11.21 am -
Saya baru balik kelas.
Gate bertutup tak berkunci.
Kereta dua-dua ada.
Safety boot ( uniform suami ) ada.
Pintu tutup tak berkunci.
Pc on, Laptop on
” Suami yang hilang….!”
Waktu saya keluar jam 9 pagi, dia ada tengah siapkan drawing depan pc. Katanya nak keluar lepas siap.
Mana dia pergi ye…?
Continue reading 'Tolong, lakiku hilang'»
Suami lakukan kezaliman adalah alasan kukuh bagi wanita untuk tuntut fasakh .
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah mereka yang baik dengan isterinya. Dan aku adalah yang terbaik di antara kamu.”.
Kita sering terbaca atau mengetahui kes² penderaan seperti ini . Berbuih nasihat diberi selalunya meminta si isteri membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah.
Tetapi masih ramai isteri yang berat untuk mengambil tindakan seperti ini kerana beberapa sebab. Antaranya takut suami membalas dendam, tiada sokongan moral dari ahli keluarga atau saudara mara terdekat, bimbang nasib anak² jika suami dipenjarakan atau pun berbagai² lagi alasan yang pada pendapat saya betul untuk difikirkan.
Isteri yang menghadapi keadaan seperti itu perlu berani untuk bertindak bagi menghalang perbuatan itu berterusan. Apabila kita membiarkan dan menyembunyikan keganasan yang dilakukan suami, ia boleh disifatkan sebagai penyumbang kepada keganasan suami yang pasti melakukan kezaliman lebih besar.
“Keganasan rumah tangga” berlaku apabila seseorang :
1. menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa;
2. secara bersengaja atau dengan sedar meletak atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
3. memaksa atau mengancam mangsa untuk melakukan apa-apa perbuatan seksual yang mana mangsa berhak untuk tidak melakukannya;
4. mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaannya; atau
5. melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.