Nilai estetik seorang isteri
Semalam saya ke Komplek Shah Alam. Masyaallah……. sesaknya jalanraya . Itu baru pukul 3 petang. Ingat nak cepat, keluar dari GCE ikut Lebuhraya Persekutuan rupanya tersenggok-senggok di jalanraya . Kalau masak nasi pun dah jadi bubur.
Sesiapa yang merancang untuk keluar membeli belah sempena cuti 3 hari ini, berhati-hatilah. Berjimat cermatlah dan merancang perbelanjaan dengan baik. Puasa adalah ujian untuk kita melawan pertembungan akal dan nafsu.
Kepada suami tercinta , janganlah merungut tentang keghairahan isteri anda bershopping kerana dia bukan melaram sakan untuk diri sendiri tetapi untuk seisi keluarga.
Siapa beli persiapan anak-anak? – Isteri!
Siapa beli persiapan suami ? – Isteri!
Siapa beli buah tangan untuk keluarga di kampung ? Isteri!
Siapa yang menyediakan kuih muih ? Isteri ( suami cuma bermanis muka menjemput kawan-kawan sepejabat dia saja)
Pendek dan panjang kata……..isterilah yang memeriahkan dan membuatkan sambutan hari raya anda para suami teratur dan tersusun. Jadi apa salahnya anda berterimakasih atas perkhidmatan isteri tersayang. Semoga sambutan hari raya tahun ini anda dan isteri bertambah kemesraan, kasih sayang yang bertali arus ( seperti kesesakan jalanraya ) dan bunga cinta lestari berkembang mewangi menghiasi rumahtangga .
- Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih “masak” proses membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari suami, ia terpancar ke muka walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti.Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa “sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala”.







