Episode akhir Sindarela

Berakhir juga slot Lestary – Sindarela di TV3 malam tadi.   Nak tengok episode 26( 29/7/08) kat sini > Sindarela Episode Terakhir
Baca komen² kipas susah mati kat web TV3 tu rasa kelakar sangat. Ramai yang tidak berpuas hati ending macam itu. Itulah bestnya drama ini. Kesudahan yang diluar jangkaan kita. Tapi malam tadi Makcik Marry superb… 😀 baju kaler pepel gitu….tomel sangat!

Part dukung ke hulu ke hilir tu kelakar… 😀 bilalah nak merasa didukung macam tu. Peringatan untuk lelaki supaya berani mengambil peluang supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Zoela : “Kelakian awak tidak cukup untuksaya”

Dalam hidup cinta boleh datang dan pergi.  Ketawa kerananya,  senyum kerananya dan menangis kerananya. Bermula dengan persahabatan segelintir pula  cuma  sedar bila  ia hilang semata² untuk rasa dihargai ,  ada yang percaya cintanya untuk selamanya.

Temui sebuah impian tak salah untuk kita berkorban bila mana hati kita rapuh menghadapi realiti, tangis… tangis semahunya tapi jangan biarkan hati kita terus rebah.  Sejauh mana kita kenal hati budi seseorang kita tetap tidak boleh buat penilaian. You have to let go and keep on moving.

Bermula dengan hati, anggan dan mimpi, sebesar mana pun kedudukan kita, segagah prinsip mampu goyah because of love.. because we are  human beings… mudah lemas bila cintanya lemah.  Kita harus kuatkan hati, percaya naluri….lafazkan cintaku mahukan dia…. – 😀 skrip ini bukan tepat..ikut qualiti telinga masing² ye…

Amylea – Aku Sindarela Ost Sindarela
perlukah aku menanti dirimu
dengan dirinya mengagungkan aku
mestikah aku pergi bersamanya
dengan dirimu sentiasa ku puja

pabila hadirmu mengaburi hatiku
meniti waktu mengisi saat kisah donggengku
lakaran bahagiamu itu menjanjikan aku
hanya akan selalu di dalam anganku

aku, aku lah Sindarela
hatiku diriku anganku mimpiku
cerita hidupku
akulah Sindarela Sindarela Sindarela lalala lalala

aku, aku lah Sindarela
hatiku diriku anganku mimpiku
cerita hidupku
akulah Sindarela lalala lalala lalala lalala Sindarela

sanggupkah aku hilangkan mimpiku
apa yang ku perlu antara keinginanku
adakah aku harus memilihnya
bila dirimu sentiasa ku puja

aku, aku lah Sindarela
hatiku diriku anganku mimpiku
cerita hidupku
aku lah Sindarela Sindarela Sindarela lalala lalala

aku, aku lah Sindarela
hatiku diriku anganku mimpiku
cerita hidupku
aku lah Sindarela lalala lalala lalala lalala Sindarela

Dengar lagu > Amylea – Sindarela -acoustic version

Bau -Warkah Ost Sindarela
Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

Dengar lagu > Bau – Warkah

Sahabat – Aizat – Ost Sindarela
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Dengar lagu > Aizat – Sahabat

Puas hati pilihan Zoela.. Biar setinggi mana kasihnya pada Hussien tapi dia dengan berat hati memilih melepaskan diri dari ikatan perasaannnya hanya kerana dia tahu masa depannya bergantung pada dirinya sendiri. Dan pengajaran dari Haidar – untuk melupakan seseorang perlu mengenali seseorang yang lain. Cinta tak semestinya memiliki. 😀