Darahku bukan kuning…
Ini kepunyaan suami saya, dia memang penderma darah yang aktif tetapi bukan penderma yang merancang untuk menderma. Tiap kali melawat ekpo atau bersantai di shopping komplek dan terjumpa program menderma darah, dia mesti menderma. Masalahnya setiap kali menderma mesti dapat buku yang baru, rekod yang baru. Dia ada lebih dari 4 tetapi mungkin sudah tercicir kerana saya berpindah rumah lebih dari 10 kali sebelum menetap di sini.
Pernah kami ke Giant Shah Alam dan melihat ada program menderma darah Seorang jururawat senior bertanya ..
" Encik tak bawa buku rekod derma darah?"
" Saya datang beli sayur beli ikan , misi….."
Tak kan nak bawa buku tu setiap hari…kad pengenalan kita yang bermutu tinggi itu pun kalau terperok dalam beg duit terselit dalam poket seluar boleh lusuh dan terkopak sana sini, apalagi buku secomel itu .
Saya cadangkan ahli cerdik pandai Pusat Darah Negara memikirkan satu sistem pengkalan data untuk menyimpan rekod penderma darah yang seragam dan mudah.
Keistimewaan untuk penderma² darah
| Kekerapan Menderma | |
| 1 Kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan peruabtan (tidak termasuk bayaran x-ray dan pembedahan) |
| 2 kali (dalam tempoh 12 bulan) |
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B |
| 2-5 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 4 bulan |
| 6-10 kali | Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan |
| 11-15 kali | Percuma rawatan pesakit luar 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun |
| 16-20 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun |
| 21-30 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun |
| 31-40 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 tahun |
| 41-50 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun |
| lebih dari 50 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun |
Kredit : Hospital Raja Perempuan Zainab II
Soalan maut : kenapa saya tidak menderma darah?
*** Along memang ikut saya, pening² dan mabuk bila diambil darah & Intan pula kuat macam abah dia… saya bawa dia untuk diambil darah, saya yang mengintai dari luar bilik..dia selamber hulurkan tangan ….




