Semalam hujan lebat, guruh dan petir berdentum sejak jam 4 petang. Cuaca yang sesuai untuk ‘buat taik mata patlima kilo’ tapi sebagai surirumah Domestic Engineer , saya ada praktikal di dapur bersama senduk dan kuali. Talian streamyx yang manja terus merajuk macam anak kecil tak dapat jajan di pasar Ramadan. Talian semput macam siput puasa 24
Apa isu yang hangat dan sensasi selain cerita politik? Cerita artis tuntut harta pencarian 5 banglo dan 5 kereta atau kisah selebriti sukan tuntut rm 50K selepas 12 hari hidup ‘bersama’ ? Canggih sungguhlah orang sekarang berfikir mengatur hidup. Saya baca saja bukan ada sangkut paut dengan kehidupan saya pun. 13hb July dulu, saya

