betul ke non muslim kena convert islam time kawen
Kita pernah berbincang tentang akad nikah di masjid , tentang akad nikah melalui email juga pernah menyentuh bab mas kahwin di blog ini. Tetapi pagi tadi saya terima email seperti ini, dan ingin mengajak kawan² berkongsi pendapat juga memberi nasihat untuk adik/anak kita yang keliru kerana cinta. Islam itu adalah ad-din , iaitu cara hidup mengikut lunas² Islam termasuk dalam soal nikah kahwin.
mama,
actually ni kawan yonna punya problem..
she wants me to find out..
dia nk proof based on al quran..“betul ke non muslim kena convert islam time kawen?means pompuan tu islam.. bf dia non muslim.. bila nk kawen,perlu ke bf dia convert to islam?”
ni soalan dia..yonna da jawab. yonna cakap mmg wajib bf dia convert to muslim. mmg WAJIB! dia mcm x pecaya,ma.. dia ckp tu undang2 malaysia ja. oversea x mcm tu. huhu..
dia just nk bukti dlm al-quran tapi err yonna tatau nk cari cmne.
mama tolong kalo mama tau eh..thanx a lotss
Ini jawapan saya :
Perkahwinan tidak sah dalam undang² Islam kecuali setelah memenuhi rukun dan syaratnya, antaranya ialah pasangan tersebut mestilah beragama Islam.
Saya email Ustaz Santai dan inilah email balasannya..
Seseorang wanita Islam dilarang ( haram ) mengahwini Lelaki Bukan Islam selagimana ia belum masuk Islam. Tak kira di negara mana sekalipun dia. Hukum ini tetap tidak berubah. Mengikut penguatkuasaan undang-undang bagi negara² bukan Islam, hal ini tidak menjadi masalah kepada mereka kerana mereka tidak mengamalkan Islam. Walaubagaimanapun menurut hukum perundangan Islam perkahwinan itu tetap tidak sah melainkan lelaki tersebut memeluk agama islam
Dalilnya : Surah Al-Baqarah: 221
وَلَا تَنكِحُواْ ٱلۡمُشۡرِكَـٰتِ حَتَّىٰ يُؤۡمِنَّۚ وَلَأَمَةٌ۬
مُّؤۡمِنَةٌ خَيۡرٌ۬ مِّن مُّشۡرِكَةٍ۬ وَلَوۡ أَعۡجَبَتۡكُمۡۗ وَلَا
تُنكِحُواْ ٱلۡمُشۡرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤۡمِنُواْۚ وَلَعَبۡدٌ۬ مُّؤۡمِنٌ
خَيۡرٌ۬ مِّن مُّشۡرِكٍ۬ وَلَوۡ أَعۡجَبَكُمۡۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَدۡعُونَ
إِلَى ٱلنَّارِۖ وَٱللَّهُ يَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ وَٱلۡمَغۡفِرَةِ
بِإِذۡنِهِۦۖ وَيُبَيِّنُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ
يَتَذَكَّرُونَDan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke Neraka sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)
Rasanya tak perlu ulas ayat di atas kerana ayat ini jelas lagi terang bahawa seorang perempuan tidak boleh mengahwini lelaki yang bukan islam (Kafir)
Wallahualam
EDIT : Yonna said : MAMA, DIA TANAK PERCAYA!
Seperti yang saya jangka, dia sengaja mencari alasan untuk tidak percaya bukan untuk melapangkan diri menerima pandangan orang lain. Dia bertegas dengan prinsipnya walau ternyata SALAH. Masalah tidak akan selesai jika jawapan atau pandangan kita dihujani kembali dengan pelbagai hal bela diri untuk tetap mengatakan diri sendiri saja yang betul.



