hulu terengganu hydroelectric project

Seperti Tasik Kenyir, Begitu Jugalah Panjangnya Sejarah Kami

 

Bersiaran dari pinggiran Tasik Kenyir …. Subhanallah! Kagum dan terpesona dengan keindahan ciptaanNya.

Sebenarnya saya bukan datang bercuti berfoye-foye makan angin atas rumah bot atau memancing ikan naga. Saya datang untuk membentuk kembali keluarga yang terpisah ‘sorang ke hulu sorang ke hilir sorang ke timur sorang ke barat’.

Bidang tugas dan kerja suami bukan di pejabat. Kerjanya sering berada di luar daerah. 5 tahun pertama perkahwinan, saya dan anak-anak akan berpindah mengikut di mana saja suami berkerja. Paling lama kami tinggal disesuatu tempat lebih 3 tahun, paling singkat cuma 6 bulan. Anak-anak berpindah banyak sekolah dan tiada kawan karib.

Sampai satu ketika, dah penat nak berpindah ranah. Terjumpa tempat yang sesuai untuk menetap dan membesarkan anak-anak. Tahun 2001 kami tinggal menetap di Serendah, dan suami yang keluar daerah sendirian.

3 tahun di Algeria adalah tempoh yang terasa amat panjang yang pernah saya lalui. Syukur kerana telah berjaya lalui dengan sebaiknya.

hulu terengganu hydroelectric projectTempat kerja sekarang….

Sekembali ke Malaysia awal 2012, bukan bermakna kami dapat tinggal sebumbung. Genap cuti sebulan, suami kembali ke luar daerah biar pun tidaklah sejauh beribu-ribu kilometer seperti sebelum ini.

Dulu yearly husband, sekarang menjadi monthly husband .. 🙂

Sekarang, setelah menempuh 21 tahun perkahwinan , anak-anak sudah remaja dan belajar di IPT ( kecuali Cik Intan payung payung ) saya kembali meluangkan masa untuk diri sendiri.

Setelah lebih 3 tahun tidak berpeluang untuk menghantar suami pergi kerja tiap pagi, hari ini dapatlah salam, cium dan melambai+lambai di depan pintu rumah.

Berbaloi untuk memandu sendirian hampir 510 kilometer biarpun hanya akan tinggal disini untuk 2 minggu sahaja.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Seperti Tasik Kenyir, Begitu Jugalah Panjangnya Sejarah Kami”

  1. salam..sy pon dulu mcm akak selalu ikut suami keje pindah randah. 1 malaysia dh penah tinggal n last skali d labuan. tp…sy kini dh jd ibu tunggal akibat pindh2 akhirnye dia btemu wanita lain..sy tk dihrgai mgikut dia k sn sni…huhuhu..syabas akak bjye tk mcm sy..tahniah

  2. Mesti seronok menanti kepulangan suami setiap hari… Ada perasaan berdebar-debar masa suami baru sampai rumah ? ehehehehe 😉
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..PANTUNMy Profile

  3. kagum dengan semangat kak jie sekeluarga..walau terpisah merata hala tapi tetap sehati sejiwa..

    selain dari kepercayaan, apa lagi resipi rahsia yang kak jie amalkan ?
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Kenapa menunggu tua ?My Profile

    1. hidup dgn simple jgn remehkan hal kecil. jaga harta suami masa dia tak de terutamanya emak mertua . mak mertua adalah harta suami yg sgt2 kena jaga. keredhaan dan doa seorg mak jln keberkatan dr Allah

  4. teringin nak borak2 lama dgn akak dgr pengalaman n citer akak.. utk panduan org yg baru 6 thn kawin nie n kdg kala kurang sabar mengemudi rumahtangga.. mmm

    1. Ila, tiap org ada jln hidup masing2
      petua atau tips tu cuma manual , pandai2 sesuaikan dgn kehendak dn kehidupan kita.

      tip mudah… terima dia full package baik dan buruk

    1. kak jie ikut Kuantan singgah rumah mak sedara dulu.
      mmglah biasa uruskansendiri….memandu jauh2 tu dah biasa

      p/s – lama tak nampak, bz study ke?

Comments are closed.