Posts tagged: lelaki

Trauma Kena Ragut

By Kujie, 24/02/2010 1:39 pm

Masih lagi kisah semalam.   Saya keluar awal pagi untuk ke hospital. Dalam perjalanan bercadang singgah di ATM untuk keluarkan duit. Dalam purse ada rm 10 saja.

7.20 pagi – keadaan persekitaran yang masih samar-samar dan sunyi. Saya terus park depan bank. Berhenti saja dalam petak parking, dari silau lampu kereta saya lihat seorang lelaki berbangsa X  ( tak boleh sebut, nanti cakap racist pula )  sedang bercangkung di tepi  pintu bilik kaca ATM.   Tangan yang menggeletar dan sisa muntah di depannya cukup untuk membuatkan saya merasa curiga. Continue reading 'Trauma Kena Ragut'»

Kenapa Lelaki Lebih Ramai Di Blog Saya?

By Kujie, 10/02/2010 8:21 am

Lelaki Hidup Biar Sedap Kenapa Lelaki Lebih Ramai Di Blog Saya?

Lelaki lebih suka blog saya? Lihat bukti di atas. Betul ke lelaki lebih ramai di blog ini?

Mari kita lihat hasil undian Hidup Biar Sedap

Continue reading 'Kenapa Lelaki Lebih Ramai Di Blog Saya?'»

Apakah yang lelaki mahu?

By Jie, 05/08/2009 10:33 pm
Dalam sebuah perhubungan, apakah yang lelaki mahu?

Wah………tajuk macam pakar cinta.  Sebenarnya ini adalah topik berlapuk dalam draft.  Saya ingin bincangkan topik ini bila ada beberapa orang kawan bertanya ,  ” kenapa blog saya ramai pengomen lelaki”.   Selalunya kalau blog makcik² , lelaki muda jarang mendekati.

Apa rahsia anda….?

Nak tergelak bila fikirkan soalan tersebut.  Kenapa ye…?  Saya tak pasti, kena tanya mereka sendiri.  Mungkin mereka selesa  di blog ini, mungkin sebab kalau berborak,conversation  lebih meluas topiknya dan sometimes lebih menghiburkan.
Continue reading 'Apakah yang lelaki mahu?'»

Kriteria Cinta Si LELAKI

By kreuger, 17/07/2009 9:56 pm

 Kriteria Cinta Si LELAKIAssalamualaikum dan salam ceria semua.

Erm.. kali ni aku menjadi penulis jemputan untuk blog Kak Jie yang serba purple lagi menyerlah keayuan tuan empunye. Hehehe… ayat permulaan mestilah manis kan. Sapa tau sekejap lagi macam ade rase nak perang besar pasal isu ni. Untuk pengetahuan semua, penulis blog ni tak berapa nak sihat. Jadi kita doakan dia semoga cepat sembuh lantas kembali berentap Alexa Ranking daripada taiko kita, KNizam. Amin~

Bila bercakap tentang cinta, kesempurnaan dan perasaan, aku tak nafikan di sini, masing-masing punya pandangan yang berbeza. Mencari kesempurnaan untuk lekat dan dekat di hati memanglah satu tugas yang amat membebankan. Itu salah ini salah… itu tak kene ini tak kene. Bila kita ok.. tapi mak ayah pulak reject.. abis macam mane ni?

Kalau nak diikutkan, kehendak hati memenuhi kriteria amatlah banyak. Kalau nak disenaraikan dalam blog ni, aku yakin memang tak cukup. Ye lah… siapa yang tak mahu bahagia, siapa yang nak kepada porak-peranda…  Jadi sebagai seorang yang agak macho dan matured perwatakannya, di sini aku senaraikan lima perasaan LELAKI terhadap waninta yang diingininya, tetapi… Continue reading 'Kriteria Cinta Si LELAKI'»

Kenapa lelaki bujang suka….dot…dot…

By Kujie, 15/08/2008 8:30 am
Kenapa lelaki bujang suka bini orang perempuan berumur? Tajuk jer dah mengancam jiwa raga anak² dara.:lol:

 

Mari kita intai , apa orang lelaki berdua ini bergossip…hahahahaha

by  Kenapa lelaki bujang suka....dot...dot... aeropama dot com , on August 11 2008 @ 10:22 pm · Edit

 

secara jujur, bagi saya perempuan berusia 30-35 tahun berada pada tahap kecantikan mereka yang tertinggi. pernah mengatakan pada seorang wanita yang berumur 33 tahun yang saya sudah jatuh cinta pada dia tapi cinta saya ditolak kerana perbezaan umur yang jauh; 8 tahun… :sad:

ps: saya memang suka wanita berumur berbanding wanita sebaya dan jauh lebih muda dari saya. lagi satu wanita mengandung adalah sangat cantik dan seksi. pelikkan saya? wahahahah

by  Kenapa lelaki bujang suka....dot...dot... Adry , on August 12 2008 @ 9:37 am · Edit

 

uiks… si aeropama tu pernah jatuh cinta ngan orang yang tua dari dia 8 tahuN!! waaa tak sangka.. tapi jodoh pertemuan di tangan tuhan kan… hehehe…

anyway, every girl or women is beautiful as long they believe in it… tak payah harap orang cakap kita lawa baru nak caya.. have more confident k…


 

by aeropama dot com, on August 14 2008 @ 11:03 pm · Edit

Adry: betul wei. aku lebih mudah jatuh hati pada perempuan yang lebih tua dari aku sebab mereka lebih matang dan tidak memeningkan. tu pasal kawan-kawan perempuan aku yang sama baya dengan aku sangat bengang dengan aku. diorg cakap aku ni gile :(


 

by aeropama dot com, on August 14 2008 @ 11:22 pm · Edit

hulamak… kak jie ni mesti cun gila kan?

owh! kenapa aku ni memuji wanita yang jauh lebih berumur dariku. bukankah taste aku wanita berumur. aduss… parah seh

Kenapa agaknya keadaan ini boleh berlaku?

Bini orang perempuan berumur ada daya tarikan yang lebih berbanding anak dara ke?

Maybe lelaki pandang bini orang perempuan berumur sebab golongan ini  ada banyak pengalaman tentang alam rumah tangga dan berpengalaman tentang melayan kehendak lelaki.  Lelaki zaman sekarang lebih suka kepada wanita yang serba tahu kerana mereka tidak suka untuk memikirkan sesuatu yang remeh dan temeh.

Bagi saya mungkin sebab bini orang perempuan berumur ini fikirannya lebih open minded , sudi mendengar dan pandai memberi nasihat atau kata² memujuk, lebih caring, understanding dan tak banyak karenah sangat berbanding anak dara. Kalau berborak,conversation tu lebih meluas topiknya dan sometimes lebih menghiburkan.

Sure marah anak² dara kat sini nanti:mrgreen:

Sebenarnya lelaki suka bermanja.  Perempuan yang dah kahwin ni lebih pandai memanjakan laki.. tak percaya?

Tengok betapa ramai lelaki yang  dah hilang skill untuk bancuh teh sendiri, nak sidai tuala sendiri, nak iron baju sendiri……bila dah kahwin…sebab apa?? sebab dimanjakan oleh seorang isteri:wink:

Disclaimer : Suka di sini bukan suka untuk ‘Teman Tapi Mesra’ tetapi suka secara umum sajaha.  Cuma topik ringan hujung minggu, no hard feeling, ok.

Perempuan yang macam mana yang lelaki suka?

  • Berdikari - Lelaki suka dengan perempuan yang berdikari. Kerana dianggap tidak menyusahkan.
  • Feminin. – Perempuan yang “perempuan” dianggap lebih menarik oleh lelaki.
  • Pandai mengurus kewangan. – Lelaki selalu berfikir, perempuan yang boleh mengurus kewangannya bererti ia juga pandai mengurus kewangan rumahtangga.
  • Cantik. – Walaupun cantik itu subjektif, setidaknya lelaki tidak malu membawa anda di tempat umum atau diperkenalkan pada rakan-rakan.
  • Boleh mengawal emosi. – Lelaki mahukan perempuan yang sabar untuk menghadapi sikap mereka yang kekadang seperti orang yang gila kurang sabar.
  • tapi yang pasti, lelaki sangat suka dengan perempuan yang cerdas, kelakar dan boleh menjadi pendengar yang baik.

Panorama Theme by Themocracy