Posts tagged: Malaysia

Rasa tak gempa bumi tadi?

By Kujie, 30/09/2009 7:12 pm

Tadi gemba bumi, kan? Rasa tak? Bergegarlah tadi. Teringat pula masa gempa bumi 26 Disember 2004 tu. Masa tu kat kampung di Sabak Bernam.  Ingat ke anak-anak berlari sampai bergegar rumah papan ibu mertua.

Saya jerit ” jangan main-mainlah sampai dah goyang ni ”

Tiba-tiba suami di bawah membalas bahawa itu gempa bumi. Kami semua berlari turun ke bawah. Sempat juga tengok air dalam tempayan besar yang mak gunakan untuk menadah air hujan turut bergoyang.

Saya baca berita, petang tadi satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.6 menggegarkan Sumatera, Indonesia jam 5.16 petang (waktu Jakarta) @ 6.16petang ( KL) 30 September 2009.
Gambar di Kuala Lumpur

gambar gempa bumi di Sumatera 30/09/2009

gambar gempa bumi di Sumatera 30/09/2009

Continue reading 'Rasa tak gempa bumi tadi?'»

Manohara dan Ambalat

By Jie, 04/06/2009 1:39 pm
manohara 192x250 Manohara dan AmbalatMenteri Penasihat Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar menasihati pelajar Malaysia di Indonesia supaya tidak berdebat mahupun berbincang mengenai beberapa isu panas yang sedang dimainkan oleh media massa Indonesia sekarang, termasuk tuntutan bertindih ke atas Ambalat di perairan Sulawesi dan isu Cik Puan Manohara Odelia Pinot.

Pihak Istana Kelantan telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dakwaan Manohara Odelia Pinot telah didera oleh suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra sebagai krisis peribadi antara seorang lelaki dengan isterinya yang mesti diselesaikan melalui peruntukan undang-undang.

Continue reading 'Manohara dan Ambalat'»

Panorama Theme by Themocracy