Gembeng si kucing parsi

By Kujie, 09/10/2009 7:45 am

” g mana? tak update blog”

Tak update sehari je nak sms! :roll:

Tak ke mana-mana. Ada tapi jadual harian terlalu sendat.

Isnin – Jumaat = kelas 9-11 pagi ( tafsir, tadarus, tassauf, fardu ain , bahasa arab/hafiah )
Selasa – Khamis = kelas mengaji al-quran petang

Saya tak malu untuk mengakui dah umur² gini baru nak belajar itu ini.  Masih lagi belajar mengaji Al-Quran.  Masih lagi tak pandai² ulang-ulang bab makhraj , gigi gunting, hujung lidah,  kerongkong , rongga mulut dsbnya.  Malah masih lagi membelek buku hijau Tajwid Al-Quran Rasm “uthmani tu sampai lusuh.

Antara waktu² tersebut saya perlu masak untuk anak². Pergi hantar nasi untuk Intan, ambil dia di kelas tusyen.

Perlu luangkan lebih perhatian untuk Angah yang sedang menghadapi PMR. Saya tak bagi dia study gila-gila pun, cuma bersantai tengok Channel 555 (The History ) . Dia suka rancangan tv berbentuk dokumentari seperti itu.

Semalam walau dah petang, penat dan berpuasa gagahkan diri ke asrama Along bila dia perlukan baju melayu baru untuk majlis hari raya di sekolah sabtu nanti. Lagi pun dia tak berapa sihat sepanjang minggu ini.  Dia perlukan duit untuk bayar jamuan raya kelas, jamuan raya pengawas dll.  Kali terakhir saya jumpa dia minggu lepas, saya tak bagi duit sebab ada lagi.

Mula-mula dia telefon, berat juga nak pergi tapi hati ibu mana boleh tenang. Setengah jam saya dah berubah fikiran, bersiap dan memandu 1 jam 30 minit ke Sepang.

Dulu kalau ada kes2 kecemasan seperti ini encik suami yang uruskan.

Tengok diri sendiri, owh… kuku kaki dah panjang, patut tak selesa. Sepanjang 18 tahun berkahwin, kuku kaki saya di potong oleh encik suami. Terpaksalah potong sendiri. Kata Intan, kalau mama tunggu abah balik, kuku mama dah panjang sampai ke KL…. lebih²lah pula !

Balik dari Sepang dah malam.  Berbuka puasa di R&R Sg. Buloh.   Niat hati nak tidur awallah konon²nya.  Boleh bangun sahur awal berchatting dengan orang jauh. ( kita 4 am, dia 10 pm ). Gigih betul bangun sahur sebab ada orang tunggu di sebalik skrin komputer.
kucing comel
Golek kiri golek kanan, susah betul untuk tidur. BIla penat, kaki tangan rasa sengal² dan kejang. Dilurus tak kena, dibengkong tak selesa. Saya panggil Angah, cepat² Intan menjerit

” dah tau dah……….dah tau dah……..”

Lawaklah budak² ni. Mama dia pun nak diusik.

Intan dah faham tabiat saya yang gedik mengada² ni. :lol: Kalau susah nak lena, kena usap kat belakang badan. Macam kucing parsi .. ha ha ha :lol:

Dulu encik suami yang jadi mangsa. Entah…. rasa macam segala penat, lelah, runsing, segala berserabut mengalir keluar melalui tangan yang menyentuh. Tak perlu lama, tak sampai 5 minit saya boleh lena dengan tenang.

Tabiat ini saya warisi waktu mengandungkan Intan.  Bukan salah ibu  mengandung tau.

Semalam mak mertua telefon, kakak ipar , adik saya dan mak saya sendiri.  Saja bertanya khabar dan berita.

Dengan kakak ipar saya cakap, tak perlulah risau…saya ok..boleh uruskan. Dia cakap ” mestilah kakak risau, adik kakak “

Berjurai airmata saya mendengar ayat walau  seringkas itu . Hati luluh menusuk  hingga ke lantai qalbu.

Si kucing parsi kuyup kebasahan…ha ha ha gembeng!

p/s- kucing pasri masuk dlm kategari exotik tu…

p/s – eh…. Malaysia kena ganyang ke hari ni? Korang dah ready ke….kehkehkeh…macam lawak antarabangsa.

p/s – gelak sampai keluar airmata nengok blog ini ditranslate oleh Encik Google > klik utk merasainya horey

Random Posts

50 Responses to “Gembeng si kucing parsi”

  1. haziq says:

    kelas tahfis ke???kesiannye x leh tido kene wat macam kucing…haha
    haziq´s last blog ..to know me??? My ComLuv Profile

  2. yonna says:

    lawak nya google translate tuu HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA!! :lol: :mrgreen:
    yonna´s last blog ..Y550 : Jamuan Raya BPMKPT 2009 My ComLuv Profile

  3. Adila says:

    ekekekek ingatkan ada bela kucing parsi ke :lol:
    comel je nak kena belai hehe

    mak saya slalu suruh urut blakang dia time sblm tido
    last2 saya gosok2kan aje psl sy mmg tak terer bab2 mengurut ni haha
    sy urut sekuat hati mak boleh kata.. tak rasa apa2 pun~ heheh :lol:
    Adila´s last blog ..YOU!!!! *censored* My ComLuv Profile

  4. ChekguBH says:

    alaa….sekali nk bermanje dgn anak sendiri ape slhnye??
    bukan selalu kan kak?
    selalu dorg yg bermanje ngn akak…

    lepas ni boleh mengade2 malas masak kak, tgk camne..hehe
    ChekguBH´s last blog ..Three-Layer Milk Tea & A Cheese Naan Tandoori… My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @ChekguBH, itulah cikgu
      sejak abah dia org jauh, hari2 Along telepon rumah
      hari ni dgn gembiranya dia bagitau
      Add Math dpt A :lol:

      ooo..bab masak…..dia org yg jarang makan

  5. kuina says:

    aku dah sempurnakan posa
    yang wajib dan yang sunat
    nanti time orang ganti aku leh mengoda..
    kuina´s last blog ..Saya Budak Baru Belajar My ComLuv Profile

  6. maza says:

    Channel 555 my favorite too.. hehhee

    Although sometimes deficiency and discrepancy took place in conveying information, but it was still giving us an info and refresh our knowledge… rite!

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    maza´s last blog ..Ramadhan: Geruh Di Tempat Kerja # 2 My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @maza, mmg susah nk tgok budak 15 thn nk ngadap tv nengok ch 555 tu….dia minat, kita temankan je lah :lol:

  7. Kak Long says:

    Jauh di mata, dekat di hati…
    Nasib baik ada anak2 ganti tempat bermanja, kalau tak mesti asyik menung mengenang orang jauh.
    Semoga tabah dan berjaya melepasi cabaran bila yang tersayang jauh di mata.
    Kak Long´s last blog ..Api yang membakar My ComLuv Profile

  8. zool says:

    Tabahkan hati ye kak jie..
    zool´s last blog ..MyKad disalahguna My ComLuv Profile

  9. Mak Su says:

    menariknya Kujie ni :smile:

    [tak tahu nak komen apa, kelu lidah]
    Mak Su´s last blog ..Emptiness My ComLuv Profile

  10. Tie says:

    Sebut pasal kuku tu, biasanya anak Tie yang tolong potongkan. Dia juga pandai urut. Malas nak suruh cik abang tu. Kang dia mintak upah lebih, uwaaaa……….
    Tie´s last blog ..Hampir ke situ My ComLuv Profile

  11. Abang Long says:

    Salam Syawal wahai kujie.

    Ada juga yang tak suka bela Kucing Parsi. Mereka kata garang

  12. rumah kuning says:

    Bestnye n3 ni.
    Dan sememangnya n3 k jie sentiasa best.
    Syok baca. terima kasih
    rumah kuning´s last blog ..Makin mengancam My ComLuv Profile

  13. Bb Hussain says:

    Alahai comelnya kemanjaan kucing parsi ni… :lol:
    Bb Hussain´s last blog ..Keranji My ComLuv Profile

  14. cheryna says:

    Tengok diri sendiri, owh… kuku kaki dah panjang, patut tak selesa. Sepanjang 18 tahun berkahwin, kuku kaki saya di potong oleh encik suami.

    —> sangat suka nieh!:)

    hmmm..benda2 simple mmg boleh buat kita nangis. hari nieh sha seharian mendengar budak 6 tahun nangis. trus masuk twitter :)

    selamat hari jumaat, berdoalah tuhan melindungi kita
    (boring dah asal indon…tp nak wat camne)
    cheryna´s last blog ..sha: when karev cries My ComLuv Profile

  15. kruel74 says:

    Kucing saya memang suka pusing2 kalau gedik… :mrgreen:
    kruel74´s last blog ..Eid Mubarak Tweetup My ComLuv Profile

  16. mrs azmi says:

    aly mesti suke klu dapat jupe kucing parsi heheh :mrgreen:

    sesekala gembeng ape salahnye. mengurangkan kegusaran hati ;-)
    mrs azmi´s last blog ..……… My ComLuv Profile

  17. AyKay says:

    kak,

    susah nak tidor walaupun letih tahap maksima?…. hhmmmm
    saya ada petua… cubalah baca tasbih – tahmid – takbir – tahlil…tak sampaipun 25 kali, pak setan akan tanpa segan silu menghembus atas mata kuyu kita, supaya kita cepat2 lena, dan tak sempat habis 33 x bacaan…. cubalah
    AyKay´s last blog ..Semuanya adalah ketentuanNya… My ComLuv Profile

  18. tekkaus says:

    Sudah ready! :p Haha :D Mariland Ganyang kita! :evil:
    tekkaus´s last blog ..Will Malaysia Be Ganyang-ed Today? My ComLuv Profile

  19. Zymazara says:

    Kucing Parsi???
    Alahaiiiii comel la kucing tu…..
    sy suka, tapi malas nak grooming kucing.
    Huhuhuhu….

    **Kak Jie, thanks 4 the beautiful words. Persahabatan tidak boleh dijual beli….. :)
    Zymazara´s last blog ..Kosong [ 0 - 0 ] My ComLuv Profile

  20. kumb@ng says:

    dah lama tak menjengok ke sini… salam ziarah n selamat hari raya! :mrgreen:

  21. Lan Bingka says:

    ramai yang ambil berat pasal kucing parsi ni…baguslah..hehe
    Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul My ComLuv Profile

  22. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Bila berhariraya untok puasa enam pulak ?

    Terima kaseh salam hormat.
    pakcikli00´s last blog ..Video panduan menegang buah dada My ComLuv Profile

  23. iza says:

    Haa tadi subuh2 pegang telepon nak sms kak jie…tapi terhenti…tunggu matahari naik dulu lah :mrgreen:
    Kucing Parsi yang cumil dan menje gittuw :mrgreen:
    iza´s last blog ..Renta Akhirnya… My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @iza, hehehe…semlm lalu g Sepang ingat nak ajak iza berbuka puasa kat D’limau tu lagi..tapi kalau maghrib masih kat Bangi….mesti lewat balik rumah..rasa tak selesa malam2 masih kat luar bila suami tak de…

      Jadi hentian terkahir kat R&R Sg. Buloh je lah.. :lol:

      meoowwww…. :lol:

      • iza says:

        @Kujie, hehe tak dak rezeki nak berbuka sama2 lah semalam tu. Betoi tu kucing parsi takleh duk luar rumah lama2 nanti ada yang berkenan :mrgreen:

        ceiut ceiut ceiut ..alamak camne nak eja bunyi panggil kucing ni :grin:
        iza´s last blog ..Renta Akhirnya… My ComLuv Profile

Panorama Theme by Themocracy