Mengidam Masa Mengandung

Thong Lause ( Cikgu Thong ) cikgu kelas Intan mengidam kurma.  Dia mengandung 6 bulan sekarang.

Hari ini dia tanya Intan  – sekarang dah dekat bulan puasa,  kat mana nak beli kurma.  Intan bagitau , kat rumah ada.  Kurma dari Algeria yang suami  bawa sewaktu balik bercuti baru-baru ni.

Dia minta sikit.  Saya dah sediakan , letak siap² dalam beg sekolah takut Intan terlupa pagi esok.

Ibu mengandung memang sukar dijangka.  

Kata pakar perubatan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon dalam tubuh wanita mengandung yang meningkatkan kepekaan deria bau( deria rasa ) . Agaknya sebab itulah biasanya mengidam membabitkan makanan bukan soal² lain.

Ada tak ibu mengandung mengidam kereta ferrari? atau mengidam beg tangan berjenama atau smartphone terkini di pasaran?

Masa mengandungkan Along, saya mengidam manggis bukan pada musimnya. Puas suami bawa mencari hingga ke Bangi , mengintai pokok orang.  Tak ada sebiji pun.  Bila kandungan 8 bulan, terjumpa manggis.  Tak pula teringin!

Masa mengandungkan Angah saya mengidam strawberry.  Mudah nak dapat, cuma agak mahal.  Beli kat hypermarket Macro tepi Stadium Shah Alam 3 peket RM15.

Tahun 1999 waktu mengandungkan Intan saya mengidam buah asam jawa yang fresh – masih hijau dari pokok.  Masa ni kami tinggal di Bentong.  Puas juga mencari hingga ke Lurah Bilut dan Felda Mempaga.

Rasanya mengidam ibu mengandung saya tidaklah serumit orang lain.  :lol: Jom kongsi pengalaman sendiri  atau pengalaman isteri masing².

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. wife saya pun mengidam buah manggis masa bukan musimnya. memang tak dapat nak cari la 🙂
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Prestasi Alexa Rank terkiniMy Profile

  2. ngidam HTC boleh x kak?? 😉 hehee… saye idam soto nasi himpit.. cr satu mlm kat kl x plak jumpe..bgn pg tgk mak mentua dh siap masakkn.. hee…sayang mak mentua… 😆
    Jom terjah post menarik dari laily ..Entry Malam AhadMy Profile

  3. Kreuger says:

    hahaha… ooo ini citernye.. tak terkomen lagi kat sni pasal citer mengidam eh?
    nak citer takut terpanjang plak. tapi ringkasnya… masa mengandungkan amirul.. mama dia mengidam sotong goreng tepung… ok fine simple.. tapi masa tu kejap macam nak.. kejap tak nak pulak.. biasa la ragam orang mengandung ni kan… tetibe satu hari tu tetiba wife tidur waktu petang.. masa tu hari cuti rasanya…

    “Eh abang… rasa macam teringin la nak makan popcorn celur tepung”
    bhahaha… terkedu kejap.. mane nak carik.. popcorn ade la jual kat supermarket tu.. tapi yang bercelur tepung? kene buat sendiri la.. puas kami bergelak… dia jadi blur blur nak sampaikan hajat di hati dengan apa yang dia pikirkan dengan apa yang dia mimpi…

    sebenarnya dia mimpi makan popcorn… dia mengidam nak makan sotong celur tepung.. combinasi lepas bangun tidur waktu petang… popcorn celur tepung.. hadoi ai.. kalau citer perkara ni.. sampai sekarang kami dok bergelak.

    tapi yang tak tahan tu… masa nak bersalin.. dan dan tu jugak nak makan kfc. saya curik keluar dari wad… kemudian masuk senyap-senyap. hospital ppum tak mesra suami. jadi suami kene balik kalau bukan waktu melawat.. melainkan dah sampai tanda. malam tu dah memang sampai tanda.. seawal subuh.. saya ingatkan perkara biasa.. dah tanya mak abah… abang kakak… semua cakap nak sekeh kepala.. wife dah sampai tanda.

    pastu masa malam.. time tu rasanya dah dekat pukui 10.00pm, wife cakap nak makan KFC.. eh nak bersalin ni.. perut kejap keras cam batu.. kejap kempis… berderuu kejar carik motor pergi KFC. Yang sengalnye… tak tau pulak area ppum tu ade jer KFC dekat Jaya One. Masa tu jaya one masih dalam pembinaan… KFC tu sebelum jaya one. hahaha.. saya bantai balik setiawangsa… sebab otak cuma focus kat sni jer.. rempit jer malam tu. senang skit nak celok.

    alhamdulillah.. kui 11.20.. sneak masuk dalam PPUM buat muke cam tak bersalah.. makan KFC dengan wife… sempat jugak malam tu.. lepas makan tu… dalam 12.30am cam tu.. dah start tanda kelahiran dah… kiranya amirul sempat la makan KFC sebelum dia lahir. haha..

    amirul… amirul… dah nak dekat setahun dah rupanya cerita ni…
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Security Patch Vol #5 – Cegah dulu baru carik penawar.My Profile

  4. cakap pasal mengidam ni teringat pengalaman org rumah mengandung anak kami.

    masa tu sy dekat kl, dia dekat melaka dan bila hujung minggu sy balik melaka..jadi isteri sy request nak makan mangga muda, dengan jalannya kat melaka saya tak berapa nak pandai sbb kalau berjalan pun isteri yang tunjuk arah…

    masa tu dia pula tak nak ikut, dia suruh sy gi beli sorang…jenuh saya pusing, semua hypermarket cari tak dapat, habis kawan2 yg ada kat melaka sy call tanya kedai orang jual buah..

    campur sesat lagi, dengan 5,6 gerai buah tp tak dapat jumpa juga, pastu dah jumpa yg dah kuning skit, telefon org rumah…dia cakap tak nak….nak yg mangga hijau juga…

    last sekali jumpa juga satu gerai tu, dekat area bandar hilir kalau tak silap, sy beli sekilo terus….walaupun dia ckp nak sebiji je

    memang sampai skrg kalau sy lalu depan gerai tu mesti teringat balik…dan cerita kat org rumah, ni ha kedai buah yg sy beli mangga muda awk nak tu.
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Wordless Wednesday #3 – Menulis dekat mata dengan pensilMy Profile

  5. Dulu masa mengandung anak pertama saya mengidam kuih kochung…besanya kuih ni kaum Cina yang selalu buat…tapi sekarang ramai dah kaum Melayu dah jual kuih ni.. 😀
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..SPM this year!!!! Check out #TutorTVSPM community who shares the same jitters as youMy Profile

  6. mak masa mengandungkan saya takde mengidam pun cuma time adik-adik je dia mengidam. cuma tuh je la dia mengidam nak mangga muda kat rumah orang tuh jugak walhal rumah sendiri ada tapi dia tak bagi. huhu. pengalaman sendiri belum ada, suka dengar pengalaman orang lain je. 🙂
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Sinar Yang HilangMy Profile

  7. kak jie tak de laki dok dekat, jadi kena control bab nk mengada2 tu..hahaha 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Lama Kemam, Muntah JugaMy Profile

  8. wah….ayat last ayam kunyit
    tetiba kak jie pula yg teringin….tapi kalau ayam kampung lagi bestkan…..kunyit idup…tumbuk

    minyak bekas goreng pun bau harum…erk….imagine lelebih le pula
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Lama Kemam, Muntah JugaMy Profile

  9. ehe…. jangan percaya…gurau senda utk erat hubungan dgn adik beradik tak pe lah… 😆

    bukan sebab tu…. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Lama Kemam, Muntah JugaMy Profile

  10. Memang mengidam membabitkan makanan, tetiba teringin yg memuncak nak makan itu ini… kalau senang dapat, legalah suami…kalau kena meraban malam2 buta…..kesian gak kat dia 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Lama Kemam, Muntah JugaMy Profile

  11. Sebenarnya puas kak jie recall memori nak ingatkan nama macro tu..lama dah, tahun 1994 masa tu. Nak membeli belah kena jagi membership , kena bayar RM25 sampai jadi isu kerajaan….hihihi

    antara perintis hypermarket di Malaysia 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Lama Kemam, Muntah JugaMy Profile

  12. senang le macam tu – sama je tiap hari
    yang kalut kalau dia minta sesuatu lain dari kebiasaan…tengah malam2 buta pula tu..hihi

    buat sejug, simpan dlm peti ais. tiap mlm minum segelas..hehe
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Lama Kemam, Muntah JugaMy Profile

  13. Pernah juga dengar macam tu..tapi tak pernah alami sendiri atau orang3 terdekat yang alami…
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Lama Kemam, Muntah JugaMy Profile

  14. hehe.. mungkin jugak.. air liur meleleh tu si ibu agaknya sebab tak dapat apa yang diidamkan.. :mrgreen: 😆

  15. hehehe….. memang macam ni selalunya
    dia punya rasa ‘nak’ datang tiba² dan boleh hilang secara tiba-tiba juga…ramai perempuan alami keadaan mcm ni bila mengandung…sabaq nooo 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Lama Kemam, Muntah JugaMy Profile

  16. Tak pernah rasa ni…nak kena cari
    tapi entah bila nak mengidam lagi..kehkeh 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Lama Kemam, Muntah JugaMy Profile

  17. ingat kakjie yang mengidam.
    aummm hahaha
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Bagaimana menulis TIP BLOGGING TERBAIK?My Profile

  18. bagus gaks kujie wujudkan topik neh. leh pertajamkan ingatan..eheheh.. dulu masa pregnantkan Imran, seminggu 2-3 kali gaks rasa nk mkn candies india tuh. yg laddu lah apa bagai tuh. nasib baik masa tuh dok Klang so senanglaa nak g cari kat Little India (jln tg kelana, klang). masa tuh ada 1 rest. india yg mmg import manisan depa dr india. mmg sedap gila, tp rega lebey siket so amek yg agak murah dr yg lain. klaka bila ingat yg hubby takot baby yg kuar lain siket warna kulitnya. paham kan? tp, dah kuar tuh ok ajer, mcm minum air soya ajer…ehehehh.. preg yg kedua neh, x derler ngidam yg spesifik sgt, just now asik rasa nk mkn nasik mlm2 ngan ayam goreng kunyit ajer…..
    Jom terjah post menarik dari akuzle ayu ..wAUUUUUUUUUUUU!!!My Profile

  19. memang kelakar..akak mamat masa mengadung..macam2 dia minta..
    terpaksa la abg ipar mamat cari kn..he3
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Jom Review Alexa Cara Mudah Untuk Tingkatkan Alexa RankingMy Profile

  20. terbaik la…kongsi dkat sini,,,seronok membaca,,,he3
    tu pengorbanan suami untuk isteri 😀
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Jom Review Alexa Cara Mudah Untuk Tingkatkan Alexa RankingMy Profile

  21. mak saya ckp dlu ketika mengandungkan saya dia mengidam telur burung puyuh. akibatnya selepas saja melahirkan, tumbuh tompok2 hitam di muka mak yg kekal sehingga ke hari ini (20 tahun!). jd sy dipersalahkan oleh abg2 sbb buat muka mak jd buruk (dlm nada gurauan :D) hehe.

    tp betul ke telur puyuh effect smpai mcm tu ek?
    Jom terjah post menarik dari azi ..because insecurity kills.My Profile

  22. mamat rasa kebetulan 😀
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Jom Review Alexa Cara Mudah Untuk Tingkatkan Alexa RankingMy Profile

  23. so far wife saya time mengandung dulu xdela idam pelik2. smo psl mknn je. sebaik la smonya mknn kt area kangar gk. plg jauh pn alorstar. huhu
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Terbangkan Pereka Ini Ke Malaysia Jika Anda Seorang Jutawan Bujang KelanaMy Profile

  24. kak jie cerita pasal Macro…kat situ tempat family beli barang sebelum ada Giants kat depan dia tu…sekarang dah jadi Tesco Extra…humm
    Jom terjah post menarik dari azura ..MerpatiMy Profile

  25. Isteri saya dari bulan 3 hingga nak bersalin tiap2 malam memang nak kena teh ais. satu sedut pun jadi la..
    Jom terjah post menarik dari gobblogz ..Mug Yang Terjojol Keluar (15 Gambar)My Profile

  26. Fahmi Raazali says:

    hehe… mengidam minta benda yg tak pelik2 ok la… pernah baca si isteri mengidam nak makan sabuh dan lain2 benda pelik…

    tak tau la cerita tu betul atau tak… 😀
    Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..Belajar Buat Child Theme WordPressMy Profile

  27. kebetulan 99% akan terjadi.rasanya la 99%…
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Bayangkan Kalau Trafik 4.2 Juta…My Profile

  28. aduh…bila ingat balik pengalaman isteri saya yang mengidam,kelakar rasanya…

    ada ke dia mintak durian kat johor bahru.sedangkan kat segamat ada jual.melambak lagi.sampai ke JB saya mencari durian.malam sebelum tu dia dah mula mintak dengan saya.saya ingat dia main2 je.esok paginya lepas subuh,saya dengar orang menangis.rupanya isteri saya.saya tanya dia kenapa menangis.dia kata nak durian dari JB jugak.aduh…jauh tu kat JB.

    pagi tu jugak saya dengan kawan pegi JB.beli la durian yang mahal sebab takde yang murah kat sana.kalau kat segamat rm5 sekilo.kat JB saya beli rm18!redha je la…

    sampai je rumah,dia makan seulas je.lepas tu taknak dah.dah saya sorang yang bedal durian tu.huhu…

    apapun pengalaman yang menyoronokkan jugak.kelakar bila ingat balik :p
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Astro: Lawak Minggu Ini. Perlukah Kita Boikot?My Profile

  29. Salam,

    Masa wife mengidam dulu dia nak abc,masa tu jam dah 1pagi,pergilah cari sampai kg baru.Bila balik rumah jam dah 2 pagi,dia dah tidur,saya gerak dia,pastu dia kata abg letak lah dalam peti ais,saya ngantuk ah…huhuhu sabar jerlah…abc tu seminggu dah keras macam ais langsung tak di usik..:)

  30. 2-2 anak.. saya mengidam ambuyat. makanan tradisional masyarakat brunei/kedayan d sabah.

    tapi saya memang suka makan masa mengandung. saya tak peduli dah apa-apa 😛
    Jom terjah post menarik dari Effa ..Fara Back From SchoolMy Profile

  31. saifulhamdan says:

    ada org cakap klau org yg mengidam tp tak dpt apa yg diidamkan tu,nanti bila anak lahir air liurnya meleleh je.Suratan atau kebetulan.

  32. Er nak baca pengalaman orang je.. pengalaman takde lagi
    Jom terjah post menarik dari zool ..Cabaran meniaga kraftanganMy Profile

Trackbacks

  1. […] perubahan hormon dalam tubuh wanita mengandung yang meningkatkan kepekaan deria bau( deria rasa ) Kata pakar perubatan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon dalam tubuh wanita mengandung yang…Kata pakar perubatan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon dalam tubuh wanita mengandung yang […]