Sering berlaku – kerap berlaku pengunjung tinggalkan komen tetapi komen mereka tidak dipaparkan. Kenapa? Sesiapa boleh tinggalkan komen di blog ini tak perlu admin approve tetapi ada beberapa entri yang memang ditutup . Tidak perlu di komen lagi. Kenapa komen saya hilang? Bukan hilang sebenarnya – sistem keselamatan wordpress akan menapis komen yang dianggap spam
Hadiah? Belum difikirkan lagi tapi Insyaallah ada. Kemungkinan hujung minggu ini dapat dicapai. Blog ini belum pun berusia 10 bulan, spam hampir 1k. Nasib baik Akismet bertugas dengan cemerlang. Terima kasih teman, kerana sudi tinggalkan coretan²mu di blog ini hingga membuatkan saya makin berghairah….untuk update setiap hari!

