Posts tagged: youtube penyokong bola Kelantan

Main perang

By Kujie, 09/11/2009 8:39 am
huh! seluruh negara melihat aksi sebegini. Saya kerap ke stadium menonton perlawanan bolasepak dan hingar bingar bunyi gema sorakan dan ejekan bukanlah perkara asing basi saya. Biasa bersesak-sesak naik LRT waktu balik dari stadium. Saya masih ingat bagaimana sunyi sepinyanya tren sewaktu balik dengan penyokong bola sepak dari Sabah pada  perlawanan akhir tahun 2003 antara  Selangor MPPJ dan Sabah.

Bukan setahun tetapi hampir 18 tahun sepanjang perkahwinan kami saya dan keluarga akan ke stadium. Saya antara ribuan penonton perlawanan persahabatan sempena pembukaan stadium Shah Alam ( Stadium Melawati ) antara Pilihan Selangor melawan Dundee United pada 15hb Julai 1994. ( sedang mengandungkan Angah )

Tahap disiplin pengunjung stadium semakin merosot sejak 10 tahun lalu. Dulu aktiviti menemati suami adalah aktiviti keluarga. Sekarang , stadium bukanlah tempat yang selamat.  Kalau nak pergi stadium , kena buat medical checkup untuk pastikan tahap kesihatan. Kalau ada lemah jantung atau asma lite-lite tu, duduk saja depan tv- tak pasal-pasal semput sedut asap.

kredit gambar - utusan online

kredit gambar - utusan online

Continue reading 'Main perang'»

Panorama Theme by Themocracy