Kenali CDN Bersama Kak Jie

Post hari ini sangat teknikal. Kalau sesiapa yang rasa loya dan alergik bila menerima info terknikal seperti ini, tak perlu risau. Penerangan ini terlalu makcik-makcik dengan menggunakan bahasa yang mudah diporses oleh otak tanpa akronim yang ganjil.

Subjek yang nak difokus kali ini adalah CDN. Bukan Cindai lagu Dato’ Siti Norhaliza tu , tetapi CDN ini adalah singkatan kepada Content Delivery Network.

April – 100 Ribu Pengunjung!

Pertama kali pengunjung untuk sebulan mencapai angka 100,000 atau average sehari 3343.60  visitors. Unique visitors lebih 50,000 sebulan.   Ini termasuk satu hari blog totally down pada 28hb April dengan hanya 58 visitors saja.  Hari  ‘ mati kutu’ tak tau nak buat apa, usik kawan-kawan di twitter saja.

Nampak data bandwidth ?  Saya berjaya menjimatkan bandwidth bulan ini selepas menggunakan CDN (Content Delivery Network ) .

Makcik Avatar Wakil Rakyat

Rasa puas!

Dapat selesaikan apa yang sepatutnya di buat hari ini. Cili merah menyala yang korang ‘terasa’ pedasnya tu saya dah blend, masak sampai kering dan kirim ke Algeria melalui seorang kawan yang akan terbang esok malam.  Entri tu betul-betul clear bukan ada maksud tersirat atau tersurat…. he he he.

USD dan Euro yang diminta pun dah kirim.

Terima panggilan rindu ( missed call ) dari Angah dan seperti biasa si ibu akan buat panggilan  semula untuk anak yang dirindu. Berbual hampir 20 minit.

” mama……jam loceng Angah tu paling kuat bunyi antara semua kat asrama tapi Angah tak bangun bangun juga….”

” Anak abah………..memang le “

Janganlah Sekali Lagi..Please!

Lebih kurang 10 hari lagi , sempatkah bertahan?

Pada 26hb September 2009 blog ini tidak dapat diakses dengan alasan Bandwidth Limit Exceeded . Tolonglah jangan berlaku lagi sekali.

Bandwith Limit Exceeded macamlah blog popular sangat.  Sebenarnya bukan sebab visitors bertambah secara mendadak  tetapi lebih kepada pageviews dan hits…aktif sangat install theme baru.

Bandwith tu apa?