Walau jarak 10,500 kilometer, kami masih dapat meraikan ulangtahun bersama seperti tahun² lepas. Apa yang termampu walaupun hanya di depan skrin komputer. Untuk seorang suami tercinta. Yang tulus ikhlas Ingin sekali sekala dirinya dibalas Walau hanya dengan dakapan di angin lalu Yang selalu memberi Ingin sekali sekala jadi penerima Cukup dengan salam dan manis doa
Dulu saya tanya Dear Reader, Who are you ? Hari ni saya nak tanya – Dear Reader , How old are you? Boleh share? Undi anda adalah rahsia. Saya pindahkan peti undi ke sidebar. Birthdays are nature’s way of telling us to eat more cake… Yang sudi ambil bahagian dalam undian ni, terimakasih ye… nanti
Terimakasih Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya kau tiada takut membisikkan kata Tidak di kalbumu
Selepas sesi lepak di twitter, saya ambil keputusan memandu 170km pergi balik ke asrama Along hanya untuk meraikan hari ulangtahun kelahirannya. Singgah Alamanda, sebiji kek pun tak ada. Secret Recipes pun tak ada pilihan, akhirnya beli rotiboy. Hujung minggu nanti mama ganti lain ye… 02-12-1992 – 17 tahun sudah usianya. Rasa sekejap masa berlalu.
Malas aksi TERlampau! Inilah ‘Ruang Rindu’ yang disiapkan oleh encik suami sebelum terbang . Berjuntai kaki melayan anak-anak ikan yang manja sambil habiskan satu tin rempeyek aka serdak² semperit. p/s – Masih blog yang sama, cuma tuan blog yang dah terbalik 7.6 Skala Richter p/s – Selamat Ulangtahun Kelahiran 01/10 untuk Azni Zahri Duad –
Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke 18 ( 18-09-2009 ). Semoga Allah menulismu sebagai penghuni syurga abadi kerana engkaulah yang disebutkan baginda nabi sebagai sebaik² mukmin (yang paling baik terhadap isterinya). Abang jangan telefon teledera ye… ada 5 lagi kipas belum berkilat.. Itulah ‘workstation’ saya sebagai
Ya Rahman, Ya Rahim Indahkan kehidupan kami dengan kesolehan anak-anak kami Peliharalah anak-anak kami yang kecil Kuatkanlah anak-anak kami yang lemah Jauhkan mereka dari kezaliman Sucikan qalbu mereka Bersihkan kehormatan mereka Sihatkan badan mereka Cerdaskan akal mereka Indahkan akhlak mereka Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Mu yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya
Ya Allah… Abadikan kasih sayangnya, Tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Amin. Selamat ulang tahun kelahiran untuk suami yang ke 43, semoga selalu dalam lindunganNya.
Hari ini secara rasminya genaplah setahun saya mempunyai blog wordpress berhosting dan domain sendiri. 365 hari yang hijau . Secara tidak rasminya lebih 3 tahun saya mula aktif berblog. Dari zaman blogdrive yang sangat-sangat bling bling, vox.com yang nampak begitu profesional dan multiply yang digunakan untuk auto back up. Dalam kesemua platform tersebut, saya paling

