Rasa tak gempa bumi tadi?
Tadi gemba bumi, kan? Rasa tak? Bergegarlah tadi. Teringat pula masa gempa bumi 26 Disember 2004 tu. Masa tu kat kampung di Sabak Bernam. Ingat ke anak-anak berlari sampai bergegar rumah papan ibu mertua.
Saya jerit ” jangan main-mainlah sampai dah goyang ni ”
Tiba-tiba suami di bawah membalas bahawa itu gempa bumi. Kami semua berlari turun ke bawah. Sempat juga tengok air dalam tempayan besar yang mak gunakan untuk menadah air hujan turut bergoyang.
Saya baca berita, petang tadi satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.6 menggegarkan Sumatera, Indonesia jam 5.16 petang (waktu Jakarta) @ 6.16petang ( KL) 30 September 2009.


gambar gempa bumi di Sumatera 30/09/2009



