Cara Semak Saman Trafik Melalui SMS

EDIT : 02/03/2011
Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai Selasa hingga 10 Mac 2011 sumber : Bernama Online

=================================================

28 FEB 2011

PDRM memberi kemudahan pembayaran saman di semua kaunter Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara sehingga jam 12 tengah malam ini

Makluman dari ASP Zaiham, Pusat Media PDRM, Bukit Aman.

sumber : ondscene.my

====================================================

NOTA : Ini cara yang saya guna pada tahun 2009,   sila hubungan pihak  http://www.dapat.com jika berlaku sebarang perubahan.

 

Jom Belajar Memandu
EDIT : 01/12/2010 – sumber dari myeg.com.my

Berkuatkuasa 1 Disember 2010 PDRM menawarkan insentif bayaran kadar kompaun untuk semua saman trafik –

Semua saman yang di keluarkan pada atau sebelum 30hb November 2010 :

  • Akan diberikan insentif pengurangan dari kadar kompuan sebenar

Semua saman yang di keluarkan selepas 30hb November 2010 :

  • Saman di selesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan insentif 50% dari kadar kompaun sebenar
  • Saman di selesaikan dalam tempoh 16 – 30 hari akan diberikan insentif 30% dari kadar kompaun sebenar
  • Saman yang TIDAK di selesaikan dalam tempoh 30 hari tidak akan diberikan sebarang insentif dan seterusnya akan di senarai hitamkan

===================================================

Merujuk kepada entri saya DAPAT 24 saman dengan jumlah rm 4700.00 ( < klik ) , ramai yang menghubungi saya bertanya beberapa soalan lanjut yang saya sendiri tidak pasti jawapannya.

Saya bukan polis trafik yang dapat menyelesaikan masalah tuan puan, saya bukan juga pegawai JPJ yang dapat melupuskan saman tuan puan. Saya sendiri terpaksa masuk balai bahagian trafik untuk membuat bayaran saman tersebut.