangan dilawan dengan api . Orang lelaki egonya tinggi ,biarpun tahu perbuatan mereka salah. Lelaki biasanya lebih suka berterus terang dan mereka tepat pada tujuan sedangkan kita perempuan sering bercampur dengan keraguan dan perasaan.

2 – Berterus terang dengan perempuan tersebut untuk mendengar penjelasan beliau pula . Jangan menyerang macam perempuan tidak bermoral. Tunjukkan kita punya harga diri dan lebih baik darinya.

3 – Mulai sekarang, lebih kerap bersms dengan suami. Kan dia suka bersms. Taip saja ayat cinta melankolik, biar dia pula terkejut. Lelaki juga perlukan keselesaan perasaan dan sokonga kata².   Lelaki suka isteri yang genit dan gedik macam kucing parsi kerana lelaki mempunyai satu titik kelemahan iaitu mudah tergoda.

” tdk kira apa yg blaku, sy ttp sygkn abg”

4 –

5 –

Bergantung keputusan dari kedua² langkah diatas. Selesaikan satu² jangan nak diharung sekali gus.  Semoga Ain bersabar dan tidak berputus asa berusaha supaya hubungan kembali tumbuh segar dan berkembang mekar.   Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

©Kujie – life has always surprises,everyone you meet has a reason

p/s- ini entri paling susah untuk saya lepaskan, klik save draft dah banyak kali.  Asyik cerita tentang diri sendiri saja……… rasa tak best!

Orang di sini: ” Abg, ikan kite mati”
Orang di sana : ” tau….abg baca blog”

* off YM

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. betul tu, jangan menyerang macam perempuan tidak bermoral.. buat dia rasa malu..
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul =-.

  2. Betul.. tempoh yg lama tak menjamin apa-apa pun sebenarnya..

    sapa sangka, hidup berkahwin dah 26tahun tapi bercerai juga akhirnya kalau tiada jodoh…

    ..like my parents.

    But things happened for a reason.

    Saya sgt cemburukan org yg famili bahagia. ya, xkanla xde badai menimpa… tp they still together and with a support.

    🙂
    .-= Ryehanna´s last blog ..I was sexually harassed. =-.

  3. Saya ni pengalaman berkahwin ni tidaklah lama untuk bercakap melalui pengalaman tapi berdasarkan secebis pengalaman yang ada itu dan sedikit pengetahuan dari bahan bacaan, saya nak juga bagi pendapat. 🙂

    Masalah begini biasanya berlaku bilamana terbit rasa jemu dalam perhubungan suami isteri. Sebab terjadi jemu ni suami isteri kena muhasabah diri apa kekurangan di dalam hubungan mereka. Dalam hal ni selalunya pihak perempuan susah nak berjauh hati sebab sayangnya lebih. tetapi lelaki??

    Lelaki ni biasalah.., nampak je garang kadang tapi manja dan mahu dilayan sebaiknya. Bila masalah jemu tak dibendung maka dia cuba pulak cari seorang penasihat kononnya.. nak kenalpasti dan atasi masalah . Silap buat rujukan dan silap timing (mungkin pihak satu lagi pun available atau ada masalah ngan pasangan) maka si lelaki boleh terjebak kepada hubungan cinta atau hubungan suka-suka.(suka-suka ni mcm sms 18sx tulaa.. sekadar nak puaskan hati dan puaskan nafsu). Dalam hal ni Syaitan mula ambil peranan.. itu yang bahaya..

    Macam kak jie kata.. nak bagi pendapat mengenai hal ni kena hati-hati. Sebab tu kaunselor biasanya panggil kedua-dua pihak untuk dapatkan keterangan. Apapun perkara pertama yang kak jie syorkan tu memang saya sokong.

    Tolong sangat jangan terlalu mengikutkan emosi ketika berterus terang untuk hadapi masalah ini dengan suami. Menyalah-nyalahkan lagilah cuba elak kerana atas sebab rasa ego yang tebal dalam diri tu.. suami boleh selamba je keluar rumah meninggalkan isteri terkapai-kapai.

    Dah 5 tahun kahwin dengan 2 anak. Mustahil tiada cinta cuma mungkin bila perkahwinan dah meningkat usianya kita terlupa bahawa tanggungjawab untuk menyemai benih-benih cinta tu perlu diteruskan supaya terus mekar seolah-seolah masih lagi di episod berbulan madu. Chewahhh.!!!

    terima kasih kak Jie dengan perkongsian tips.
    .-= nuaeman´s last blog ..Sawan Demam : Jangan Pandang Enteng =-.

    • @nuaeman, Terimakasih nueman kerana sudi menulis entri ..hehe..gurau sajalah

      Bagus pendapat dari lelaki, boleh kita gunapakai untuk membaiki mana yg kurang

      sebelum kita dpt mengubah org, kita kena ubah diri sendiri dulu..

  4. tak lama lagik akan kuar rancangan bersama kak Kujie di tv~ hihi

    bagus2..tolong orang dalam kesusah..macam wonderpet…saya belom berfamily bley amik iktibar~ 😆
    .-= Hafizd´s last blog ..Naek Chopper~ =-.

    • @Hafizd, ada banyak juga soalan2 yg dihantar…hehehe
      tapi tak boleh tiap hari buat entri mcm ni..ada yg kak jie balas kat email je

      hehehe..kutip pengetahuan utk masa depan…

  5. masalah broadband kat rumah ini berlanjutan.. dah dekat 5 hari.. slow tahap siput b.a.b.i..

    jadinya… lain kali ajelah mengomel kat sini yea.. huhuhuhu

  6. ade jugak si kucing parsi menyelit2 kat celah2 nasihat tu ye 😆

    pandangan dan nasihat yang bagus kak jie 🙂 org lain termasuk saya pon bole amalkan same 🙂
    .-= mrs azmi´s last blog ..lunch @ noodle station =-.

  7. Salam kak jie…
    Suka cara kak jie bg nasihat. Memang betul pendekatan yang kak jie beri tu. Jangan mudah naik angin dan marah sebab itu akan membuatkan keadaan jadi lebih parah. Ye lah… syaitan mmg makin rajin mengipas supaya api amarah mudah marak. Beristighfar banyak-banyak sbb istighfar itu ibarat air yg mampu memadamkan api…
    .-= suara´s last blog ..Anak… oh anak. =-.

  8. mmg kena minta pandangan org yg lebih berpengalaman mcm kakjie.
    .-= julietchun´s last blog ..Huapp! Huapp! =-.

  9. Zaman IT ni, sms menjadi salah satu sebab rumahtangga porak peranda. Nak cerai pun sekarang ber sms aje.. Dulu2 mak ayah kita tak de masalah macam ni. That’s why we have to put extra effort to make our relationship lasts. Godaan pun makin lama makin banyak….
    .-= Mamamia´s last blog ..Why Not Me?? =-.

  10. Aww…tentang asam garam perkahwinan ya. Hmm….saya belum lagi. 😀
    .-= tekkaus´s last blog ..Lonely No More Akon =-.

  11. penjelasan yang paling munasabah. suka cara akak menjelaskan tentang sesuatu.

    apatah lagi pengalaman yang bakal dihadapi semua orang.

    nantikan kisah dari pengalaman lelaki pula 😉

    • @megat, entri macam ni kena hati2 utk dipublish kan..sebab tu ambil masa yang lama untuk susun ayat.

      sebab kita tak kenal pasti hal sebenar, kita hanya mengulas dari sebaris email.

      sesi bertemu encik megat tajuk dia ye? 😆

  12. Salam Perkenalan dan Salam Persaudaraan. 🙂

  13. Lelaki memang ada unsur ‘kegatalan’ yang sukar difahami oleh kaum wanita. Namun, tidak rumit untuk diselesaikan. InsyaAllah.

    • @Tabib Hj. Norjae Hadi, Masalahnya unsur kegatalan tu tidak dikawal secara baik..yg menyebabkan banyak pihak yang menjadi mangsa

  14. permasalahan kat atas tu memang rumit. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
    .-= zuls´s last blog ..XML to XLS Converter dalam progress =-.

  15. Setuju dengan pandangan Jie. Kita dah berbelas tahun berumahtangga, tentu ada masa tersangkut-sangkut. Walaupun Tie tak pernah punya masalah begini, namun sebagai seorang isteri dapat merasa apa yang Ain lalui.

    Yang paling penting kena pastikan yang suami tu sedar apa yang telah dia lakukan.. Kekadang dia fikir, ianya suatu gurauan,main2 atau suka2… yang pastinya akan membawa padah suatu masa nanti.

    Ain perlu berterus terang, tentang perbuatan suami yang mengguris hatinya. Kena bicara seberapa lembut yang boleh , agar suami tu tahu betapa pentingnya kejujuran dalam rumahtangga.

    Setelah 5 tahun berkahwin, pastinya Ain tahu kegemarannya, sifatnya, dll…. Berkorbanlah sikit untuk mendapatkan kebahagiaan yang berpanjangan. 5 tahun perkahwinan sememangnya peringkat kritikal .

    Tie sendiri diduga dulu, tapi bukan kerana perempuan. Tie banyak beralah, dan cari penyelesaian secepat mungkin. Kaji masalah tu, puncanya… insyaallah… Ain berjaya lakukannya…macam Tie sekarang.

    ~ Jie… nak tumpang glamour jadi Cik Sri Siantan pulak !!
    .-= Tie´s last blog ..Terharu =-.

  16. bagusnya entri ni kak jie..boleh dilot amalkan selepas ni..insyaAllah tahun depanla…

    outoftopic: ape maksud kak jie yg ni “p/s – komen setting openlah…org wordpress akaun google kena ade blog kt blogspot.” kurang paham…
    .-= dilot´s last blog ..Fakta Nombor Dilot =-.

    • @dilot, setting Who Can Comment? > Anyone – includes Anonymous Users

      kalau setting Registered Users – includes OpenID, wordpress yang berdomain dan hosting sendiri mcm kak jie kena guna google akaun yang ada blog kat blogspot je.

      mcm mana erk nk terang…bukan cikgu.!

      • @Kujie, ooo..ok..dah paham dah kak jie…sbb dilot mmg tak tau, yg pengguna wordpress akan mengalami mslh tu…ni yg kena beli domain dan hosting sndri…byk lg yg kena belajar…trimas kak sbb bg tau…

        banyaknya cabaran alam perkahwinan….
        .-= dilot´s last blog ..Fakta Nombor Dilot =-.

        • @dilot, baru nak tegur ha3. sebab selama ini tak tinggalkan komen 😉

        • @dilot, ramai blogger blogspot tak faham yg ni
          blogger wordpress hosting domain sendiri tak dpt nk komen sbb tak ada kaun blogspot

          kena tukar setting