
LOL ! Patlima kali saya dok fikiaQ … apasal pagi² buta ni dia cari mak mertua kat blog saya, carilah kat belakang rumah ke, tepi dapur ke…. . Saya baru saja selesai sidai baju…. bukan mak mertua. Mak Mertua saya ada kat Meru, Klang.
Carian tersebut membawa dia ke post ini > [link] , Cute pula baca entri lama tu.
p/s – thanks buddy!!! You just make my day
marilah gelak secara berjamaah!
p/s – hari yang sibuk, nak pergi hospital buat medical checkup Angah
Kisah Mak Mertuaku lagi….
Memandangkan suami sibuk, saya menawarkan diri menghantar mak mertua balik kampung semalam. Saya siapkan bekal Intan untuk rehat pagi dan makan tenghari ( tak perlu hantar waktu tenghari ) dan siapkan segala pesanan kunci rumah letak di mana - tempat rahsia ni – bukan bawah pasu bunga ye .
Perjalanan balik ke Sabak Bernam ( nota : Denaihati – Jalan Sultan, Sg Tengar ) 3 jam. Mak mertua dok di sebelah, saya memandu control ayu dan sopan santun. Lagi pun saya bawa Encik Pajero tua yang syarikat insurans pun tidak mahu memberikan perlindungan , kesian bergoyang melompat-lompat emak mertua saya di sepanajang jalan Kuala Selangor – Sabak Bernam yang beralun seperti ombak Laut China Selatan itu.
Bila balik, saya sendirian – cepat 30 minit walaupun hujan lebat sepanjang jalan dari Kota Puteri hingga ke Tasik Puteri.
Continue reading 'Kisah Mertuaku lagi'»