Sometimes Love Just Ain’t Enough

Saya rindu dia………sungguh!

Bukan sebab nak dera cuci kipas siling lagi.  Kalau dia tak ada saya boleh cuci sendiri, kalau dia ada saja² bergedik manja  tangan lembek, nanti kasar tak boleh buat kerja.

Kami bertentang mata hampir setiap hari. Meja komputer saya memang di dapur ( sebab itulah saya ini blogger ceruk dapur ) .  On video camera dan dia melihat seluruh pergerakan kami anak beranak di dapur waktu berbuka.  Saya rindu seperti tahun² terdahulu, kami suami isteri anak beranak berbuka setiap hari di masjid.

Gambar atas tu  ‘work station’ saya –  jalani hidup seorang blogger juga seorang surirumah di dapur.

Dalam minggu ini, sangat lesu langsung tak bersemangat tanpa sebab.  Tiada masalah berat, tiada gangguan perasaan tetapi jiwa kosong.

sayang rindu ye?” pertayaan semalam yang tidak perlukan jawapan

” kalau rindu.. pakailah kain pelikat abang” ha ha ha…. macam tau tau je!

©kujie – tough times test us our attitude

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Sometimes Love Just Ain’t Enough”

  1. kain…pelikat la,,la…la…la teringat lagi anuar zain zaman kecik2 dulu…sabar kak jie tak lari gunung di kejar.

  2. Berat mata membaca, berat lagi bahu penulisnya, semoga kak jie tabah menghadapi segalanya, nasib baik gak sekarang dah boleh ber video cam, kalau masih zaman kena hantar surat-menyurat, tentu lebih perit.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Ini adalah kata laluankuMy Profile

  3. Salam Ramadhan Kujie
    kain pelikat? teringat arwah nenek saya, bersama dgn arwah Tok selama 67 thn, bila Tok meninggal dunia, nenek sentiasa tak lekang dgn kain pelikat arwah atok..macam2 pesyen dia buat..hee..
    begitu juga anak istimewa saya, bila ayahnya outstation, asyik mengepit suar pendek ayah..huhuu zaman skang tidor tak pakai kain sarung..hee..hee

  4. Hari² 7.15 ptg ( di sana 12.15 tghari ) dan waktu habis bersahur 5.20 pagi dia baru balik terawih…. on video camerea ..bercakaplah sepuas2nya

  5. Alaahai…. kesiannya. Saling merindu, ekekeke….

    Jie, tak dapat bayangkan Jie berselubong dengan kain pelikat abang tu.. Mesti Intan yang jeles !!! :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Tie ..Pokok Serai KayuMy Profile

  6. mesti kain pelikat tu belum dibasuh lagi kan, huhuhu dulu pun saya tinggalkan baju yg tak berbasuh untuk wife sebab nak tinggal dia 3 bulan

    em kakjie tabahkan hati, mesti sukar melaluinya, but apa yg saya tahu dan kagum (seorang perempuan/ibu) sangat tabah menghadapi dugaan begini
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Kisah hidup blogger yang terdesakMy Profile

Comments are closed.