Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan:
“Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.”
Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.
Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.
Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?”
tanya ibu tersebut kepada Loqman.
Loqman menjawab:
“Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”
Mendengar jawapan Loqman, mengertilah ibu itu akan maksudnya, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.
* Scheduled post


ye betul tu kak “kerana mulut badan binasa”
Balas
Senario politik di Malaysia yang paling banyak melibatkan soal lidah dan hati!
Apa pandangan Jie…
penyokong parti bertelagah dalam blog!
mengumpat mengeji / memfitnah dan saling kata mengata dan tuduh menuduh!
Bila kita akan dapat lihat keamanan di bumi Malaysia ini?
Balas
Lidah & hati…. Nampak sgt mudah, tapi realitinya sgt payah.
Thanks for sharing, K.Jie!
Balas
betul tu kak jie,semua perbuatan kite dimulakan dgn niat..dari hati…
Balas
Byk perkara bermula dengan hati kemudian diperkatakan dengan lidah… kalu hati beringin yg baik, maka baiklah perkataannya… begitulah sebaliknya… harap kita dapat menjaga hati dan lidah kita sepanjang masa. Peperangan bole berlaku hanya dengan lidah…
Balas
Kalau hati busuk, semua yang dibuat akan jadi tak elok.. kalau lidah suka mencerca, orang yang dengar pulak akan sakit hati..
tapi kalau lidah berkata yang baik2, semua orang suka. Kalau hati baik, tak payah kita war2, pasti orang senang dengan kita kan Kak Jie..
Balas
2-2 kena baik. kalau hati baik tp lidah jahat pun org x suka. kalau lidah baik hati jahat laaaaaaagggiiii le jahat org tuhh.. huhu
Balas
sebab tu ada peribahasa “lidah itu lebih tajam dari mata pedang”.
Balas
[...] Kujie2 – kuchi kuchi ku? :evil: [...]
itulah kebenaran yang seharusnya diterima!
kebenaran yang tidak dipraktikkan pada orang islam sekarang. mungkin mereka lupa agaknya.
apa pun terkesima seketika dengan kisah seperti ini.
Balas
nice post,mama
so meaningful..
pokok pangkal.. lidah ngan hati kita
Balas
Lidah dan hati | Hidup Biar Sedap…
“Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”…
terima kasih atas tazkirah ni kak…. very nice
Balas
bulan2 pose ni elokla buat schedule post..
mase perut tgh penuh leh wat byk2, schedulekan je…
mase tgh perut kosong xleh pikir lak…
Balas