
- Keranda yang menempatkan jenazah Michael Jackson. Lebih 2.5 bilion penduduk dunia menyaksikan siaran langsung upacara memperingati Michael Jackson melalui televisyen.
Michael Jackson dikebumikan di kawasan perkuburan Forest Lawn di Hollywood Hills.

- Anak Michael Jackson ( Paris dan Blanket ) bersama Makcik Janet dan LaToya
Continue reading 'Gambar Pengebumian Michael Jackson Yang Rancak'»
Assalamualaikum… Selamat pagi Isnin. Still got the blues?
Golden days come and go
There is one thing I know
I’ve still got the blues for you
Berita sensati apa yang best sepanjang minggu ini?
Hari ini hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan . Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah telah menyerahkan borang masing-masing . Seronoknya jadi pengundi di MU, ada pesta.
MJ? Michael Jackson.
Saya percaya ramai dari kita sedang menunggu kesudahan pengkebumian jenazah Michael Jackson. Kalau benar beliau seorang Islam sepatutnya umat Islam di sekitar atau masyarakat di kawasan yang terlibat membuktikan tanggung jawab fardu kifayah itu.
Sementara itu Syamantec Corporation memberi amaran berhati-hati dengan kiriman e-mel yang dihantar daripada alamat pengirim yang menggunakan nama bekas Raja Pop Dunia, Michael Jackson. Virus W32.Ackantta.F@mm di kesan pada e-mel spam yang dihantar menggunakan tajuk `Remembering Michael Jackson’ dan disertakan fail lampiran `Michael song and picture.zip’.
Kemaskini perisian antivirus komputer anda!
Continue reading 'Sensasi seminggu – emas *****'»
Pengetahuan Am
|
Anak, Gambar anak Michael Jackson, harijadi, Majlis Raja-Raja, Michael Jackson meninggal, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Rumahtangga, status anak dibawah 18 tahun, suami isteri, Tazkirah
Hari ini kelas macam biasa sambung surah Ali’Imran ayat 25-27 .
Seperti biasa , kelas dimulai dengan ulangkaji mudah untuk menguasai dhomir ( gantinama ) termasuk Ism, Harf dan Fi’il. Kalau tengok kelas kami waktu ini, samalah dengan kelas tadika untuk kanak-kanak tu…ustaz menyebut dengan isyarat-isyarat tangan dan kami murid-murid tua ini mengikut.
muaanas atau muzzakar? … mutakallim … mukhotob …. ghaib ?
hua, huma, hum, hiya, humma, hunna, anta, anthuma, anthum, anti, anthuma, anthumna, ana, nahnu….
Bergema dalam surau suara murid-murid kelas dewasa ini.
Balik pada ayat 27 surah Ali ‘Imran tadi, pada ayat terakhir tu ” ….. wa-ilal-lah hil masir “ yang bermaksud ‘ dan kepada Allah jualah tempat kembali.’ Ustaz berhenti dan berkata:
” Michael Jackson dah meninggal”
Continue reading 'Perlu ke baca al-fatihah atas kematian Michael Jackson?'»