Luka waktu kena ragut minggu lepas makin kering. Luka di hujung ibu jari saja lambat sikit nak baik. Pagi terlanggar pintu bilik air, tengahari terlanggar meja makan….huhuhu….luka berdarah semula. Bengkak pun makin susut. Kata Intan bengkak tu banyak air, mama kena letak kaki tinggi atas bantal. Jangan abaikan kata² Nurse Junior itu , ok… dia
Selepas kecelaruan hormon semalam, saya perlu sesuatu yang ‘segar dan hijau’. Saya perlukan oksigen untuk memenuhi 300 juta alveoli di dalam paru-paru . Hari ini ‘binatang buas dan segala parasit’ tidak lagi menganggu gugat perasaan. Hari ini saya bebas dari segala jenis bahan² pencemar atmosfera. Blog ini disimbah aroma segar dan oksigen yang berqualiti hasil

