Sisa mimpi dari masa lalu

Petang semalam mak mertua telefon. Jadual penerbangan haji dicepatkan dari 17hb kepada tarikh baru 14hb. Ikut perancangan 14hb itu sepatutnya kami adik beradik berkumpul di rumah abang yang sulong dengan sedikit kenduri doa selamat. Sekarang semua rancangan terpaksa dirombak semula.

Ini adalah kesempatan ke-3 emak mertua saya mengerjakan Rukun Islam ke-5 . Kali pertama tahun 1974 ( pelayaran haji terakhir dengan kapal laut ‘ Malaysia Raya’ yang kemudiannya terbakar.) , tahun 1998 bersama arwah bapa dan tahun ini bersama anak lelaki sulungnya suami isteri .

Pada tahun 1998, saya sedang awal mengandung, baru sebulan lebih. Memandangkan saya telah mempunyai 2 anak lelaki, saya berpesan supaya emak mendoakan saya melahirkan anak perempuan pula.

Emak selamat saja menaiki kapalterbang, saya keguguran.  Waktu itu saya masih di kampung dengan embah ( emak kepada bapa mertua ). Dua bulan selepas itu saya mengandung lagi dan Ogos  1999 saya lahirkan seorang anak perempuan  .

Ramai orang ada sejarah tentang asal nama waktu dilahirkan. Safura adalah nama kedua Intan mengambil sempena nama embah suami iaitu moyang Intan.

info tambahan :
Sebuah lagi kapal laut yang dinamakan “Malaysia Raya” telah terbakar pada bulan Ogos, 1976. Jemaah-jemaah Haji yang telah dijadualkan bertolak dengan kapal “Malaysia Raya” telah berlepas dengan kapal “Eastern Queen” (Ratu Timur) . Sejak 1977 kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah haji Malaysia menaiki kapal terbang.

” Jie balik ye , esok… ”

Tanpa tunggu persetujuan suami, saya jawap ya. Pagi ini baru dapat lesen.

annsetif 394x250 Sisa mimpi dari masa lalu

- gambar awek skrin kecil tu kena blurkan lah :lol:.. !

- macam entri muda mudi myspace pula, letak gambar dan cerita my loving hubby, my suwetheart , my busyuk cayang .. apa lagi ye bahasa geli geleman tu…owhh…bee

- direct to the point, nak bagitahu saya balik kampung, itu saja.  Jumpa hari Isnin.

Post Lain Yang Berkaitan

44 Responses to “Sisa mimpi dari masa lalu”

  1. ish jelesnya tengok dia berwebcam2 ngan hubby.. haha, tau tak banyak post kakjie yang buat kita rasa nak kahwen cepat.. haha! :mrgreen:
    samanosuke_04´s last blog ..Aku masih sayang ManUtd My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @samanosuke_04, rasanyaaaaaaaaaaa ini bukan statement pertama! berpulu kali dah cakap nak kawen :lol:

    [Balas]

  2. Kak Long says:

    Semoga selamat pergi dan balik kampung.

    Seronok juga baca pasal ‘Cinta antara benua’ .
    Cinta jarak jauh memang mengujakan.

    Alahai,
    Kak Long pun nak tengok gak gambar awek cun pukul 4 pagi tu…
    Kak Long´s last blog ..Dairi hati seorang guru My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @Kak Long, alhamdulillah kak long..dah balik malam tadi
    agak penat sebab tak sempat nak rehat…kemas2 lepas kenduri terus balik
    dari pagi kat dapur masak itu ini…..tetamu datang…. tetamu bali….kemas, cuci itu ini.. tak rehat terus balik.

    tapi gembira :lol: semuanya selamat.

    Jumaat nanti jumpa mak lagi sebelum dia bertolak pagi Sabtu.

    p/s – tu awek seksi kul 4 pagi, mana boleh tengok :lol:

    [Balas]

  3. milsum says:

    hehe cayalah kakjie…
    lain kali kakjie leh wat entri bertajuk : Tips untuk kekal romantik!
    hehehe..

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @milsum, tak pandai nak buat entri direct , tulis tip2 satu hingga 10
    selalu tiap entri kak jie mmg ada tips2 ringkas…

    kena ikuti blog tiap hari le..hehehe :mrgreen:

    [Balas]

  4. seronoknya balik kampung..
    dah lame pulak saya tak balik johor..
    dan insyaAllah, bulan 12 ni balik sebab sepupu kahwin..
    kak jie bebaik jalan ye..
    msanissyahirah´s last blog ..Anda mahu isteri yang bagaimanakah?? My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @msanissyahirah, terimakasih
    memandu 2jam setengah bukan sesuatu yang pelik
    kalau dengan suami pun, saya yang memandu.. :grin:

    [Balas]

  5. Azfarul says:

    sweet jer haha~

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @Azfarul, tapi dah lewat usia mcm kami tak boleh sweet sgt…nnt kena kencing manis :lol:

    [Balas]

  6. Salam,ibubapa sya tak layak gi haji tahun ni. :(
    Terima kasih ya atas perkongsian Puan tentang haji ni. :smile:
    Ummu Masyitah´s last blog ..Alahai…..Abahku sayang My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @Ummu Masyitah, rezeki mak mertua saya murah betul – sebab dlm tempoh 10 tahun dapat panggilan kali ke 2

    [Balas]

  7. dilot says:

    mak abah dilot pun pergi tahun 1998..tp mase tu baru tingkatan 2..awek myspace tu glamer la kak jie..
    dilot´s last blog ..4 perkara penting sebelum sambung belajar My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @dilot, sbb tu ada orang dengki…dia org conteng muka awek tu… :lol:

    [Balas]

  8. aidilx says:

    makin lama semakin sayang.. mudah2an kekal utuh kebahagiaan bersama suami tersayang. :mrgreen:
    aidilx´s last blog ..Minda Kelas Pertama My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @aidilx, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan… :grin:

    [Balas]

  9. arin says:

    zaman skrg jejauh pon cam dekat..cuma takleh sentuh/pegang je..cool tengok orang2 ala-ala veteran berjarak jauh berskype, berYM bagai..
    take care kak jie..

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @arin, sentuh skrin ..tapi berskype ni mudah..berejam2 boleh sembang..segalanya boleh cakap..

    pagi2 anak2 sebelum pergi sekolah memang bersarapan depan pc sambil sembang dengan abah dia

    [Balas]

  10. cheryna says:

    aduiissshhhh…tolonglah kak jie. cerita muda mudi tuh membuatkan idup sha kelam kabut! cukup2lah rasa geli dalam diri nieh….

    * tapi, kalau kak jie buat jugak…sha paham sebab dah kawen!

    thanks utk info haji tu yeee…
    cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: hot hoben pisang goreng! My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @cheryna, selalu baca blog muda mudi yg posing gambar dan cerita pakwe2 …kehkeh..seram sejuk baca tu..papi mami…. :lol:

    [Balas]

  11. izzah says:

    sweet couple betul la akak ngn hubby…mmg mcm muda mudi..mcm nie lah baru boleh jadik contoh..hehehhe..
    cik abg akak tu senyum sakan dapat cakap dengan shayang dia yer…

    untuk mak mertua akak..semoga perjalanan dia di permudahkan…selamat menuanikan ibadah haji..

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @izzah, kami biasa bersembang..hari2 sembang..dah jauh2 ni pun sembang berejam2 juga hari2…bukan apa..temankan dia kat sana

    terimakasih

    [Balas]

  12. Hmm. .. semua nak tgk gambo kecik awek myspace tu.. ngeheheeee… Tima kasih sebab bagi info tentnag kapal haji yang terbakar.. (dan yang terakhir)..

    Semoga semua jemaah selamt pergi dan pulang serta memperolehi haji mabrur.. amin
    samdaddycool´s last blog ..Serangan Jantung dan Minum Air Suam My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @samdaddycool, kenangan zaman hantar jemaah haji waktu naik kapal laut lain sgt…maklumlah…3 bulan .

    [Balas]

    samdaddycool (@samdaddycool ) Reply:

    @Kujie, Tak sempat merasai suasana hantar jemaah era naik kapal ni.. sebab saya lahir tahun 76…
    samdaddycool´s last blog ..Ebook sampah dan duit haram…. My ComLuv Profile

    [Balas]

  13. tekkaus says:

    Warr…nampaknya kak rindu sangat ye. Rindu sampai sendiri pun dah jadi muda. :D
    tekkaus´s last blog ..USB Finger Dance Mat! My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @tekkaus, kadang2 gelak sendiri2…macam orang muda berYm berskype :lol:

    [Balas]

  14. maza says:

    nak bagi tahu gak! tengah tergolek terlantang.. tak tahu nak buat projek apa dihujung minggu ini!

    hmmm?

    ikut balik boleh?
    ;-) ;-) ;-)
    maza´s last blog ..TTS Zaman Filem Azura (1984) @ Shah Alam My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @maza, tak menunggang ke?

    hujan…jalan licin..kehkeh :lol:

    [Balas]

  15. megat says:

    aisyeh diblurkan pulak gambar gadis comel tu (ha3). pasti lebih bucuk-bucuk sayang dari muda mudi (he3).

    selamat pergi dan pulang kak ;)

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @megat, he he he….. tu face to face antara suami isteri je..kehkeh :lol:

    [Balas]

  16. kruel74 says:

    Best kan? Dapat berindu-rinduan semula…. Kekadang nak gak camtu ;-)
    kruel74´s last blog ..Business partners need to talk to each other My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @kruel74, boleh usik2 ye..hehe
    susah nk gambarkan mcm mana…kena alami sendiri baru tau

    [Balas]

  17. Hafizd says:

    hihi..nice..slamat balik kg~
    Hafizd´s last blog ..CUCI the Musical~ My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @Hafizd, dah selamat, alhamdulillah

    [Balas]

  18. mrs azmi says:

    saye pon nak balik kg! jupe kat sabak bernam! :mrgreen: :mrgreen:
    mrs azmi´s last blog ..dosa jual beli hari jumaat My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @mrs azmi, huhu..semlm kak jie sms ingat ke blm sampai sg. besar
    sbb tu le bgtau.

    sibuk sgt , nk wat kenduri, tak sempat nk reply sms :mrgreen:

    [Balas]

    mrs azmi Reply:

    @Kujie, takpo aih.. sy pon tak pasan smsm kak jie sebab saya yang drive. hujan lebat dah sampai kg baru perasan sms.
    tak sempat nak menyinggah kat maha tu pon. balik dah petang :lol:
    mrs azmi´s last blog ..dosa jual beli hari jumaat My ComLuv Profile

    [Balas]

  19. denaihati says:

    4 tahun lepas emak dan abah saya pergi Haji. Ketika itu saya sedang kesusahan ekonomi yang amat sangat sehingga terpaksa pinjam duit daripada emak tanpa pengetahuan isteri. beberapa bulan selapas emak dan abah saya kembali daripada Haji saya dilimpahkan rezeki yang diluar jangkaan pemikiran. Apalah agaknya yang emak dan abah saya doakan??? Allah Maha berkuasa dan boleh memberi apa sahaja diluar pemkiran kita kerana itu yakin ni Alllah jangan sesekali meyakin ni bantuan daripada manusia.
    denaihati´s last blog ..Syukur Dapat Wang Ehsan My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @denaihati, Alhamdulillah…. kena yakin betul-betul yakin..tak boleh goyang walau sedikit pun bahawa rezeki itu rahmat dari Allah

    [Balas]

  20. haritz says:

    comot sungguh awek gambar kecik tu yer hehehe :mrgreen:
    haritz´s last blog ..AlFarabi Band – Ngetop Di Facebook My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @haritz, hehehe..taik mata ..selekeh sungguh :lol:

    [Balas]

  21. x-po says:

    hehe nape blurkan pic awek tu?? nk tgk gak…hehehe

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @x-po, ha ha..tak boleh, tak cukup standart gambar awek myspace, gambar kul 4 pagi belum pakai contact lense :lol:

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled