Dunia blog yang hangat

Saya harus mengakui bahawa saya adalah pembaca blog  lebih dari penulis blog.  Saya tidak pandai menulis karangan yang baik dan berkesan walaupun BM  ( saya keliru  nak menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia wahai  Pak Menteri ) peringkat SPM dapat A1.

Saya membaca dari html kod hingga melepasi semua isu semasa.  Saya mengikut kes kontroversi Ustaz Arief Cakra Alam lebih seminggu awal dari rancangan 360 di TV3.  Saya akan ikuti kesemua blog yang membuat ulasan edisi khas termasuk ke semua komen .  Say ikuti rentetan kes-kes kontroversi / isu panas blogger sekarang  mengenai Blogstarz, Niagakid juga komen pro dan kontra  di beberapa blog otai².

Saya membaca banyak blog politik – isu  Khalid Samad, isu yoga .    Saya sering mengikuti entri terbaru melalui negaraku.net atau Beras Terpilih. Saya baca tazkirah Ustaz Nik Abduh dan saya ikuti ceramah Professor Dr. Muhd Kamil Ibrahim di surau tempat saya minggu lepas.

* Professor Dr, Muhd Kamil Ibrahim adalah Pengarah UiTM Cawangan Segamat dan penulis buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah.

Ceramah yang hebat dan berkesan.  Pesan ustazah yang telah menjadi amalan saya, tulis point-point penting sewaktu ikuti pengajian ilmu seperti itu.  Kaedah ini berkesan kerana kita mudah ingat dan yang penting tulisan-tulisan cakar ayam kita itu akan  menjadi saksi di akhirat apa yang pernah kita lakukan.

Tetapi bila ikuti bait ucapan professor, jari jemari menjadi kaku.  Terkedu dengan penyampaian sehingga tak satu pun mampu untuk saya catit.

Sebagai pembaca blog tegar, saya juga mengikut tiap catatan di blog beliau selama ini tetapi mengutip ilmu secara diam, malu untuk memberi sebariskan ayat di kotak komen blog beliau.

serendah12008 300x148 Dunia blog yang hangat
- kredit gambar dari blog Prof. Suami saya ada dalam gambar tu…nun jauuuuh di hujung sana.

p/s – hari ini mak, adik ipar dan anak² saudara saya datang dari Kedah
p/s – adik saya suami isteri juga akan datang petang ini
p/s – esok saya akan ke Jengka , Pahang sehingga Ahad.
p/s – saya akan kurangkan masa membaca dan mengupdate blog

Post Lain Yang Berkaitan

35 Berkongsi Rasa

  • Pada 2008.11.28 13:55, callister menulis:

    mana satu suami kak jie ni.. :smile:

    callisters last blog post..Performers? Kappa girl?

    • Pada 2008.11.28 14:03, Umimia menulis:

      aha..saya pulak akan ke Raub ahad ni..kawan kawin…kalau sy ternampak kak jie kat tengah jalan…nanti sy honk kuat2 okay..hahaha

      • Pada 2008.11.28 15:02, iza menulis:

        Wah dengar syarahan Prof Kamil..mesti seronok. Saya dah beli buku travelogue tu waktu mula2 keluar. Excited nak baca time tu. Banyak ilmu dan banyak nasihat. Best buku tu.

        p/s: selamat jalan2.

        • Pada 2008.11.28 16:06, PAS Bukit Sentosa menulis:

          rasa nak panggil Prof ke Rawang

          PAS Bukit Sentosas last blog post..BLOGGERS DIJEMPUT MINUM PETANG

          • Pada 2008.11.28 16:57, megat menulis:

            foto tersebut di surau atau di masjid kak!? ramai, alhamdulillah. tak seperti di kejiranan saya yang rata-rata bekerja tak menentu (kawasan kilang, pasir gudang).

            alangkah indahnya dapat bersama-sama ramai seperti itu.

            • Pada 2008.11.28 17:04, UncleJ menulis:

              mmg setuju dgn pendapat jie…blog ni sebenarnya lebih hangat drp biasa…especially bila ada kes2 kontrovesi mcm ustaz cakra alam tu ( ke putar alam??)

              berckp pasal cakra alam ni, ingatkan kat 360 nak ulas dgn lebih lanjut..rupanya dorang bg 3 minit jer pasal kes tu..patutnya bagi le ulasan mendalam sikit..bg semua org tau samada ustaz tu betul ke tak….

              ceramah prof kamil tu tak dinafikan mesti terpukau mendengarnya kan? beruntung dpt dgr live dia berceramah…

              UncleJs last blog post..Cat Tattoo

              • Pada 2008.11.28 17:23, kenari menulis:

                Syoknye dpt jumpa mak n adik2, family gathering once in a while…pastu g jenjalan n mkn2. Slmt bercuti ye.. :wink:

                p/s suami kujie si baju hijau berkopiah putih nun dibelakang sana tu kan :razz:

                • Pada 2008.11.28 17:28, nuaeman menulis:

                  Prof Muhd Kamil kalau berucap sebak rasa hati.. saya juga dah memiliki travelog dakwah tu.. ada buat ulasan mengenainya hari ini..

                  nuaemans last blog post..Travelog Dakwah: Perjalanan Seorang Hamba Mendampingi Tuhannya

                  • Pada 2008.11.28 17:47, diya menulis:

                    diya rs diya bleh agak mana satu hasben mama… hehehe. skali tgk, dh bleh agak [tp xtahu btl ke tak, hek3] :roll:

                    • Pada 2008.11.28 18:17, Kujie menulis:

                      @callister, hehehe..yg paling ensem! :mrgreen:

                      • Pada 2008.11.28 18:19, Kujie menulis:

                        @Umimia, ok roger kita merempit kat karak highway je

                        • Pada 2008.11.28 18:19, Mak Su menulis:

                          Jie, sperti biasa, saya tak dapat hampir ke blog Jie ni dari depan dari belakang, asik error jer.. uhuhuhu :cry: , tapi saya tak setegar Jie dalam pembacaan blog :roll:

                          Mak Sus last blog post..Rahim ku rahim mu stomach wealls

                          • Pada 2008.11.28 18:19, Kujie menulis:

                            @iza, buku tu best, dekat sgt dgn kehidupan kita..telus

                            • Pada 2008.11.28 18:21, Kujie menulis:

                              @PAS Bukit Sentosa, bersyukur sgt kerana beliau dapat meluangkan masa berjemaah maghrib dan isyak bersama kami. Saya dpt bersebelahan dgn isteri beliau….wanita yang hebat.

                              • Pada 2008.11.28 18:22, Kujie menulis:

                                @megat, itu dalam surau kat taman kami…surau yang comel saja tetapi melimpah dengan jemaah. Sebab kenapa saya suka tinggal di sini.

                                • Pada 2008.11.28 18:33, Kujie menulis:

                                  @UncleJ, saya sampai tak sempat update blog asik merayau baca itu ini, melompat dari satu blog ke satu blog, satu link ke satu link..lagi satu saya memang suka baca komen orang…hehehehe

                                  sebenarnya ada beberapa isu hangat antara blogger skrg ni…dan percaya tidak, selalunya lepas dihangatkan oleh bloger, isu tersebut akan keluar dalam suratkhabar utama tak lama lagi..hehehe..rasa diri jauh kehadapan bila baca akhbar esok pagi sedangkan berita tersebut telah di baca online

                                  Prof Kamil memang memukau… rasa tak cukup masa nak mendengar ceramah beliau

                                  • Pada 2008.11.28 18:36, Kujie menulis:

                                    @kenari, ipar pun baru call, kejap lagi dtg nk ambil anak2 dia..heheheh..meriah . Keluarga kami besar, memang kalau berkumpul meriah. Raya haji nanti mak mertua akan dtg sambut raya bersama kami utk pertama kali mak dtg beraya di rumah anak2…

                                    ehhh..yg mane… :mrgreen: iye ke yg tu..hahahaha

                                    • Pada 2008.11.28 18:37, Kujie menulis:

                                      @nuaeman, apa yang diucapkan sgt menyentuh hati dan terasa dekat dengan kehidupan kita sendiri.

                                      • Pada 2008.11.28 18:38, Kujie menulis:

                                        @diya, yg paling ensem tu kan…kan… :mrgreen:

                                        • Pada 2008.11.28 19:02, yonna menulis:

                                          suami mama yang pakai baju melayu biru tu kan :p
                                          hahahha

                                          selamat bercuti mama!!
                                          sure akan rindukan entry mama :p
                                          ngeee

                                          kirim slm semua eh :p
                                          hahha

                                          jgn jamu air tongkat ali plak :mrgreen:

                                          yonnas last blog post..oh.saya rindukan PLKN

                                          • Pada 2008.11.28 19:53, Sweet Thinker menulis:

                                            hangat ngan cakra je kot. dpt ratus2 hits. syok. hehe!

                                            Sweet Thinkers last blog post..Merisik Sebelum Bercouple

                                            • Pada 2008.11.28 21:54, cikgu panji menulis:

                                              Alhamdulillah…meriahnya

                                              cikgu panjis last blog post..KL – Hari Ketiga

                                              • Pada 2008.11.28 22:46, ummi menulis:

                                                Hai Jie..singgah kejap je ni..nnt dtg rumah ambil award Otak Kreatif ya..sudi2 kan laa yaa..muahahh

                                                ummis last blog post..Blueberry Cream Cheese Ice Cream

                                                • Pada 2008.11.29 01:16, kruel74 menulis:

                                                  Rajinnya membaca…

                                                  kruel74s last blog post..Walking together

                                                  • Pada 2008.11.29 02:06, cakap kosong menulis:

                                                    kak jie, travelog haji tuh………saya dah baca dua kali memang best, boleh buat panduan yang lengkap kalau nak ke mekah nanti

                                                    cakap kosongs last blog post..Bila Rasa Malas Itu Menguasaiku………………….

                                                    • Pada 2008.11.29 02:15, nurul menulis:

                                                      saya suka memblogkan diri kerana saya amat suka menulis!
                                                      saya juga suka membaca… cuma tengok tajuk dan cerita…

                                                      tak salah kan kak jie? hehe

                                                      nuruls last blog post..CINTA BUKIT BINTANG

                                                      • Pada 2008.11.29 11:52, intan menulis:

                                                        Bz ek, Kak Jie? Take your time, dahulukan mana yg perlu.

                                                        :grin:

                                                        intans last blog post..Award & Tag

                                                        • Pada 2008.11.29 17:11, ikoko menulis:

                                                          apa pun, saya tetap tabik spring dengan kak kujie… ni baru namanya “mama geek”.. uhukz..

                                                          • Pada 2008.11.29 18:11, farahaznil menulis:

                                                            bukan bahse melayu atau bahse malaysia..bahse inggeris lah..tu kan bahasa yg diagung2kan..hu hu hu..tak puas hati ni..payah la pulak bila dah di tukarkan ke BI!lebih2 lg kimia..nak jawab reti..tp nak mengayat omputih nyer berterabur..huhhuu..last2 masa exm fizik lak..bantai suma bm..abih citer!!hi hi hi… :grin:

                                                            p/s – hohhoo..sori..komen yg tak berkenaan dgn post!

                                                            • Pada 2008.11.30 12:03, izzah menulis:

                                                              seronok tengok jemaah ramai kat surau..dlm ramai2 tu ada yang bujang tak kak jie?ke..keh..keh.. :lol:

                                                              • Pada 2008.12.01 00:43, samdaddycool menulis:

                                                                lama juga tak merayau-rayau dlm blog kak jie ni. Asyik keluar berniaga,…

                                                                Teruja juga nak beli buku tu, pasal ramai bagi komen / testimoni yang puashati..

                                                                samdaddycools last blog post..18sx affiliate programme paid me

                                                                • Pada 2009.02.03 09:39, Kembali kepada fitrah | Hidup Biar Sedap menulis:

                                                                  [...] datang  menyebarkan ilmu hingga ke ceruk Hulu Selangor di taman perumahan kami. Akhir tahun lepas Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim yang datang memberi ceramah [...]

                                                                  • Pada 2009.04.17 11:45, ikoko menulis:

                                                                    kadang-kadang kita lupa kak kujie.. tatabahasa tak berapa penting bila kita nak ekspress apa yang ada dalam diri kita..

                                                                    tapi, ia jadi tersangat penting, pada satu sudut lain. skrg rata-rata student tak kisah la diorang peringkat mana pun, diorang search kat internet je untuk tahu hal2 ilmiah ni.

                                                                    so nak taknak memang kena tulis dengan proper language.. tapi saya langgar jugak. ahahah.. ntah apa-apa kan.

                                                                    ikokos last blog post..Ucapan Terima Kasih

                                                                    • Pada 2009.04.17 17:12, Travelog Haji | Hidup Biar Sedap menulis:

                                                                      [...] beberapa pengunjung yang datang dari traveloghaji.com.    Rupanya secebis catatan entri blog saya di sini telah dipetik oleh traveloghaji.com yang menjual VCD Travelog Haji Prof Muhd Kamil Ibrahim. Buku [...]

                                                                      • Pada 2009.06.01 02:30, OD menulis:

                                                                        Fuh… panas. Mana kipas ni, nak berkirap. Jie dapat A1? Opah C6. Nasib baik tak fail… ha ha ha.

                                                                        ODs last blog post..H1N1 Betul!!!

                                                                        Switch to our mobile site