Posts tagged: Darul Quran Nurul Hasanah

Kalender kuda tinggal sekeping

By Kujie, 30/11/2009 10:51 pm
Mak dah balik Baling
Mail , Zai dan Izzati pun dah balik ke Tanjong Malim
Maksu ( adik saya yang bongsu ) dah balik Poli Kulim
Along dah balik asrama – spm belum habis
Angah – dah masuk kem Smart Al-Quran di Darul Quran Nurul Hasanah, Kuala Selangor untuk 2 minggu ini.
Acik Adi ( adik ipar saya yang bongsu ) dah balik Poli Behrang
Nabil, Najmi, Firdaus – dah balik sarang masing-masing.
Iqbal -kalau geng² lain tak de, dia pun jarang datang.

Yang masih di rumah saya sekarang. Continue reading 'Kalender kuda tinggal sekeping'»

Hari Bertemu Pelanggan Vol – 5

By Kujie, 29/10/2009 8:10 am
Pagi-pagi buka inbox kaunter customer service dulu. Jawap beberapa aduan pengguna pengunjung …:lol:

A Letter From Heaven 1

hi k jie,
nak tanyer sket..
camne nk buat entry dlm blog tu ade password protected?

——————————————————————————-
User Information
CikLilyPutih
Email: xxxxx@mw-zander.com
IP: 193.138.113.22 IP Location: Leonberg ( Germany )

Huh…orang Germany tu !

Dah balas email dia, tapi senyap sunyi , Tak dapat email ke tak faham tak taulah ,   jadi kita buka soalan secara terbuka.

Cik Lily tak pula beritahu nak buat post berpassword tu di blogspot atau wordpress. Kalau guna wordpress,  cuma setting pada Visibility – pilih Public / Stick this post to the front page atau pilih Password protected atau pilih Private .

Kalau nak buat post berpassword di blogspot. Continue reading 'Hari Bertemu Pelanggan Vol – 5'»

Izinkanku ungkap segenap rasa dan kerinduan

By Kujie, 26/12/2008 2:45 pm

Kem Smart Al-Quran

Dari jauh saya melihat dia…berdiri di sebelah Cik Serena mendongak mengintai lehernya kiri dan kanan. Mencari sesuatu yang dia pasti ada disekitar.

Tiba- tiba dia melambai pada seseorang. Tanpa berlengah dibuka langkah berlari menuju ke sasaran. Hampir separuh larian, dia berpatah sedikit , melencong ke kanan dengan tergesa-gesa dipulasnya kepala paip lantas berwuduk. Cepat benar selesainya.

Hampir dua puluh langkah diteruskan dan kaki kecil itu menapak antara anak tangga pintu besar masjid. Sampai di ruang beranda , dia menerpa seseorang. Dipeluk seeratnya sepuas hati.

Dari dewan sembahyang muslimah saya memandang dua beranak ini sambil bergenang air mata.

” Baru Angah tahu macam mana rasanya rindu….” bisik tulus seorang anak dalam dakapan  ayahnya.

©Kujie – pertama kali dalam hidupnya , Angah berpisah kerana kami menghantar dia ke  program  cuti sekolah Kem Smart Al-Quran di Darul Quran Nurul Hasanah, Bukit Belimbing, Kuala Selangor.

Cuti sekolah pun dah hujung-hujung, banner ” back to school” berjuntai² di hadapan kedai dan supermarket.

Jadual Persekolahan 2009

Jadual Persekolahan 2009

* Jadual Persekolahan 2009 ini untuk sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Panorama Theme by Themocracy