Posts tagged: sesak

Tempat jin bertendang pun jem!

By Kujie, 14/07/2008 2:27 pm
Berita terkini dari makcik drebar bas sekolah….

Jalan raya sekitar Kuala Lumpur dilaporkan sesak akibat beberapa sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis. Bukan saja laluan ke Parlimen sesak gara² tersebarnya berita ada perhimpunan di Parlimen tetapi saya yang menetap di kawasan hulu ini pun terkena juga tempiasnya..

dsc01349 300x225 Tempat jin bertendang pun jem!
Gigih betul encik² polis ini bertugas walaupun hujan. Tak pasal² hari ini saya kena beratur untuk ke sekolah Intan.
dsc01350 300x225 Tempat jin bertendang pun jem!
Menurut The Star , Datuk Seri Syed Hamid Albar minta maaf sebab polis buat sekatan di jalan² utama masuk ke KL.   Selalunya di tempat saya, kalau ada kes jenayah  berat seperti rompakan, polis buat sekatan kerana laluan itu adalah antara laluan utama ke utara selain dari lebuhraya.  Tapi hari ini, sekatan dibuat menghala ke arah  Kuala Lumpur. .

intan 300x268 Tempat jin bertendang pun jem!
Cik Intan bersantai hari minggu… :D Gambar semalam dia suruh masukkan dalam blog

Panorama Theme by Themocracy