Ini kisah lama – saya tak tulis waktu tu kerana kalau saya tulis mungkin saya akan dikuasai emosi . Saya pendam dan sekarang baru nak kongsi. Cuma satu catatan untuk kenangan masa depan juga panduan sesama kita.
Contoh klasik – ada orang tinggalkan komen di blog ini dan saya delete komen tersebut.
Credit: live behind the lense
Kerana tersentap yang maha hebat kerana merasakan dia betul maka dibukanya satu post entri special. Tulislah dia dengan ratap hibanya dengan luluh jiwa seolah-olah dia mangsa ketidakadilan, mangsa berat sebelah, mangsa dera mangsa buli mangsa serangan keganasan rumahtangga mangsa serangan seksual yang sangat daif.
Belum cukup – digambarkan diri sendiri seperti blogger picisian yang tidak layak mendekati blog hebat . Perbuatan tuan blog mendelete komen dia itu ditakrifkan sebesar-besar dosa sehingga keluar lirik-lirik lagu ‘ siapalah diri ini hanya melukut di tepi gantang , aku orang kecil , engkau orang besar, engkau ibarat gajah..aku hanya semut merah”
Dashyat kan permainan hati. Kerana satu perbuatan yang kita belum tahu sebab apa kenapanya – hati terus berbolak balik. Hati terus melangkau keimanan membuat seribu satu tuduhan dan prasangka. Hati diselubungi emosi terus mentafsir dan bermain-main mencipta resah dan tewas juga akal akhirnya. Biarkan diri larut dalan permainan prasangka hati sehingga menjadi nanah dan kudis .
Itu belum sadis – yang paling sadis, dia mengajak kawan-kawan yang membaca kisah sebelah pihak itu meraih simpati dan sama-sama mengutuk tuan blog yang telah mendelete komen tersebut. Tidak pula diceritkan komen apa yang telah ditulisnya. Kerana kawan , masing-masing menyiram minyak pada api dengan tujuan konon-kononnya untuk membuktikan kitalah ‘kawan menangis ‘ bersama-sama. Tak akan biarkan kawan kita menderita jiwa raga meratap hiba kerana teraniaya kerana komennya di delete.
Nak tau komen apa yang saya delete?
Komen tersebut tidak berkaitan pun dengan entri. Beliau yang mulia itu telah menulis tentang hal-hal peribadi yang mungkin dia tahu lebih sikit dari orang lain ( anggapan dialah ) , komen peribadi dan show off kehebatan diri dia yang tak perlu pun untuk saya ambil tahu kerana dia dan saya bukan sahabat baik, bukan kenal online atau pun offline, Pernah sekali dua berhai hai di ruangan komen berbahasa basi secara adat menghormati tetamu. Itu saja.
Kerana itu tak perlu masuk dalam hidup saya secara peribadi. Saya pun tak pernah menulis di sini kisah-kisah peribadi secara detail. Apa yang dicerita hanya sekadar luaran. Gembira saya sedih saya – berkadar cukup untuk bacaan kawan-kawan online. Bahagia rumahtangga saya yang mengebu-gebu pun tidak di tulis di blog ini kerana tiada perkataan yang tepat untuk saya gambarkan. Saya juga menghormati kawan-kawan lain yang tidak senasib dengan saya. Saat kita meraih bahagia, kenanglah juga kawan pengunjung yang tidak memiliki apa yang kita miliki.
Yonna tuselalu juga bersok sok sek… ‘ mama…sharelah cerita, husband mama beli hadiah apa…g celebrate kat mana…. g holiday kat mana…” Saya kenal dia lebih 5 tahun online dan offline. Dah jumpa dah faham karektor masing-masing. Kalau saya cakap husband saya beli hadiah telaga minyak kat Algeria tu, pun dia boleh gelak berguling-guling.![]()
Credit: Rosemary Calvert
Do not assume that you know everything there is to know about a writer simply because you read their weblog on a regular basis. Any judgements you make will be based on the information they have provided you about themselves, which is probably vague, incomplete or embellished. Whatever opinion you form on them as people, or their life as a whole, is probably best kept to yourself. Remember, you are the reader. An obvious exception to this would be if someone were asking for advice or opinions.
Never contact the writer for more details on events or personal information than what they have already provided on the site. Chances are if the information you seek isn’t readily available, they have found it too personal or innapropriate to share. If you are close to the person they will eventually tell you privately, so intrusive questions are not necessary, just leave it alone. If you are meant to know, you will – contineu at Wajib Baca.
p.s – yang paling kelakar , dia suruh delete kotak komen kalau tak bagi orang komen.
p.s – sesiapa pun jangan cedera di sini, saya tak sempat nak ubat nanti – nak pergi Shah Alam.
p.s – saya mohon maaf kerana mencederakan banyak hati kerana saya biasanya mendelete komen yang tidak bersangkut dengan entri . Maafkan saya.
Entri ini juga nak bagitau kawan-kawan, janganlah berprasangka yang bukan-bukan kalau saya tidak membalas kunjungan atau tinggalkan komen di blog. Saya bukan muda remaja lagi ada banyak masa berfoye-foye secara online. 5 tahun dulu waktu saya mula berblog mungkin tidak seghairah sekarang. Dah jadi blogger menopause kot.
©kujie – itulah kuasa komen. Boleh menjadi ubat hati yang cedera atau menjadi kudis bernanah pada hati yang berprasangka buruk.
Post Lain Yang Berkaitan:




saya pelajari sesuatu dari sini..berilah komen yanh membina, yang menyenangkan hati, yang membaguskan sanubari…adalah menjadi hak seorang blogger untuk mendelete komen yang tidak ada kena mengena dengan entri blog tulisannya.
salam
kak jie.. manusia ni mmg pelbagai perangai..
dan ramai pula yg salahgunakan kecanggihan teknologi utk kepuasan diri sendiri.. Saya pernah mengenali seseorang yg punya perangai n sikap lebih kurang macam tu.. n orang sebegitu tak akan berhenti dari buat benda yg sama berulang2..
kita doakan sajalah..
apapun saya gembira dapat membaca entry2 kak jie.. Entry2 kak jie buat saya kagum n ingin mengenali penulisnya…
semoga kak jie success..
lamanya kak jie amik masa untuk luahkan dalam entri ini. tahniah kerana berjaya mengawal diri dari melakukan perkara yang sama
Jom terjah post menarik dari eiman ..Berjalan di Shanghai China
salam kak jie
sifat internet yg mempunyai ruang tafsiran terbuka tanpa bersemuka menjadikan salahfaham selalu terjadi. tambahan lagi pesertanya dari pelbagai latar usia, ilmu dan wibawa.
Jom terjah post menarik dari abgreds ..Nombor ekor- nombor kepala!
kak ina, bukan komen yg negatif tetapi saya delete komen yang tidak bersangkut paut dengan entri atau terlalu bercerita hal2 luar dunia online – dia bercerita hal org ketiga dan saya bukannya rapat dgn dia.
nasib baik tak pernah lagi dapat komen negatif
Jom terjah post menarik dari kak ina kl ..Gulai Cumi aka Sotong Padang
akak..jangan la sebut blogger menopause…
Jom terjah post menarik dari anak ..Puisi Pak Wi
Pada saya, K.Jie orang lama dlm blogging, banyak teguran dan buah fikiran jadi rujukan saya. bab delete komen tu, sendiri mau ingat.
Macam saya yang tak popular, memang berbesar hati kalau blogger besar datang melawat blog dan bagi komen.
Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Intensedebate yang mesra backlink bagi blogspot
manusia ni pelik…. hati dia suruh kita jaga… hati kita ni, senang senang je dia nak lukakan….
komen baik baik jer setakat ni… tak pandai la nak menyakitkan hati orang melainkan sindir atas benda yang betul… cth cam rokok…heheheh memang selalu kenekan rakan2 kat asrama ni…
Jom terjah post menarik dari zikri ..Bicara Hadis – Kejadian Manusia
kujie, komen aku ada sentap kan kamu ke? kot kot la..tak pasan..
baru2 ni sy terima komen yg sentap gak..mencarut di ruangan komen..tak tau la apa masalah budak ni…sy tgh rasa susah hati..boleh menambah sakit hati jadinye…dia maki sy sbb tak puas hati cara sy update blog letak sekeping gambar…gambar tu bawa maksud yg luas…tapi dia mencarut….tak paham la…
eh tiba2 sy meluahkan disini..
Jom terjah post menarik dari ~asha~ ..RM9420 aku bayar tuk barang yg hilang
muehehehe~
monopause ye kak?
nway, memang kdg2 tuh komen laen dari yg kte harapkan~
janji ade gak la orang komen kan sis?
Jom terjah post menarik dari Nabiel ..TIPS untuk Hilangkan Rase Mengantuk
wah! bab ego ni yg payah sikit kan?
huhuhu
kekadang maza sendiri pun tak berjejak kaki ke tanah..err mcm antu penanggal gak ler..eeeeehehehehhe
Jom terjah post menarik dari maza ..Perlukan urat dawai tulang besi- mau tendang itu enbizy!
wahh! itu macam meh? huhuhu
kat blog mcm ni pun ada worang yg tak ‘tenang’ dgn komen dia di moderate ek? huhuhu
komen maza pun pernah kena delete.. kecik atie gak.. tapi kena lah hormat tuan tanah.. kekadang musim tuan tanah kedaung sampai masa banjir, nak buat camner.. kita pun bermusim juga kan? hehehhe
huhuhu
kalau jiwa kacau, kalau ada hati sudah luka, meh ke seberang sana.. kita memancing ikan kat pasar gitew…
Jom terjah post menarik dari maza ..Perlukan urat dawai tulang besi- mau tendang itu enbizy!
Macam2 pengalaman kak jie dalam dunia blog ni
P/s: komen senapas mhunakan henpon baru. Henpon cap ayam iza dah “meninggal” hu hu
bukan…bukan
komen dia bukan mengutuk atau apa
cuma hal di luar dunia online
hal bukan bersangkut dgn kak jie
hal org ke tiga
jadi kak jie delete – jadi dia tersentap
kecil hati hingga membengkak
ada beratus2 senarai kawan2..kadang2 singgah ikut random
tak dptlah hari2..tapi kadang2 jengok tak komen..baca ambil tau juga kisah kawan2
tak pe jiji
nnt kak jie menderum derum depan rumah tekan minyak !
baca kes tu – mmg selalu baca blog tu
he he he…lepas aktif
sampai satu ketika – pausekan diri sekejap
No komen la pasal entry kak jie…tak reti nak komen..
Tp betul kak jie…yg di cerita di blog hy 50 % ttg hidup kita….

Ira pon tak berapa gemar crita pasal husband……
Ira lebih gemar cerita pasal diri Ira yg kejap okay…kejap down……………skrg nie dunia tonggang langgang pun ku tak peduli asalkan Ira kuat… Doakan Ira sentiasa kuat ya..
Jom terjah post menarik dari Ira ..Why Ira A Sa Ra
bukan…bukan…. pasti bukan
jelas dan nyata bukan!
hahaha…. agak bermesorat tingkap tu
tetapi kadang2 dikuasai emosi
ego tercalar
Betullah tu Sarah – kena ada had sebagai pembaca
jangan pakai borong je semua keadaan pun boleh
bab komen mengomen tu – benda ni subjektif
bergantung ruang masa masing2 kan
Bukankah hak untuk memadam komen tu , merupakan hak tuan punya blog .
Saya pun selalu gak padam komen orang .
Jom terjah post menarik dari farah ..Life Is Getting Hard Theres No Doubt About It
terimakasi- semua bermula dari pestaim baru jadi bertaim taim
blogger menopause tu…kehkeh
yang dah tak ghairah lagi nak berhuhahuha
tulis tinggal
kadang2 dok dalam kotak spam – encik akismet tu garang sgt
selalu delete komen kt blog ni
kadang2 tak berkaitan dgn entri
Bestnya kena serang.. Saya pun nak kena serang jugak! Bila ada orang serang kita… tu menunjukkan kita dah hampir berjaya. Kita dah berada lebih tinggi dari sebelumnya.
Jom terjah post menarik dari fahmi ibrahim ..Krisis Istana Kelantan Kian Meruncing
nononono…salah faham ni
kak jie yang delete dan mencederakan hati orang lain
kerana satu tindakan – delete komen
yang sepatutnya kita sedia makluk hak tuan blog
boleh menyebabkan timbul berbagai fikiran negatif
semuanya terletak di hati
tapi minyak rambut..hehe
salam singgah sini..
itulah manusia kak.. ada macam2 ragam..
tapi kak.. tajuk blogger menopause tu nampak menarik..
akak buatlah satu entri pasal tu..
permintaan ramai ni… huhuhu..
Jom terjah post menarik dari Faarihin ..Awan Putih
Takpe Kak Jie.
Zara setiap hari pun delet banyak gila komen yang hanya mengutuk, mencarut tidak tentu hala.
Malas mahu layan lagi.
Kak Jie, hubby beli telaga minyak?
Mintak 10 liter. :p
Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..Orang Yang Ditunggu Sudah Balik Mari Melompat Tinggi Walaupun Hakikatnya Aku Pendek
1. Kak jie bagi saya idealah untuk buat promosi free blog ….ha ha ha kalau saya bagi komen negatif mesti dapat review macam ni dan pasti ramai yg serbu blog tersebut kan…
2. Kalau baca komen kat entri sijil halal saya tu memang banyak komen yg panas telinga tapi tu lah bagi je lah peluang kat diaorang luah perasaan walaupun di tempat yg salah…
Jom terjah post menarik dari denaihati ..Imam Muda program realiti Astro Oasis bermula langkah pertama
Spam filter di blog sy amatlah hebat sampai kdg2 komen yg xde apa2 pun masuk spam folder. Pastu takde keje plak nak mengorek spam yang berjuta2 lemon tu T_T
saya penah disapprove komen, tp bgtau kat tuannya that i had to tarik balik the comments. Maklumlah ada org mudah sgt berkecil hati. Walaupun bukan kawan tp jgnlah jadi musuh pulak kan.
kelakarlah kak kujie ni. ada ke istilah blogger menopaus? haha. macam2.delete komen pun nak sentap.sensitip nye..
Jom terjah post menarik dari aren ..berapi- panas!!!
kalau dalam bahasa kasarnya… “sukati akulah nak delete ke tak komen org, ni kan blog aku!” hahahaha
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..SAYANGILAH DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG SUAMI
penangan bahasa/ayat/perkataan. mungkin sebab itulah kita dikehendaki berfikir sebelum menulis/bercakap. dan mungkin sebab tu jugak lah mulut ada satu padahal mata & telinga ada dua. tp zaman sekarang, jari ada sepuluh. sukar lah nak menjaganya.
ni yang seronoknya blog, kita baca blog orang dan kita nilai..
ada positif kita ambil, kalau negatif kita campak jauh kan kak jie
komen… sebut pasalnya mesti ada sesetengah pihak yang akan komen dengan emosi.. biasa la tu.. namun apa daya, kita takleh nak kawal komen org, apatah lagi nak kawal mulut org

Jom terjah post menarik dari syahirul ..Tiada lagi Nuffnang dalam blog ini
Tuan blog seperti tuan rumah. Tuan berhak atas apa kepunyaannya. Tetamu yang terasa, luahkanlah kat blog sendiri.

Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Petai- Seikat RM1
Entri ini bukan bab ‘dapat komen menguris hati’
tapi bab orang yang komennya di delete telah tersentap hati
Assalamulaikum kak jie
Kak Jie yg yati kenal bukannya akan delete komen secara sengaja atau tanpa sebab.
jadi jangan sedih-sedih okeh. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.
Jom terjah post menarik dari Yati ..EnTaH…
Pernah gak dapat komen yang menunjuk konon dialah yang paling pandai..tapi tak pernah pun explain dengan detail apa yang dia tahu..cuma suruh orang cari sendiri..Motifnya? Entah!!
Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Bila Melayu Bukan Islam…
Bukan Tie – Tie saya kenal online dan offline
Ini nak kata kawan BUKAN MUSUH
mungkin kenal tapi bukan kawan
jadi sebab KAMI BUKAN KAWAN YANG KENAL MENGENAL
tak sepatutnya dia komen di luar batas
Dia tetap orang LUAR – BUKAN KAWAN BUKAN MUSUH
baru 2x mengomen di sini
pertama kali
aduh….komen itu terpilih sbg letter from heaven
menangis tersedu depan komp.
teringat apa ada dibalik komen itu….
k.jie itu komen kt blog
adik beradiknya komen kat jiran setaman
lagi sadis…tertusuk di hati
dan kadang mengundang lucu
Kak Gie,
Saya pun pernah dapat comment durjana macam tu..ada yang saya delete dan saya biar begitu…ugutan dan kecaman pun ada…biarlah…macam kak gie kata biar dia kenal hati budi dia sendiri..
Tak kisah pun kalau kak gie tak balas kunjungan…cuma sesekali kak Gie singgah terkejut juga..:P
kadang2 tu…
memang susah nak melayan….
apa pun, be urself….
Jom terjah post menarik dari mie ..- berkampung di pasir gudang -
komen sentap “amboi telaga minyak eh? tak jeles pongggggg”
Kak jie br-baru ni pon ada baca blog (glemer juga..O*be**e*D), siap kaitkan mak apa adik beradik blogger tu sekali… puncanya… tuan empunya blog kutuk negeri mamat tu… pelik manusia yang tunjuk belang tak bertempat.
dasat juga penangan komen ni..
ps: best pulak istilah tu..menopouse blogger..hehe
Jom terjah post menarik dari sufian ..Kaitan Processor- Front Side Bus- Clock Speed
komen ni banyak sifatnya, ada yg komen sbb nak show off, kadang2 ada yg komen tak sangkut paut dengan entri, ada yg komen nak provoke dan segala macam lagi…
apa pun bila dah sampai satu tahap, komen beratus2 mana sempat nak jawab satu2
Jom terjah post menarik dari mijie ..Bagaimana membuang saved password di Mozilla Firefox
Kak…
Saya rasa orang tersebut dan orang yang sedang “serang” blog saya ini adalah orang yang sama. Nanti kita kepoh-kepoh dekat email ya.
Jom terjah post menarik dari rohaizad ..Saya tujukan lagu ini untuk dia… emak… ayah… pak ngah… mak uteh… cikgu… abang… kanda… dinda…
Tuan punya blog mempunyai hak mutlak ke atas segala komentar yang ditulis… sepatutnya diorang dah sedia maklum…. ;-p
ek eleh, itu pun nak sentap bagai, ekeke, lucu.
saya pun ada gak delete komen yang saya fikir tak seswai. kita ada hak tersebut. sebab blog masing2 kan.
entry saya pun dah jarang dikomen. heheh. tak apa, yg penting ada pembaca. still make me happy. =)
Jom terjah post menarik dari nursarah ..saya tetap bahagia
Assalamualaikum.. tok..tok..tok..
hurm.. komen tu mcm satu appreciation utk kita yang menulis.. tapi kan.. tapi.. kalo menyentuh sensitiviti takde salah haih kalau di-delete kan je..
notakukujari: fes tyme baca blog kak jie..
notakaki: haish.. kalo kak jie delete komen ni saya tak cedera hati.. ~lalala..
notatambahan: suka blogger jujur
Jom terjah post menarik dari shahira ayumi ..kamu hebat!
kena tulis satu entri tentang blogger menopause ni, kujie.
kujie yang tulis lah, saya baca
boleh buat panduan
Rasanya kalau komen saya didelete pun saya tak akan tahu.

Jom terjah post menarik dari Khairi ..Currently reading – The Lost Symbol
Leha pun selalu je delete komen-komen yg tiada kaitan dengan entri. Ataupun yg lari daripada topik. Sebab mereka boleh menimbulkan topik baru yg kontroversi. Hehe.
komen saya pernah kena delete x?mana tau pernah mencederakan hati kakjie..hehe
Jom terjah post menarik dari aizuddin ..Intro – Advertlets Bayar Blogger Atau Tidak
Haha…
Adakah kerana entri Tie yang lepas Jie tulis entri ini ? Hihi… Tie faham tu.,,
Tie pun ada gak delete komen orang. Tapi ada yang saja Tie biarkan. Biar orang tahu hati budi dia sendiri.
Tapi kan Jie, apa yang Jie alami tu memanglah tak patut. Walaupun kekadang Tie rasa diri sendiri macam showing off jugak!
Tak pe laa..
Entri ini menyedarkan diri Tie sendiri. Ada kebaikannya bila baca luahan yang lama terpendam.

Jom terjah post menarik dari Tie ..Tak nak kawan
Perkara yang sukar untuk ditangani, terutama bila orang begitu senang berprasangka. Kehidupan ini perlulah saling hormat-menghormati, andai ada ketidaksenangan, tanyalah, dapatkan penjelasan, bukan berprasangka dan menabur tuduhan membuta tuli.
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Kepala Batu
kadang-kadang komen memang boleh menyakitkan hati

klau kak jie boleh telaga minyak kat Algeria best tuu , tak yah beli minyak lagi .. hehe
Jom terjah post menarik dari zqah ..Gambar Mia Sara Nasuha dalam Epilog Syurga Cinta