-Uniform pelajar perempuan berwarna pink dan lelaki berwarna biru di Algeria.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian terperinci dibuat berhubung kaedah pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) yang terbukti lebih berkesan.
Berita penuh > utusan online
Kita bercakap soal Matematik dan Sains ye, tak perlu nak komen mata pelajaran agama atau tentang moral dan hal lain. Bukan apa sebab bila saja menyentuh kenapa ibubapa melayu menghantar anak2 ke sekolah cina, saya akan menerima beberapa pandangan sinis. Alasan yang paling kerap adalah pendidikan agama Islam.
Lama saya tak melayan tag mengetag. Dulu hampir setiap minggu ada saja tag megnetag seperti surat layang bertebaran. Sehingga saya tak mampu untuk menyudahkannya. Saya tak pasti untuk diselik celah mana entri tag saya. Kalau blog ada bersifat peribadi, mungkin sesuai untuk buat tag sehingga 2-3 kali seminggu tetapi blog saya bersifat umum.
Saya hargai ingatan kawan-kawan untuk mengetag tetapi keadaan saya tidak sesuai untuk buat posting ‘peribadi’ terlalu kerap. Saya tahu ada yang merajuk kerana tag mereka tidak saya selesaikan, saya mohon maaf atas perkata itu tetapi sebagai seorang kawan sepatutnya mereka juga memahami saya sebagai “seorang kawan.”
Lumrah manusia, sesekali rindu bertandang juga untuk buat tag. Atas sebab itu saya akan menjawap tag ini – prioriti kes.
**********************************************
Tag perlu dijawap dalam Bahasa Melayu saya terima dari pemilik negaraku.net , jejaka yang sedang mencari doktor sebagai isteri, Noktahhitam